{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Tunjukkan semangat patriotisme yang tinggi

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 28 Ogos - Rakyat di negeri ini diminta menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dengan sekurang-kurangnya mengibarkan sehelai Jalur Gemilang di rumah masing-masing dan premis perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, perasaan itu hendaklah terbit daripada hati, yang mana mempunyai perasaan menebal cintakan negara, selain mensyukuri berada dalam sebuah negara yang aman dan sejahtera.

''Saya telah pun melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan berharap rakyat merasa peka dengan sambutan hari kemerdekaan negara ini. Tunjukkanlah semangat patriotisme kita.

''Sekurang-kurangnya, hargailah pengorbanan perwira negara yang berkorban nyawa dan harta benda untuk memerdekakan negara ini," katanya dalam majlis sambutan Aidilfitri di Senawang malam tadi.

Katanya, sebagai generasi yang hidup dalam nikmat kemerdekaan ini, sepatutnya tidak terlalu berkira untuk membeli sehelai Jalur Gemilang bagi dikibarkan di rumah mahupun premis perniagaan.

''Kalau mengibarkan Jalur Gemilang pun hati kita merasa terlalu berat dan menunggu ada pihak memberikannya secara percuma, maka susahlah begitu. Perkara ini sepatutnya datang daripada jiwa yang ikhlas.

''Saya berharap tiada rakyat di negeri ini yang malas hendak kibarkan Jalur Gemilang atau bercakap, apa faedahnya jika kita menyambut hari kemerdekaan ini," katanya.

Tegasnya, jika masih ada rakyat yang tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang ini, itu adalah segelintir individu yang tidak tahu mengenang budi.

''Individu sebegini suka membuat kacau, Jalur Gemilang diterbalikkan, bendera negara mahu ditukarnya dan dipijak-pijak. Orang sebegini tiada langsung semangat patriotisme dan tidak tahu berterima kasih kerana mereka hidup dalam negara Malaysia yang sudah kaya.

''Mereka tidak kisah apa pun dan individu sebegini hanya tahu mencetuskan kacau-bilau dan merosakkan perpaduan kaum," tegas Mohamad lagi.

Pada masa yang sama, Mohamad meminta rakyat negeri ini supaya melihat kesengsaraan yang dihadapi rakyat di negara lain sebagai iktibar.

''Cuba bayangkan jika kita dilahirkan di Palestin, Syria atau negara bergolak lain seperti di Mesir ketika ini. Banyak pembunuhan sudah berlaku dan kehidupan semakin tidak aman," ujarnya.

Premis perniagaan di Melaka diseru kibar Jalur Gemilang

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Idris Haron (empat dari kiri) bergambar bersama peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri 2013 di Sungai Udang, Melaka, malam semalam.

MELAKA 28 Ogos - Kerajaan negeri menyeru premis-premis perniagaan terutamanya di kawasan perdagangan dan perniagaan komersial di pusat bandar supaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, pemasangan Jalur Gemilang oleh pihak berkenaan dilihat masih lagi kurang dan usaha tersebut perlu dilipatgandakan dalam usaha memeriahkan sambutan kemerdekaan negara.

Menurutnya, pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri turut diminta untuk mengingatkan premis-premis perniagaan di bawah kawasan masing-masing untuk memasang Jalur Gemilang.

"Saya menganjurkan supaya kegiatan memasang bendera kebangsaan ini dapat digarapkan dengan lebih baik bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Kembara Merdeka Aidilfitri 2013 di Taman Desa Taming Sari, Sungai Udang di sini malam tadi.

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Zainuddin Ismail dan Pengarah Jabatan Penyiaran negeri, Kliwon Pajhar.

Konvoi Kembara Merdeka Aidilfitri yang disertai 30 peserta itu telah menamatkan kembara di tiga daerah di negeri ini bermula pada 25 Ogos lalu di Jasin, 26 Ogos di Alor Gajah dan berakhir di Melaka Tengah semalam.

Sebanyak 1,500 helai Jalur Gemilang telah diedarkan kepada orang ramai oleh peserta konvoi di mana masing-masing memperuntukkan sebanyak 500 bendera di setiap daerah.

Idris berkata, beliau berpuas hati dengan usaha pemasangan Jalur Gemilang di peringkat badan dan agensi kerajaan namun masih kurang di bangunan-bangunan swasta termasuk premis perniagaan.

Menurutnya, pemasangan bendera adalah sekecil-kecil perkara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan semangat cintakan tanah air.

"Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pihak untuk memasang Jalur Gemilang sekali setahun sempena Bulan Kemerdekaan ini bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada negara," katanya.

Tambah beliau, stesen-stesen radio negeri juga boleh berperanan dengan memainkan lebih banyak lagu-lagu patriotik bagi menaikkan semangat orang ramai.

MPAG pasang 850 Jalur Gemilang

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

ALOR GAJAH 28 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyemarakkan Bulan Kemerdekaan dengan memasang 850 Jalur Gemilang di seluruh kawasan pentadbirannya sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang dilancarkan di sini semalam.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Abdul berkata, selain ibu pejabat MPAG, Jalur Gemilang turut dipasang di gerai milik MPAG, premis perniagaan dan kenderaan jabatan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan bendera sepanjang bulan ini.

Menurutnya, antara objektif kempen berkenaan adalah bagi menyemai semangat patriotik dalam diri setiap warga MPAG, selain memupuk semangat cintakan negara dan menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan.

"Kami mengambil inisiatif dengan memasang Jalur Gemilang di semua premis milik MPAG, jalan-jalan utama dan semua kenderaan jabatan yang dianggarkan berjumlah 37 buah.

"Selain dapat menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga kerjanya, usaha itu diharap dapat menyemarakkan Bulan Kemerdekaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di pekarangan pejabat MPAG di sini, semalam.

Katanya, mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja menjadi kewajipan agensi kerajaan sahaja, malah perlu dipikul oleh seluruh rakyat negara ini sebagai tanda bersyukur terhadap keamanan dan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat