{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Teruskan khidmat bakti

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusan.johor@gmail.com

Peserta program khidmat komuniti BSKN bergambar beramai-ramai bersama Suhaimi Salleh dan Mohd. Syafik Taufik (kanan) di TNJTP, Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 25 Dis. - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan beberapa tahun lalu bukan sahaja berjaya menyemai jati diri yang utuh, nilai murni dan semangat patriotik dalam diri generasi muda, malah menjadikan mereka lebih prihatin tentang tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Menyedari perlunya wadah untuk bekas pelatih mencurahkan bakti, Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) ditubuhkan pada 4 Februari tahun lalu dan kini mempunyai seramai 200,000 ahli.

Sambutan daripada bekas pelatih PLKN amat menggalakkan apabila mereka secara sukarela mendaftar diri sebagai sukarelawan.

Pelbagai program dan aktiviti dianjurkan dengan yang terbaru ialah projek perpustakaan mini di Cameron Highlands dan mereka menyumbang bahan bacaan serta menggalakkan penduduk tempatan mengunjunginya.

Pengerusi BSKN, Mohd. Syafik Taufik berkata, kini terdapat dua buah perpustakaan mini yang diwujudkan oleh bekas pelatih PLKN dan pihaknya berharap program seperti itu dapat dikembangkan ke seluruh negara pada masa depan.

"Program-program khidmat komuniti bertujuan mendekatkan mereka dengan masyarakat termasuk dalam membantu mangsa bencana, program alam sekitar, kem motivasi dan sebagainya.

"Pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh di dalam kem wajar diterjemahkan kepada masyarakat sejajar dengan objektif membentuk perwatakan positif melalui nilai-nilai murni," katanya yang ditemui selepas majlis perasmian Program Khidmat Komuniti oleh BSKN bagi Zon E Negeri Johor di Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), Serkat, di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh.

Antara kem PLKN yang menyertai program selama tiga hari itu adalah Pusat Bina Semangat YPJ Mersing, Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh; Desa Gerak Khas, Kota Tinggi; PTH Padang Hijau, Kluang; Reakreasi Pertanian Teluk Sari, Mersing dan Kem Sri Ledang, Ledang.

Mohd. Syafik mengakui gembira kerana bekas pelatih PLKN sama ada yang bekerja, menuntut mahupun menganggur, sanggup meluangkan masa bagi mengikuti program seperti itu.

"BSKN Johor merupakan antara yang aktif melaksanakan program-program khidmat komuniti dengan hampir setiap hujung minggu mereka turun ke lokasi-lokasi bagi menjalankan kerja-kerja sukarelawan," katanya.

Mengenai bekas pelatih PLKN yang masih menganggur, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan termasuk membantu mereka mengikuti pelbagai latihan kemahiran termasuk dalam bidang perhotelan dan terbaharu, industri penerbangan yang memerlukan ramai tenaga terlatih.

"Kami sentiasa menggalakkan mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, manakala yang kurang cemerlang dalam akademik boleh mengikuti latihan kemahiran dan sebagainya," katanya.

Ahli BSKN bangga dapat bantu masyarakat

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

PONTIAN 19 Dis. - Ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) gembira dan bangga kerana dapat meneruskan program khidmat komuniti seperti yang dilakukan semasa di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun telah menamatkan latihan.

Seorang ahli BSKN, Muhammad Faisal Abd. Latif, 18, berkata, selain dapat bertemu dengan rakan-rakan sepelatih, penglibatannya dalam BSKN mematangkan mereka dalam pelbagai bidang.

Bekas pelatih PLKN Kem Sri Ledang itu mengakui aktiviti kemasyarakatan yang disertai dapat terus menanamkan keyakinannya dalam menempuh kehidupan dengan tabah serta menjauhi aktiviti yang kurang sihat.

"Sebagai generasi muda yang terpilih mengikuti program di PLKN, kami menjadi contoh kepada rakan-rakan lain bahawa PLKN benar-benar membawa manafaat dan faedah kepada semua," katanya.

Siti Nor Nabila Huda Mohd. Yusof, 18, bekas pelatih PLKN Kem Telok Sari Mersing pula menganggap pelbagai perkara dan latihan yang dipelajari perlu terus diamalkan terutama nilai-nilai murni, meningkatkan semangat patriotisme supaya mereka tidak 'lupa' dengan janji serta ikrar yang dilafazkan setiap pagi.

Menurutnya, aktiviti yang dijalankan di Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) adalah berkaitan dengan alam sekitar supaya mereka turut sama mempunyai rasa tanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan semua.

"Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke taman negara ini. Walaupun hujan gerimis tetapi kami tetap bersemangat untuk menjalankan kerja-kerja gotong-royong seperti yang diarahkan," katanya.

Sementara itu, Elly Liyana Mohd. Salleh Hew, 19, bekas pelatih PLKN Kem Sembrong turut mengakui teruja dalam bersama-sama semula rakan-rakan sepelatih sepanjang mereka mengikuti program di TNJTP itu.

Menurutnya, pengalaman yang diperoleh selama mengikuti PLKN akan digunakan bagi menjayakan aktiviti kesukarelawan yang diatur oleh pihak kem seperti kerja-kerja gotong-royong dan membantu golongan miskin.

"Penglibatan semua kaum di PLKN dan diteruskan setelah tamat latihan boleh membantu memupuk semangat perpaduan dan integrasi seperti yang diharapkan kepada golongan muda," katanya.

Projek RTB beri kesan positif

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor2utusan.com.my

Projek Tebatan Banjir Segamat yang menelan belanja RM231 juta masih dalam pembinaan, dijangka dapat mengurangkan kesan banjir di Segamat apabila siap sepenuhnya kelak.

SEGAMAT 25 Dis. - Walaupun masih dalam pembinaan, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dilaksanakan di daerah ini mula menunjukkan kesan positif semasa berlaku bencana banjir baru-baru ini, sekali gus tidak mendatangkan kemusnahan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pegawai Daerah Segamat, A. Rahim Nin optimis RTB yang bermula pada penghujung 2011 akan dapat mengurangkan lebih banyak kesan kemusnahan semasa berlaku banjir dengan cara melencongkan sebahagian air banjir dari Sungai Segamat ke Sungai Genuang sebelum disalurkan keluar ke Sungai Chodan apabila projek itu siap sepenuhnya nanti.

"Apabila projek yang bernilai RM231 juta ini siap sepenuhnya, saya percaya kedudukan kawasan yang sering dinaiki air seperti Kampung Jawa dan kawasan bandar dapat diselamatkan daripada risiko banjir teruk seperti yang berlaku pada 2006 dan 2011.

"Pada ketika ini, apa yang dapat saya katakan bahawa projek ini telah berjalan melebihi 55 peratus dan kira-kira 45 peratus lagi yang belum disiapkan dan apabila siap sepenuhnya nanti saya harap RTB ini dapat berfungsi dengan lebih baik apabila hujan lebat yang berterusan dan banjir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian banjir baru-baru ini, keadaan Sungai Segamat hanya berada di paras yang maksimum dan tidak melimpah dan ini merupakan salah satu kesan daripada usaha mendalam dan melebarkan sungai berkenaan.

Bagaimanapun, projek yang dilaksanakan dalam beberapa fasa itu masih belum berfungsi sepenuhnya apabila lencongan air di Kampung Jawa terpaksa ditangguhkan kerana terdapat bantahan daripada sebilangan penduduk kerana melibatkan tanah perkuburan Islam dan sekolah agama yang terpaksa dipindahkan.

Berikutan bantahan itu, kerajaan telah mengkaji semula serta membuat pengubahsuaian saluran yang melibatkan kawasan tersebut dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses pemilihan kontraktor dan kerja-kerja di kawasan berkenaan dijadual dimulakan awal tahun depan.

"JPS telah membuat kajian semula dan mengenal pasti kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan tidak melibatkan tapak kubur dan sekolah agama dengan melakukan sedikit pengubahsuaian reka bentuk asal daripada saluran terbuka kepada pembentungan tertutup bawah tanah.

"Dengan cara ini semua pihak berpuas hati dan pada masa sama projek yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik, sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk setempat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat