{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Jaga kebersihan, elak denggi

Posted: 24 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Zawawi Othman (depan) bersama komuniti dan kakitangan Pejabat Kesihatan Pasir Puteh ketika merasmikan kempen mencegah denggi dan menghalang pembiakan nyamuk aedes di Taman Jaya Semerak di Pasir Puteh, semalam.

PASIR PUTEH 24 Dis. - Orang ramai di daerah ini diminta supaya menjaga kebersihan persekitaran kawasan komuniti masing-masing bagi mengelak pelbagai jenis penyakit berjangkit terutama demam denggi merebak terutama terutama selepas musim banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman berkata, masyarakat perlu sedar terhadap kepentingan membersih persekitaran termasuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan air bertakung bagi memastikan demam denggi tidak merebak.

Beliau berkata, statistik Jabatan Kesihatan Kelantan mencatatkan sebanyak 1,393 kes denggi dengan dua kematian di daerah ini dan Pasir Mas sepanjang tahun ini berbanding hanya 1,215 kes bagi tempoh yang sama tanpa kehilangan nyawa pada tahun lepas.

"Sepanjang tahun ini, daerah ini mencatatkan 101 kes denggi dengan satu kematian berbanding hanya 75 kes tanpa kematian sepanjang 2012.

"Ini menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dengan kadar kenaikan 34.67 peratus, ia perlu diberi perhatian oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bebas Denggi dan Perubahan Gaya Hidup Sihat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh di kawasan perumahan Taman Jaya Semerak, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai Kesihatan Pasir Puteh, Dr. Zawiyah Dollah.

Pada program tersebut pelbagai aktiviti diadakan seperti pengesanan penyakit secara percuma, kesihatan gigi, kempen menderma darah, kempen bebas racun dalam penggunaan makanan dan minuman perangsang seks serta kempen nyah Aedes dalam kehidupan.

Zawawi berkata, penjagaan kebersihan persekitaran bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan sahaja tetapi perlu dipikul secara bersama dalam kalangan masyarakat untuk menghindar pembiakan nyamuk Aedes.

"Sebagai contoh, di Kawasan perumahan Taman Jaya Semerak ini sepatutnya kawasan lapang yang ada di sini tidak dijadikan tempat pembuangan sampah kerana pihak berkuasa tempatan telah menyediakan tong sampah awam. Sebaliknya tanah lapang menjadi pilihan.

"Banyak bekas menakung air dan mengikut laporan pejabat kesihatan daerah ini banyak tempat pembiakan aedes ditemui sehingga menjadikan kawasan perumahan ini sensitif denggi sebagaimana yang berlaku sepanjang tahun 2012," katanya.

Tambahnya, komuniti di kawasan berkenaan seharusnya lebih kerap mengadakan gotong-royong bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

100 penguat kuasa pantau harga

Posted: 24 Dec 2013 10:22 AM PST

Ab. Ghani Harun (kanan) memeriksa harga daging di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Krismas 2013 di pasar raya Tesco, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 24 Dis. - Seramai 100 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan akan membuat pemantauan harga di seluruh negeri sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 yang akan disambut Khamis ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK, Ab. Ghani Harun berkata, seramai 80 Pegawai Pemantau Harga di seluruh daerah akan turut membantu pasukan berkenaan bagi memastikan pemantauan tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, skim berkenaan yang bermula pada hari ini akan berakhir pada 27 Disember ini dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan harga dan Antipencatutan 2011.

"Walaupun cuti Hari Krismas jatuh pada Khamis ini, anggota kami akan tetap bertugas dan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati sepanjang tempoh berkenaan.

"Sebanyak 13 jenis barangan berada di bawah skim berkenaan antaranya ayam hidup, standard (yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) dan ayam super (yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

"Barangan kawalan lain ialah ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, kambing biri-biri import bertulang, kambing biri-biri import tanpa tulang (tidak termasuk paha) dan paha kambing import bertulang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kawalan Musim Perayaan Hari Krismas 2013 di pasar raya Tesco di sini hari ini.

Ab. Ghani memberitahu, telur ayam gred A, B, C dan tomato serta lada benggala hijau turut tersenarai dalam senarai barangan skim kawalan harga berkenaan.

"Sempena skim ini, para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal mengikut harga maksimun yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas warna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan lain.

"Peniaga juga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini," ujarnya.

Tambahnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan tersebut bakal berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan harga dan Antipencatutan 2011.

Ketengahkan bakat seni orang cacat

Posted: 24 Dec 2013 10:22 AM PST

KUALA TERENGGANU 24 Dis. - Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) meminta pengusaha hotel dan resort di negara ini supaya memberi peluang kepada golongan orang cacat penglihatan yang berbakat dalam bidang seni untuk diketengahkan kepada umum.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian SBM, Abas Ashari berkata, mereka yang berbakat tidak seharus sekadar dibiarkan mengadakan persembahan di jalanan bagi membantu menambahkan pendapatan serta mengembangkan lagi bakat yang ada.

Beliau berkata, walaupun terdapat ramai juga orang cacat penglihatan itu mempunyai bakat seni suara yang baik dan adakalanya setanding dengan artis-artis yang lain di negara ini, peluang untuk mereka seakan tertutup.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada juga pihak kerajaan sebelum ini sering mengundang golongan itu untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian tetapi ia hanya bermusim atau sekali-sekala.

"Kalaulah pihak kerajaan mengambil langkah meminta para pengusaha hotel dan resort atau pusat-pusat tumpuan pelancong, ini mungkin boleh merubah keadaan.

"Kita akui golongan cacat penglihatan itu tidak mampu mengadakan persembahan mereka dengan baik sebagaimana artis-artis lain tetapi dengan kemerduan seni suara yang ada perlu kita bagi ruang untuk mereka berbuat demikian seperti artis Allahyarham S. Jibeng," katanya.

Abas berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Tahunan SBM cawangan Terengganu di Kampung Teluk Ketapang, dekat sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 84 ahli SBM itu termasuk warga emas dan pelajar sekolah menerima sumbangan barangan hamper dan bantuan persekolahan.

Abas memberitahu apabila pihak kerajaan memberi keutamaan terhadap mereka untuk mengadakan persembahan nyanyian serta bakat-bakat seni yang lain sekurang-kurangnya mereka dapat juga menjadi penyumbang pembangunan di negara ini yang semakin maju.

Dalam hal ini, beliau meminta para pengusaha hotel turut memberi perhatian kepada golongan yang bernasib baik itu supaya dapat mengambil mereka yang berbakat itu dengan bayaran berpatutan agar dapat menarik perhatian pengunjung hotel terutama pelancong asing.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat