{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Penoreh sekat pintu lapangan terbang

Posted: 04 Sep 2013 02:59 PM PDT

Surat Thani: Beribu-ribu penoreh getah yang marah menyekat pintu masuk utama ke sebuah lapangan terbang di selatan Thailand semalam, bagi meningkatkan tekanan ke atas kerajaan untuk menyediakan bantuan bagi menangani kemerosotan harga komoditi itu.

Keputusan menyasarkan lapangan terbang yang digunakan pelancong asing ke pulau terkenal di Koh Samui, jelas menandakan kemuncak kemarahan dalam tindakan petani terbabit.

Pengarah lapangan terbang, Attaporn Nuang-udom, berkata penerbangan masih beroperasi namun penumpang dipaksa menggunakan laluan alternatif.

"Kami memaklumkan syarikat penerbangan meminta penumpang berkumpul di tempat tertentu dan kami akan menghantar bas mengambil mereka ke lapangan terbang," katanya.

Polis pencegah rusuhan dengan cota dan perisai berkawal berhampiran lapangan terbang.

Tamparan hebat

Bantahan oleh aktivis diraja pada 2008 yang melumpuhkan lapangan terbang utama Thailand memberi tamparan hebat kepada ekonomi negara itu.
"Kami tidak akan membenarkan penutupan lapangan terbang kerana ia menjejaskan industri pelancongan dan keyakinan orang ramai," kata Timbalan Perdana Menteri Pracha Promnog, di Bangkok.

Thailand adalah pengeksport getah asli utama dunia dan penoreh berkata mereka terjejas teruk akibat pasaran global lemah.

Kerajaan sebelum itu menolak tuntutan bagi memberi jaminan terhadap harga getah pada 120 baht (RM12.23) sekilogram, 50 peratus lebih tinggi berbanding harga terkini di pasaran dunia.

Sebaliknya ia bercadang membayar penoreh kira-kira 1,260 baht (RM128.43) per rai (0.4 ekar) ladang getah bagi membantu kos pengeluaran, bersama dana menambah keberkesanan pemprosesan getah, ditolak penunjuk perasaan.

"Mereka mahu kami menjamin harga pada 92 baht (RM9.38) satu kilogram," kata gabenor Surat Thani Chatpong Chatraphuti, yang mengambil bahagian dalam rundingan semalam.

Katanya wakil kerajaan akan membawa cadangan itu kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, untuk dipertimbangkan.

Bantahan besar-besaran

Thailand digegarkan oleh beberapa bantahan besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan pertembungan kedua-dua penyokong dan pembangkang abang Yingluck, bekas Perdana Menteri dalam pelarian Thaksin Shinawatra, di jalanan.

Dalam bantahan dua bulan pada 2010 di Bangkok oleh baju merah yang pro-Thaksin, ia menarik 100,000 penunjuk perasaan pada kemuncaknya sebelum dihancurkan tentera oleh kerajaan sebelum ini. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat