{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pandangan Kuan Yew sempit, lapuk

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Shamsul Amri

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai dasar-dasar berasaskan kaum di negara ini yang didakwa tidak menguntungkan Malaysia disifatkan sebagai satu pandangan lapuk dan sempit.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, Kuan Yew harus sedar bahawa beliau hanya mentadbir sebuah negara yang kecil iaitu tiga juta penduduk berbanding Malaysia yang mempunyai kira-kira 29 juta penduduk.

Mana boleh hendak bandingkan Singapura dengan Malaysia, beliau tadbir Singapura yang hanya memiliki tiga juta penduduk dengan sistem meritokrasi.

Selain itu, kita faham pandangan tersebut berdasarkan pengalaman di Singapura iaitu satu kaum mendominasi negara terbabit, tidak sama seperti Malaysia yang mempunyai keseimbangan antara Melayu dengan bukan Melayu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Namun katanya, pandangan itu penting bagi Malaysia kerana memberi peringatan kepada rakyat negara ini supaya berhati-hati dalam melaksanakan perundingan dan tolak ansur antara kaum di Malaysia.

Semalam Bernama melaporkan Kuan Yew berkata, dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

Mohamed Mustafa

Dalam petikan buku terbaru dilancarkan bertajuk One Mans View of the World di Istana di Singapura, Lee berkata: Ia adalah secara sukarela mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat daripada semua kaum.

Kuan Yew berkata, Malaysia juga bersedia untuk kehilangan bakat besar bagi mengekalkan dominasi sebuah kaum.

Sementara itu, Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, dasar-dasar berasaskan kaum termasuk Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan kerajaan adalah terbaik dalam pengagihan kekayaan secara saksama mengikut keperluan dan kedudukan rakyat di negara ini.

Katanya, rata-rata dasar yang diamalkan negara adalah bagi memberi keadilan kepada rakyat supaya tidak dipelopori oleh sesuatu kaum sahaja.

Mengambil contoh pelaksanaan DEB, Mohamed Mustafa berkata, pelaksanaan DEB adalah rentetan daripada satu tragedi hitam 13 Mei 1969 yang menunjukkan ketidakseimbangan sosio ekonomi dan pengagihan kekayaan antara kaum berlaku.

Dalam pada itu, beliau menambah, pelaksanaan DEB turut disokong sepenuhnya oleh Pemenang Anugerah Nobel (Ekonomi), Prof. Joseph Stiglitz dan berpendapat pelaksanaan itu memberi kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

Kuan Yew bukan tidak faham tetapi beliau cuba tidak berpijak di bumi yang nyata dengan terus memperjuangkan dasar meritokrasi," katanya.

'Siaran ulangan sandiwara politik'

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 5 Ogos 2013.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya membuat laporan polis dan tidak mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal dilihat sebagai siaran ulangan sandiwara politik.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, semasa isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu, beliau juga enggan membawa ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu ke mahkamah tetapi sebaliknya hanya membuat laporan polis.

Jelasnya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan perkara itu adalah satu konspirasi dan memperlekeh kredibiliti polis.

"Laporan polis Anwar kali ini juga jelas merupakan sandiwara politik yang menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang untuk memperlekehkan apa jua hasil siasatan pihak polis jika tidak memihak kepada beliau nanti.

"Dengan ini saya cabar Anwar supaya mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri itu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu tanpa berlengah lagi jika benar beliau tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mazlan mendedahkan beliau telah menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus-niaga' antara Anwar dan Karpal.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim juga menegaskan, tindakan Anwar itu juga adalah strategi biasa bagi menyelamatkannya daripada kecelakaan ciptaannya sendiri.

Katanya, sekarang Anwar juga dilihat takut membawa Mazlan ke mahkamah untuk membersihkan diri daripada tuduhan berat tersebut.

"Janganlah jadi seperti kucing kurap lagi kerana rakyat melihat perlakuan Anwar yang tidak konsisten ini dengan senyuman sinis," ujarnya.

Malah beliau juga menggesa Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk memberi maklumat kepada pihak media tentang kesahihan akaun-akaun bank yang tertulis dalam surat misteri itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat