{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Marin tingkat kawalan di sempadan

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

BEBERAPA anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan dalam Op Cantas Khas di Sungai Golok, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 18 Sept. - Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok terus diperhebatkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) melalui Op Cantas Khas bagi mengekang aktiviti jenayah melintas sempadan.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, operasi tersebut dijalankan sepanjang masa bagi memastikan tahap kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bermula di Kuala Takbai berada dalam keadaan terbaik.

Menurutnya, Op Cantas Khas tersebut yang dilakukan oleh PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor itu turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Tumpat, membuktikan kesungguhan anggota keselamatan menangani perlakukan jenayah.

"Kita akan terus meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok terutama dalam mengesan pergerakan mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah daripada menyusup keluar atau masuk ke negara ini.

"Walaupun jarak sempadan yang luas iaitu lebih 20 kilometer dan memberikan sedikit kesukaran, namun tidak mematahkan semangat anggota keselamatan untuk mengekang pergerakan penjenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas Op Cantas Khas di Sungai Golok, semalam.

Yang turut dalam operasi tersebut, Ketua Polis Tumpat Supritendan Zaharudin Rasip dan Ketua Polis Marin Takbai, Leftenan Kolonel Wachiranon Nonna.

Azmi memberitahu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Polis Marin Takbai, Thailand yang turut sama menjalankan rondaan di sepanjang Sungai Golok.

Katanya, kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara, namun pada masa sama membantu mengekang jenayah di kawasan sempadan.

Cadangan korporatkan Mara perlu kerjasama GLC

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

KOTA BHARU 18 Sept. - Cadangan supaya Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikorporatkan perlu dikaji semula kerana ia memerlukan masa yang panjang untuk dijayakan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan, Mohd. Rosli Ismail berkata, kejayaan cadangan itu juga memerlukan kerjasama daripada syarikat milik kerajaan (GLC) yang lain dan tidak boleh dilakukan secara bersendirian.

Menurutnya, cadangan tersebut perlu dilihat dari semua sudut kerana melibatkan pelbagai pemain dalam sektor korporat.

"Kita memerlukan jalinan baru dalam usaha merealisasikan cadangan pengkorporatan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad supaya kerajaan mengkorporatkan Mara sebagai sebuah entiti yang boleh memberi kesinambungan hayat kepada usahawan bumiputera, selain Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang ada ketika ini.

Mohd. Rosli berkata, cadangan pengkorporatan Mara mungkin akan dapat dicetuskan dengan bantuan GLC yang lain untuk bersama-sama membangunkan Mara.

"Melalui jalinan kerjasama tersebut, segala usaha dapat dilaksanakan bersama-sama sekali gus mempercepatkan pengkorporatan Mara," katanya.

Mohd. Rosli turut bersetuju agar Pengerusi Mara diberikan taraf menteri sebagai langkah pertama ke arah memperkasakan institusi tersebut.

"Dengan pengerusi bertaraf menteri, Mara akan lebih efisien dan keupayaannya dapat dimantapkan bagi membantu bumiputera di negara ini," katanya.

RM1.5 juta bantu golongan miskin

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Aminah Abdullah (tengah) mendengar penerangan mengenai produk yang dihasilkan oleh peserta-peserta program Azam Tani sambil diperhatikan oleh Fauzi Mamat di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 18 Sept. - Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membantu seramai 150 peserta daripada golongan miskin melalui program Azam Tani di bawah kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di seluruh negeri Kelantan pada tahun ini.

Pengarah MARDI Kelantan, Aminah Abdullah berkata, peruntukan tersebut diagihkan kepada setiap peserta melalui pelbagai bantuan bagi memberi suntikan semangat kepada mereka meningkatkan taraf hidup.

Menurutnya, nilai bantuan yang diberikan kepada setiap peserta adalah sebanyak RM10,000 termasuk bantuan peralatan, menjalani kursus dan bimbingan dalam bidang yang diceburi.

"Tahun lalu, kita telah membantu seramai 90 peserta dengan memberikan bantuan serta kelengkapan bagi meneruskan setiap projek yang mereka ceburi.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 56 peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan sekali gus membawa mereka keluar dari garis kemiskinan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kursus Modal Insan dan Pengurusan Kewangan Peserta Azam Tani Siri I anjuran MARDI Kelantan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Projek Azam Tani MARDI Malaysia, Abu Hassan Ishak dan Penyelaras Projek Azam Tani Kelantan, Fauzi Mamat.

Seramai 75 peserta Azam Tani dari tiga daerah terlibat iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok hadir pada program dua hari yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai asas-asas keusahawanan.

Aminah berkata, bantuan yang diberikan itu tidak terhenti setakat itu sahaja, setiap peserta turut diberi bimbingan supaya mempunyai kemahiran dalam menguruskan projek masing-masing.

"Selain itu, pihak MARDI juga akan mengadakan pemantauan selama tiga tahun bagi melihat perkembangan projek yang diusahakan oleh mereka.

"Walaupun pemantauan dibuat selama tiga tahun namun sebahagian peserta sudah mampu mencapai pendapatan kasar melebihi RM1,000 sebulan dalam masa yang cukup singkat," katanya.

Beliau berkata, peserta yang dipilih untuk menyertai program itu terdiri daripada mereka yang telah berdaftar menerusi e-Kasih yang diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

"Saya berharap melalui Program Transformasi Kerjaan (GTP) ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup golongan yang berpendapatan rendah agar dapat melepasi garis kemiskinan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat