{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Jalur Gemilang: Bangunan di KL kurang semangat patriotik

Posted: 29 Aug 2013 02:28 AM PDT

Oleh Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tinjauan di sekitar ibu negara terutama di kawasan tumpuan pelancong mendapati bangunan komersial masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan ke-56 Sabtu ini.

Rata-rata bangunan terutama kompleks beli-belah kurang mempromosikan sambutan kemerdekaan atau dalam erti kata lain, tidak menunjukkan semangat patriotik yang tinggi.

Namun tidak semua yang hambar kerana ada sebilangan bangunan di sekitar Bukit Bintang di sini rancak mengibarkan Jalur Gemilang dalam menyambut Hari Kemerdekaan.

Dalam meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk pelancong mengenai Hari Kemerdekaan, Kumpulan World Band Competition telah mengadakan promosi termasuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di hadapan pusat beli-belah Lot 10.

Sebelum ini, Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim turut melahirkan rasa dukacitanya ekoran kurangnya semangat mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat setempat.

Malah beliau secara sinis turut mengatakan Jalur Gemilang yang dijual tidaklah semahal sekotak rokok.

"Pengibaran Jalur Gemilang merupakan satu cara untuk rakyat negara ini menzahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

"Masalahnya ialah tiada perasaan dalaman dalam rakyat kita terutama yang sebahagiannya duduk di bandar.

"Kita juga dapati pelajar-pelajar kita tidak terlengkap dengan rasa cinta kepada negara menerusi perlambangan bendera Jalur Gemilang.

"Bendera lambang yang paling mudah dan murah, yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera pun kita tidak boleh kibarkan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Jerebu: Indonesia enggan bawa ke Sekretariat ASEAN

Posted: 29 Aug 2013 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berkaitan jerebu ekoran keengganan Indonesia membawa masalah itu kepada Sekretariat ASEAN.

Beliau berkata, Indonesia hanya mahu menyelesaikan perkara itu antara Malaysia dan Singapura sahaja.

"Indonesia juga hanya membincangkan isu (jerebu) itu dalam mesyuarat Parlimennya yang dijangka berlangsung Disember atau awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemetaan Utiliti anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di sini hari ini.

Jerebu dikesan di Pulau Pinang semalam apabila kawasan Seberang Jaya 2 mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 pada 5 petang. - BERNAMA

Tambahan nilai peluang RM4.2 bilion bagi syarikat bumiputera - PM

Posted: 29 Aug 2013 01:12 AM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tambahan nilai peluang bagi peruntukan khas bumiputera berjumlah RM4.2 bilion.

Nilai peluang itu melibatkan empat projek mega yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat bumiputera yang meliputi projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh dan Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (Matrade).

Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Perdana Putra di sini pagi ini.

Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah menyediakan peluang kontrak bernilai RM9.1 bilion dalam projek Transit Rel Massa (MRT) kepada syarikat-syarikat bumiputera.

Peruntukan tambahan itu sebagai tanda pengiktirafan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) terhadap peranan Teraju dalam pembangunan ekonomi bumiputera dan bersetuju agar peranan ini diperluaskan dan diperhebatkan supaya agenda Bumiputera dilaksanakan secara berkesan.

Dalam sidang akhbar itu, Najib berkata, sehingga Ogos tahun ini, Teraju yang telah diwujudkan sejak dua setengah tahun lalu telah mewujudkan nilai peluang sebanyak RM18.2 bilion dalam bidang perniagaan, pembiayaan dan pembangunan modal insan kepada syarikat-syarikat bumiputera melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Sehingga Ogos tahun ini, Teraju telah meluluskan geran mudah cara sebanyak RM412.2 juta kepada 87 projek yang dilaksanakan oleh syarikat bumiputera dari pelbagai sektor dengan nilai pelaburan swasta berjumlah RM3.7 bilion.

Inisiatif berkenaan telah mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, penyertaan syarikat-syarikat bumiputera dalam program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) telah meningkat kepada 450 buah syarikat.

Secara purata anggaran pendapatan tahunan keseluruhan syarikat-syarikat Teras ini adalah sebanyak RM15.6 bilion setahun dan secara kolektif menyediakan pekerjaan kepada 47,706 orang.

Di bawah program Teras, Teraju menyediakan Dana Teras di beberapa buah institusi kewangan untuk membiayai modal kerja dan aset berjumlah RM1.63 bilion.

Sehingga kini, RM387 juta telah diluluskan kepada 91 syarikat bumiputera. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat