{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Lamar Fiza pada pertemuan kedua

Posted: 24 Sep 2013 09:30 AM PDT

Tindakan penyanyi, Adam, atau Mohd Aizam Mat Saman, 30, melamar bekas anggota kumpulan Elite, Fiza, 33, pada pertemuan kedua mereka menyebabkan wanita itu terkejut, sekali gus menganggap lelaki itu kurang siuman.

Walaupun menyedari tindakannya pasti akan mengejutkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, Adam tekad menyuarakan hasrat hati. Selepas bertemu kali pertama pada hari kelima Ramadan lalu, hatinya memang sudah terpaut pada Fiza.

"Sebelum berjumpa secara rasmi buat julung kali, kami kerap berbalas mesej. Kami juga pernah bertemu di beberapa majlis, tetapi setakat menyapa begitu saja.

"Satu hari, apabila ternampak gambar profil Fiza bertudung, saya terdetik bertanya sama ada dia berhijab kerana lakonan atau memang sudah berhijrah? Apabila mengetahui itulah imej terbarunya, saya terus mengajaknya keluar. Manalah tahu, jika kami boleh berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah.

"Tak sangka pula undangan saya disambut Fiza. Kami bertemu kali pertama di sebuah restoran di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya menganggap itulah petunjuk daripada Allah," katanya yang memilih untuk disatukan dengan kekasihnya pagi Khamis ini di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam.

Tak bimbang tohmahan orang

Kedua-duanya sedar, keputusan untuk berkahwin secara terburu-buru pasti akan menjadi bahan bualan orang ramai. Namun, dia dan bakal isteri tidak bimbang tohmahan masyarakat, sebaliknya lebih takutkan Allah. Malah kata Adam, keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan maksiat.
"Tak sedaplah asyik berjumpa, tetapi tiada sebarang ikatan sah. Daripada menjadi bahan cacian orang, lebih baik kami bernikah dan ia akan lebih memudahkan pergerakan.

"Saya mengaku keputusan untuk berkahwin diambil terlalu cepat. Keluarga, terutama ibu, pada mulanya terkejut juga dengan keputusan yang dibuat dan agak keberatan menerimanya. Namun, selepas membawa Fiza bertemunya Syawal lalu, hati ibu berubah. Kelembutan dan sikap Fiza yang pandai mengambil hati keluarga mengubah pendiriannya.

"Malah, mereka juga tidak kisah dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Bagi saya sendiri, yang penting ialah hati budinya," kata Adam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat