{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


CAP kesal jalan tidak diselenggara

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 28 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah tidak peduli dengan keadaan jalan raya berlopak di sekitar Sungai Ara dan Bukit Gedung di sini.

Presidennya, S. M Mohamed Idris (gambar) berkata, keadaan sedemikian mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.

Menurutnya, masalah berkenaan telah membelenggu penduduk di kedua-kedua kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu yang menggunakannya sebagai laluan utama.

"Lokasi yang paling teruk mengalami kerosakan adalah berhampiran kem tentera di Sungai Ara dan berdekatan lampu isyarat Jalan Tengah ke Bukit Gedung.

"Kita dapati keadaan jalan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai kesulitan malah menjejaskan keselamatan ribuan pengguna setiap hari terutama ketika hujan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak terbabit supaya turun padang bagi melihat sendiri keadaan jalan di situ dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.

"Kita minta supaya permukaan jalan terbabit diturap tar sepenuhnya bagi keselesaan para pengguna di kawasan itu," ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Abdullah Sulaiman, 48 berkata, dia telah beberapa kali hampir terlibat dalam kemalangan kerana tayar motosikal yang ditunggangnya masuk ke dalam lopak yang terdapat di atas jalan di Sungai Ara.

Katanya, walaupun setiap hari dia melalui jalan itu dan tahu di mana ada kesan lopak namun kadang-kadang tidak dapat mengelak kerana keadaan sesak dengan kenderaan lain khususnya pada waktu puncak.

"Saya cuma harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah ini sebelum kejadian yang tidak di ingini berlaku ke atas saya mahupun mereka yang menggunakan jalan ini," jelasnya.

Pusat tampung subsidi RapidPenang RM1 juta

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

PULAU PINANG 28 Ogos - Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 juta sebulan bagi menampung kos operasi dan penyelengaraan perkhidmatan bas RapidPenang di negeri ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, subsidi itu dibiayai melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang menguruskan operasi perkhidmatan bas berkenaan.

Menurutnya, biarpun operasi syarikat berkenaan tidak menguntungkan, kerajaan terpaksa meneruskannya bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat tidak diabaikan.

"Biarpun kos operasi dan penyelengaraan yang tinggi, RapidPenang tetap berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memenuhi permintaan rakyat.

"Terbaharu sebanyak 200 bas tambahan sedang dilakukan bagi membantu melicinkan operasi perkhidmatan bas tersebut menjelang hujung tahun ini dan awal tahun hadapan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Zainal Abidin dalam pada itu menambah, pihaknya berharap agar kerajaan DAP Pulau Pinang dapat bersama dalam membantu menampung operasi dan penyelenggaraan RapidPenang demi kesejahteraan rakyat sendiri.

"Semasa menubuhkan perkhidmatan bas ini dahulu, kerajaan Pusat juga telah membelanjakan kos RM130 juta.

"Bagaimanapun saya difahamkan memang ada tawaran yang datang daripada kerajaan negeri untuk membantu operasi RapidPenang tetapi butiran lanjut tidak dikemukakan dan ada beberapa terma yang perlu diperhalusi terlebih dahulu," ujarnya.

Usul jadi 'senjata makan tuan'

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

Mohd. Khusairi Abdul Talib

IPOH 28 Ogos - Tindakan pembangkang menuduh kerajaan negeri tidak berlaku adil kerana tidak memberikan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat pembangkang bertukar menjadi 'senjata makan tuan' di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Hal ini kerana pembangkang semasa berkuasa di negeri ini selama 11 bulan turut tidak menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) walaupun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian ketika itu.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Abu Bakar Hussain (Pas-Titi Serong) semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada hari ketiga, Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Sidang DUN Perak Ke-13.

Abu Bakar yang juga Pesuruhjaya Pas negeri mempersoalkan kenapa kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan tersebut kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN tetapi tidak kepada wakil rakyat pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri melakukan transformasi dengan memberikan peruntukan tersebut kepada semua wakil rakyat tanpa mengira daripada parti mana dengan alasan wang tersebut adalah wang rakyat.

Namun, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) kemudian mencelah dan mempersoalkan kenapa pakatan pembangkang semasa memerintah negeri ini selama 11 bulan juga tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat BN, jika merasakan amalan itu tidak adil.

Katanya, pembangkang yang menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan juga tidak pernah memberikan peruntukan kepada ADUN daripada BN di negeri tersebut.

"Adakah ADUN BN di Pulau Pinang, Selangor dan terutamanya di Kelantan yang dikuasai kerajaan pembangkang sekian lama menerima peruntukan daripada kerajaan negeri?

"Saya minta Titi Serong panjangkan soalan ini kepada kerajaan negeri di negeri-negeri pembangkang terlebih dahulu," katanya.

S. Kesavan (PKR-Hutan Melintang) yang menjadi pembahas selepas itu turut membangkitkan soal penyaluran peruntukan secara saksama dan meminta kerajaan negeri mengamalkan politik baharu agar dapat menjadi contoh dan ikutan kepada negeri-negeri lain termasuk negeri pembangkang.

Katanya, langkah itu perlu kerana wang tersebut amat penting bagi wakil rakyat membantu menyelesaikan masalah dan keperluan penduduk di kawasan masing-masing.

"Saya juga berharap kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dapat menyalurkan peruntukan ini kepada semua wakil rakyat tanpa mengira daripada parti mana. Peruntukan ini perlu disalurkan kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat