{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Tiada GRO, minuman keras

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Pusat-pusat karaoke yang diberi lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini akan diarah tutup serta-merta jika didapati menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) atau menyediakan minuman keras.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, setakat ini tiada laporan mengenai penyalahgunaan lesen yang diberikan kepada 59 buah pusat hiburan itu termasuk di pulau-pulau peranginan.

Beliau menegaskan, pusat karaoke yang melanggar peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan seperti dikompaun mahupun diarah tutup serta-merta jika didapati berbuat demikian.

"Kesemua pusat karaoke itu dipantau oleh setiap PBT daerah dan sehingga kini kita tidak menerima sebarang laporan mengenai penyalahgunaan lesen namun jika wakil rakyat pembangkang mengenal pasti mana-mana pusat itu yang berbuat demikian boleh terus lapor kepada pihak berkuasa.

"Kesemua pusat karaoke tidak dibenarkan menjual minuman keras kerana memerlukan lesen khas tetapi kalau minuman dalam tin memang tidak terikat dengan undang-undang sedia ada, bagaimanapun jika ada maklumat kita juga akan bertindak ke atas pemilik pusat hiburan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Satiful Bahari Mamat (Pas-Paka) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, ketika ini terdapat 59 buah pusat karaoke yang telah diluluskan kerajaan negeri iaitu di Kuala Terengganu sebanyak 20 buah, Kemaman (12), Dungun (lapan), Besut (enam), Hulu Terengganu (enam), Setiu (tiga) dan Marang (empat).

Dalam pada itu, Ahmad menafikan kewujudan pusat hiburan tersebut menjadi punca golongan muda terlibat dalam kegiatan sosial terutamanya pelajar.

Jelasnya, kewujudan pusat hiburan berkenaan sekadar memenuhi tuntutan sesetengah golongan yang memerlukan hiburan tersendiri bagaimanapun masih di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Saya kira, pusat hiburan seperti ini lebih baik kerana kita dapat kawal berbanding yang tidak dapat dikawal, jadi saya percaya jika tiada pusat karaoke yang dibuka, mereka juga buat perkara sama di rumah.

"Melalui pemberian lesen kepada pusat karaoke secara terkawal memudahkan kita memantau aktiviti golongan ini dan sebagai pelajar pula mereka semestinya kena bijak membahagikan masa dan tidak salah untuk berhibur dengan syarat tidak melampaui batas," jelasnya.

Bumbung masjid diarah guna kayu gred A

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Ir. Rosli Othman

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kontraktor yang sedang dan akan membangunkan masjid-masjid kerajaan dan bangunan awam di negeri ini tidak lagi dibenarkan menggunakan struktur bumbung cold formed light weight steel bagi mengelak kejadian bumbung runtuh daripada terus berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir. Rosli Othman berkata, mereka perlu mengunakan sistem kekuda besi hot rolled mild steel yang lebih tebal atau menggunakan kayu gred A agar lebih selamat.

Katanya, kerajaan negeri telah mengenal pasti antara punca kejadian runtuh melibatkan masjid adalah berhubung struktur bumbung yang kurang tebal dan ringan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya empat buah masjid yang di dalam proses pembinaan termasuk di beberapa kawasan di Kemasik, Kemaman akan menggunakan kaedah berkenaan.

"Selain masjid, telah mengarahkan semua projek di bawah kontraktor yang dilantik kerajaan negeri terutama melibatkan kemudahan awam seperti dewan dan sekolah menggunakan kaedah yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Satiful Bahari Mamat (Pas-Paka) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Rosli berkata, langkah itu diputuskan susulan beberapa insiden bumbung masjid yang menggunakan struktur kekuda besi ringan runtuh termasuk Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, di sini dan Masjid Binjai Kertas, Hulu Terengganu beberapa bulan lalu.

Bagi memastikan tahap keselamatan di bangunan sedia ada pula, Rosli berkata Jawatankuasa Pemantau Khas di bawah penyelarasan dan pengawasan Jabatan Kerja Raya sudah diarahkan membuat siasatan dan analisis bagi mengesan sebarang ancaman kerosakan lebih awal.

"Banyak juga bangunan sedia ada yang menggunakan sistem cold formed light weight steel ini untuk bahagian bumbungnya, namun hasil pemeriksaan jawatankuasa itu mendapati semua bangunan itu disahkan selamat setakat ini.

Ketika menjawab soalan yang dikemukakan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) mengenai tandas di tiga buah masjid di kawasannya yang tidak berfungsi, Rosli memberitahu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaikpulih kemudahan berkenaan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, ia bukan sahaja melibatkan tiga buah masjid berkenaan namun melibatkan semua masjid di seluruh negeri ini.

"Ketika ini, kita telah ajukan perkara ini di peringkat teknikal dan hanya perlu tunggu siasatan JKR dan kita akan laksanakan dengan segera setelah peruntukan diperoleh," jelasnya.

Nilai semula manfaat Piala Monsun

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan negeri diminta menilai semula penganjuran kejohanan Piala Monsun dari sudut kepentingan kepada negeri dan rakyat ketika berlaku polemik tentang kemungkinan dipindahkan ke negeri lain.

Wakil pembangkang, Azan Ismail (PKR-Bandar) ketika berucap membahaskan Ucapan Bajet 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, ini termasuk soal sama ada pelaburan yang dibuat selama ini berbaloi dengan hasil yang diharapkan.

''Apakah terjejas projek yang telah kita rancang seperti pembinaan apartmen mewah? Apakah akan berlaku lambakan kemudahan itu kelak," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri mempelbagaikan produk pelancongan dengan memanfaatkan banyak lagi produk yang belum dieksploitasi untuk menjana perkembangan industri itu.

Katanya, berbanding dengan kebanyakan negeri lain, Terengganu mempunyai aset pelancongan yang terkaya tetapi jumlah kedatangan pelancong tidak setimpal dengan anugerah itu.

Azan juga berharap langkah turut diambil agar syarikat-syarikat penerbangan asing boleh terus mendarat di negeri ini bagi membawa kemasukan pelancong lebih ramai.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat