Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 26 Sep 2013 03:03 PM PDT Beijing: Mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang remaja lelaki anak pasangan penyanyi selebriti tentera semalam kerana merogol seorang wanita secara beramai-ramai. Li Tianyi, 17, didapati bersalah menyerang dan merogol mangsa di sebuah hotel pada Februari lalu. Dia adalah seorang daripada lima tertuduh.
Li adalah defendan paling dikenali dalam kes itu. Bapanya adalah Li Shuangjiang dari Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), penyanyi terkenal kerana membuat persembahan lagu patriotik dalam rancangan televisyen dan acara rasmi. Sebagai dekan jabatan muzik Akademi Seni milik tentera China, Shuangjiang mempunyai pangkat setaraf leftenan jeneral, lapor akhbar PLA. Cetus kebencian Ibu defendan, Meng Ge, juga penyanyi terkenal dalam PLA. Kes itu mencetuskan kebencian terhadap anak elit politik kerana ramai menganggap mereka rosak akhlak dan sering melanggar undang-undang.
Berikutan itu, katanya, Li akan merayu keputusan berkenaan. Kes itu menarik perhatian penduduk China selama beberapa bulan lalu. Malah, ia lebih dramatik berbanding perbicaraan bekas ahli politik kanan disingkir Bo Xilai, dan menarik kritikan baru terhadap golongan aristokrat politik yang digelar 'orang kaya generasi kedua' yang umumnya dianggap dilingkari rasuah. Di luar mahkamah, ramai pemerhati bersorak selepas hukuman ke atas Li diumumkan.
"Semua orang agak berang dengan generasi kaya kedua, generasi kedua pegawai dan generasi kedua selebriti," katanya. Dalam satu lagi kes pada 2011, Li yang memandu BMW merempuh sebuah kereta lain di ibu kota ini. Dia kemudian memukul pasangan dalam kenderaan yang dilanggar dan kemudian mengejek pemerhati kerana mahu menelefon polis. Dia dijatuhi hukuman setahun dalam kemudahan pemulihan juvana dan bapanya membuat permohonan maaf secara terbuka. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |