{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Nilai prestasi secara rawak - MB

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Said (duduk, dua dari kiri) dan Abdul Razak Salleh, (duduk, dua dari kanan) bersama peserta Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 28 Ogos - Setiap jabatan, agensi serta syarikat milik kerajaan di negeri ini perlu sentiasa bersedia untuk dinilai prestasi pengurusannya dari segi kewangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penilaian itu akan dilakukan secara rawak pada setiap tahun sebagai salah satu langkah memastikan pengurusan sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Setiap tahun kita akan pilih sehingga 10 untuk dinilai secara rawak. Maknanya semua pihak perlu sentiasa bersedia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2013 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Abdul Razak Salleh; Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu, Roslan Abu Bakar serta beberapa kenamaan lain.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri juga melaksanakan sistem penarafan dengan memberikan 'bintang' kepada jabatan, agensi dan syarikat.

"Setakat ini, ada lima syarikat atau perbadanan yang mendapat empat bintang (cemerlang) dan sasaran kita sebanyak 10," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad memuji langkah UUM menganjurkan seminar berkaitan kewangan dan pengauditan dalam usaha meningkatkan kefahaman pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan kewangan ini.

"Kadang-kadang pegawai (kerajaan) ini merasakan apa yang mereka buat itu betul (dari segi pengurusan kewangan) tapi mungkin dari sudut pandangan juruaudit pula masih ada yang tak betul dan sebagainya.

"Kita perlu gabungkan (pandangan kedua-dua pihak) menerusi seminar ini. Penggabungan kedua-duanya merupakan satu daya usaha atau inisiatif yang patut diberi sokongan dan dokongan," katanya.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, seminar bertema 'Melestarikan Perkhidmatan Kelas Pertama Sektor Awam Melalui Inovasi Kewangan dan Pengauditan' merupakan lanjutan kepada seminar seumpamanya di Kota Kinabalu tahun lalu yang mendapat sambutan di luar dugaan.

Seramai 150 wakil daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dari seluruh negara menyertainya.

Projek stabil tebing Sungai Golok dilaksana

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

KOTA BHARU 28 Ogos - Kerajaan Pusat akan terus melaksanakan projek menstabilkan tebing Sungai Golok di sepanjang 130 kilometer (km) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sekali gus bakal memperkemaskan tebing-tebing di sepanjang sungai berkenaan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha (gambar) berkata, di bawah RMK-10 ini, kerajaan akan melaksanakan rancangan menstabilkan tebing sungai berkenaan di sepanjang 30 km lagi dengan melibatkan kos sebanyak RM100 juta.

"Sebelum ini tebing-tebing di sepanjang 61 km di Sungai Golok telah kita laksanakan dengan kos sebanyak RM97 juta dan ia telah mula dilaksanakan sejak daripada RMK-6 lagi.

"Untuk RMK-10 ini kita akan laksanakan lagi 30 km dengan kos sebanyak RM100 juta yang akan melibatkan beberapa buah kampung seperti Kampung Pengkalan Kubor, Pulau Ular, Pekan Bukit Bunga dan beberapa lagi.

"Selepas siapnya projek ini dijangkakan pada tahun 2015, kita akan terus melaksanakan lagi 30 km yang tinggal dalam RMK-11," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Aidilfitri JPP Kelantan di sini hari ini.

Makhtar berkata, dengan penstabilan sungai berkenaan, aktiviti seperti penyeludupan akan dapat dikurangkan selepas ini di samping dapat menghapuskan jeti haram di sepanjang sungai berkenaan.

"Selepas projek ini siap, kira-kira 148 jeti haram yang dikenal pasti ini akan dapat dihapuskan, seterusnya mampu mengurangkan masalah penyeludupan di negeri ini," katanya.

Semai semangat kemerdekaan kepada pelajar

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Hussain Awang

KOTA BHARU 28 Ogos - Warga pendidik di negeri ini bertanggungjawab untuk terus menyemai semangat kemerdekaan kepada pelajar bagi melahirkan generasi yang cintakan negara.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam memupuk semangat patriotik kepada pelajar.

"Selain pendedahan melalui pendidikan, kita turut menyarankan setiap sekolah di negeri ini memberi pengisian yang berunsurkan semangat kemerdekaan," katanya dalam majlis Sambutan Merdeka Raya Jabatan Pendidikan Kelantan di Jabatan Pendidikan Kelantan, di sini hari ini.

Sempena majlis tersebut, sebanyak 700 Jalur Gemilang diagihkan kepada seluruh jabatan serta orang ramai bagi menyemarakkan lagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Katanya, sekolah harus mengajar pelajar supaya lebih menghayati erti kemerdekaan dan tidak hanya sekadar mengibar bendera apabila tiba bulan kemerdekaan.

Menurut Hussain, langkah kementerian mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu permulaan yang amat tepat.

"Mata pelajaran Sejarah mempunyai 'kekuatan' untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai perkembangan sejarah negara kita terutamanya. Kita turut berusaha ke arah tersebut dengan mengedar modul mengenai kefahaman sejarah ke seluruh sekolah bermula Julai lalu," katanya.

Beliau turut berharap warga pendidik memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar di sekolah.

"Semangat perpaduan amat penting kerana ia adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah negara," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat