{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kelantan tingkat sektor pertanian

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

ZAMAKSHARI Muhamad (kanan) menyerahkan MoU kepada wakil Poothon Agricultural Industrial Co. Ltd. dari Thailand sambil diperhatikan oleh Ahmad Yaakob (dua kiri) di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 27 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan memperluaskan pembangunan dalam bidang pertanian apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pertanian dari Thailand di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, kerjasama ini adalah di antara Kelantan Biotech Corporation (KBCSB) Sdn. Bhd. dengan Poothon Agricultural Industrial Co. Ltd. dari Thailand.

"Tumpuan kerjasama ini lebih memfokuskan kepada pemindahan teknologi mikrob, khususnya bagi meningkatkan sektor pertanian di negeri ini.

"MoU ini dilihat berlaku dalam jangka masa panjang kerana merupakan kerjasama ke arah penubuhan Pusat Latihan dan Penyelidikan Bioteknologi untuk pertanian di tanah tinggi Lojing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Sambutan yang akan berlangsung selama empat hari itu bermula semalam sehingga 29 September ini dan menawarkan pelbagai produk pertanian kepada pengunjung.

Sebanyak 96 gerai terlibat dalam sambutan ini yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.

Sementara itu, Pengurus Besar KBCSB, Zamakhshari Muhamad berkata, jalinan kerjasama projek tersebut akan dilaksanakan di atas tanah seliaan syarikat seluas empat hektar.

"Kerjasama ini dilaksanakan melalui pembinaan sebuah makmal bioteknologi bagi membuat uji kaji serta penyelidikan ke atas keberkesanan produk yang dihasilkan.

"Selain itu, ia turut melibatkan proses pemindahan teknologi, penyelidikan dan pengkomersialan Microbial Fermentation Technology bagi menghasilkan produk penjagaan tanaman seperti baja organik dan bio-kawalan," katanya.

Kata beliau, latihan dan kemahiran penghasilan produk yang berasaskan teknologi mikrob serta aplikasi pertanian organik turut diberikan kepada pegawai KBCSB.

Nelayan desak atasi pencerobohan bot pukat tunda

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

SEBAHAGIAN nelayan mengadakan bantahan berhubung pencerobohan nelayan asing di jeti Marang, Terengganu, baru-baru ini.

MARANG 27 Sept. - Lebih 80 nelayan pesisir pantai di daerah ini yang gelisah dengan pencerobohan bot pukat tunda mendesak pihak berkuasa bertindak tegas membanteras aktiviti itu daripada terus berleluasa.

Mereka berhimpun secara aman di jeti Mercang di sini petang kelmarin bagi menggambarkan kekecewaan kerana pencerobohan itu menjejaskan pendapatan dan banyak memusnahkan alat penangkapan ikan mereka.

Dalam masa sama, mereka mendesak pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan bermusim dan perlu mengambil tindakan tegas tanpa mengambil kira pemilik atau pengusaha bot berkenaan.

Nelayan, Suhaimi Md. Amin, 49, berkata, pencerobohan bot pukat tunda kebanyakannya dari negeri jiran semakin berleluasa terutama di Pulau Kapas sejak tiga bulan lalu dan semakin menjadi-jadi menjelang musim tengkujuh.

"Bot ini menceroboh dan melakukan aktiviti menunda ikan pada waktu malam dan sejak tiga bulan lalu, hampir 400 unjam yang dibuat nelayan pesisir pantai rosak akibat aktiviti tersebut.

"Ini menyebabkan kami mengalami kerugian apatah lagi musim tengkujuh semakin hampir dan kami memerlukan pendapatan lebih banyak ketika ini sebagai bekalan jika tidak dapat turun ke laut kelak," ujarnya.

Bagi nelayan, Osman Husin, 48, pula, banyak unjam dan bubunya yang musnah perlu diganti dengan kos unjam kira-kira RM100 manakala bubu (RM150) sedangkan pendapatan mereka semakin merosot.

"Kami meminta pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu dalam memastikan nelayan tempatan tidak mengalami kerugian yang berterusan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri, Nawi Mohamad yang hadir mendengar masalah mereka berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan berharap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan meningkatkan kekerapan operasi.

"Kita berharap isu ini akan mendapat perhatian Jabatan Perdana Menteri dan memastikan pencerobohan bot dari luar Terengganu ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan.

"Saya mewakili kerajaan negeri juga akan menghantar surat aduan rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim mengenai pencerobohan bot nelayan dari luar Terengganu hingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan pada 2 Oktober ini," katanya.

Barangan keperluan Aidiladha dijamin cukup

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

PASIR PUTEH 27 Sept. - Bekalan barangan kawalan seperti minyak masak, gula dan gandum di negeri ini mencukupi untuk keperluan pengguna ketika musim perayaan terutama Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Timbalan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Ghani Harun berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan bahan itu juga tidak akan dinaikkan harga dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan.

"Ini termasuk kuota minyak masak yang dibekalkan sebanyak 4,000 liter sebulan sebagaimana keperluan domestik yang membabitkan keseluruhan pengguna di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan Karnival Kelab Pengguna Sekolah (KPS) peringkat negeri Kelantan di Tok Bali dekat sini semalam.

Sebanyak 520 pelajar dari 160 sekolah menengah menyertai karnival berkenaan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Yang turut hadir Ketua Unit Kokurikulum JPN, Ahmad Razuki Zulkifli.

Abdul Ghani berkata, sebanyak 100 hingga 180 pasukan pemantau telah menjalankan tugas memantau gedung perniagaan, pasar malam dan pasar minggu sejak Jun lepas sehingga akhir tahun ini bagi memastikan bekalan mencukupi pada kadar harga ditetapkan.

Selain itu katanya, intipan dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini ditingkatkan dalam usaha memastikan barangan subsidi tidak diseludup ke negara jiran pada saat-saat umat Islam di negeri ini menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Anggota kita dan agensi penguatkuasaan lain sentiasa meningkatkan kewaspadaan ini memandangkan barangan bersubsidi lebih mahal di pasaran negara jiran. Sekilogram minyak masak dijual dengan harga lebih RM3 berbanding RM2.50 sen di Kelantan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan penduduk kampung supaya lebih berhati-hati dengan kumpulan penjual barang-barang elektrik yang kini sedang bergerak menipu penduduk di luar bandar dengan pelbagai tawaran harga yang kononnya istimewa.

Abdul Ghani berkata, kaedah perniagaan yang dijalankan turut menggunakan gadis-gadis cantik yang berambut perang dan berseluar ketat sebagai jurujual bagi menarik minat pembeli yang tidak menyedari barang-barang berkenaan tidak berkualiti.

"Mereka (peniaga) menumpukan perhatian ke kawasan kampung berikutan kegagalan mempengaruhi penduduk di bandar yang sudah memahami taktik tipu daya dan helah perniagaan yang dijalankan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat