Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula
- Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantai
- Puak Syiah ditakuti jadi militan
Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula Posted: Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semulaOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
KUALA LUMPUR - Suami Nooraida Abdul Mutalib iaitu wanita yang dikaitkan mempunyai skandal gangguan gambar lucah dengan pelakon Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra menegaskan bahawa beliau telah membuat aduan ke Bahagian Tatatertib Bukit Aman semalam kerana tidak berpuas hati dengan penyiasatan kes tersebut. Amiruddin Osman, 56, berkata, aduan tersebut dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pegawai terbabit yang telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). "Pagi tadi (semalam), saya bersama isteri, Nooraida Abdul Mutalib dan peguam telah pergi ke Bukit Aman untuk membuat aduan terhadap pegawai penyiasat berkenaan. "Saya berpendapat ada sikap berat sebelah dan tidak profesional ketika dia menyiasat kes ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantai Posted: Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantaiKIRI: SYUKRIE, HANIF, HEZRIE DUNGUN - Kegembiraan 13 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin berkelah di Pantai Teluk Bidara dekat sini semalam berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi masih hilang. Mangsa yang mati lemas ialah Ahmad Shukrie Eiman Romainor, Muhammad Hanif Jainuri pula masih hilang manakala Mohd. Farhan Beig Shamsuri sempat diselamatkan. Ketiga-tiga remaja itu berusia 18 tahun. Ahmad Shukrie berasal dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur; Muhammad Hanif berasal dari Senggarang, Johor manakala Farhan dari Johor Bahru. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Puak Syiah ditakuti jadi militan Posted: Puak Syiah ditakuti jadi militanOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF SHAH ALAM - Polis sentiasa memantau kegiatan dan penyebaran ajaran Syiah di negara ini daripada terus menular dan membentuk satu kumpulan yang lebih besar kerana dikhuatiri bertukar menjadi gerakan militan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya fahaman Syiah tidak terus menular sehingga mencapai tahap kritikal di negara ini. Menurut beliau, jika kegiatan tersebut dibiar terus berkembang, pihaknya khuatir akan mencetuskan konflik di negara ini seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuk di Iraq dan Pakistan di mana puak Syiah dan Sunni saling bermusuhan serta berbunuhan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |