{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Rebut Skim Sara 1Malaysia

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com

Ruhaidah Mohamed Salleh (kiri) memberikan penerangan kepada orang ramai dalam Majlis Taklimat Skim Amanah 1Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, semalam. utusan/Rosmizan Resdi

KOTA BHARU 18 Dis. - Rakyat Kelantan disaran mengambil peluang menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang masih lagi dibuka sehingga hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Hal Ehwal Mahasiswa dan Siswazah Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Wan Azli Nik Abdul Majid berkata, skim itu adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani kesan kos sara hidup semasa.

Menurutnya, peluang tersebut perlu direbut memandangkan masih ada kekosongan sebanyak 5,000 untuk isi rumah membuat permohonan.

"Permohonan untuk Sara 1Malaysia ini dibuka kepada mereka berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

''Mereka boleh membuat pelaburan RM5,000 bagi tempoh lima tahun dengan membayar ansuran RM84 sebulan.

"Apabila cukup tempoh itu, mereka diramalkan memperoleh RM13,000,'' katanya.

Wan Azli memberitahu, bagi orang Kota Bharu, kami menyasarkan seramai 3,000 isi rumah akan menyertai skim ini bagi mengukuhkan kewangan mereka menerusi pelaburan yang dilakukan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Taklimat Sara 1Malaysia anjuran bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB), POKB dan UMNO Bahagian Kota Bharu hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Unit Komunikasi & Pentadbiran, Projek Khas Bahagian Unit Amanah PNB, Ruhaidah Mohamed Salleh.

Dalam majlis berkenaan, kira-kira 300 orang hadir mendengar taklimat mengenai Sara 1Malaysia yang disampaikan oleh Ruhaidah.

Wan Azli berkata, POKB juga akan sentiasa berusaha membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.

"Ini adalah usaha kita untuk merakyatkan POKB dan saya menyeru orang ramai untuk membuat permohonan.

"Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta melabur dalam Sara 1Malaysia ini boleh mengambil dan menyerahkan borang permohonan di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri," katanya.

Wahid beri laluan barisan muda

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut menjelaskan keputusannya melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan dan ruang kepada barisan pelapis muda agar dapat membawa kejayaan lebih besar kepada parti.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut sejak Jun 2011 menggantikan Datuk Harun Taib, menyifatkan dirinya sebagai sudah terlalu lama dalam barisan kepemimpinan dan sudah sampai masanya peranan itu diambil alih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu memberitahu Utusan Malaysia, beliau yakin di bawah kepemimpinan Satiful Bahri Mamat bersama gandingan muka baharu dan lama, Pas akan bernafas baharu dalam menggerakkan perjuangan.

"Ini bukan masalah kesihatan saya. Cuma saya rasa sudah terlalu lama dan ADUN Paka, Satiful Bahri dengan pengalaman dan kewibawaannya mampu meneruskan dengan berkesan," katanya ketika ditanya mengenai pelantikan baharu yang dibuat.

Pelantikan Satiful Bhari yang sebelum ini adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu diputuskan oleh Pas Pusat awal bulan ini dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu baru-baru ini mengumumkan senarai Kepemimpinan Harian Pas Terengganu bagi sesi 2013 - 2015.

Timbalan Pesuruhjaya 1 disandang oleh Dr. Alias Abd Razak manakala Yahaya Ali selaku Timbalan Pesuruhjaya 2 dan Datuk Nik Muhamad Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 3.

Datuk Hussin Awang pula kekal sebagai Ketua Dewan Ulama sementara Kamaruazaman Abdullah dan Safinah Jusoh selaku Ketua Pemuda dan Muslimat.

Setiausaha disandang oleh Muhyiddin Abd. Rasyid manakala Penolong Setiausaha (PSU) 1 dipegang oleh Zakaria Dagang; PSU 2, Abdullah Suhaimi Zakaria dan PSU 3, Hanafiah Mat.

Mohd. Nor Hamzah selaku Ketua Penerangan manakala M Shukrimun Shamsuddin (Bendahari) dan Ariffin Deraman selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya.

Tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik terdiri daripada Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Abu Bakar Chik, Dr. Azman Ibrahim, Saifuddin Othman, Azman Shapawi Abdul Rani, Mohd Harun Jusoh dan Zarani Othman.

Sementara itu, Satiful Bahri ketika mengumumkan barisan kepimpinan itu menjelaskan, pihaknya akan menggerakkan rangka kerja 'Road Map' baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 di samping memperbaiki beberapa kelemahan dan kekurangan.

''Kita hanya kekurangan satu dua kerusi sahaja untuk kembali berkuasa. Kita rasa insya-Allah dengan 'mood' dan 'momentum' kini, kita boleh capai kejayaan," ujarnya.

Jangan buat spekulasi kematian pelajar tahfiz

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

KOTA BHARU 18 Dis. - Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Maahad Tahfiz Nurul Aman di Kok Lanas yang ditemui tergantung di bilik air asrama sekolah itu, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tindakan itu boleh mengelirukan masyarakat, menjejaskan siasatan pihak berkuasa serta mengguris perasaan keluarga mangsa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat sebaliknya perlu menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak sewenang-wenang mendedahkannya di laman sosial Facebook dan sebagainya.

"Mereka yang mendedahkan kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa ditemui mati tergantung dalam keadaan separuh bogel di bilik air asrama sekolah berkenaan oleh penyelia asrama tersebut, Zul Atfi Muhammad, 37, ketika membuat rondaan bersama pengetua sekolah, Ahmad Pakharudin Deraman, 45.

Yong Heng berkata, pihak polis juga telah menyiasat pemilik dua laman sosial Facebook kerana dikatakan menyebar berita kononnya pelajar terbabit dibunuh sebelum digantung dan bedah siasat pula mendapati ada kesan tikam pada perut mangsa.

"Sebenarnya siasatan yang dilakukan tidak menemui elemen yang boleh dikaitkan dengan sebarang perlakuan jenayah dengan kematian mangsa.

"Hasil bedah siasat juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat