{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Kaedah Fakih

Posted: 23 Sep 2013 03:50 PM PDT

Adakah anda tahu bagaimana orang pekak dan bisu beribadat, sembahyang dan membaca alQuran?

Bagaimanakah mereka belajar menyebut kalimah Allah, membaca surah dan mengaji, sedangkan dunia mereka senyap dan kaku, hanya menggunakan pergerakan tangan sebagai bahasa isyarat?

Mungkin anda ragu-ragu mengenai keupayaan insan istimewa dan bolehkah mereka mendengar atau mengalunkan bacaan ayat alQuran serta sebagainya.

Itu sebenarnya hanya andaian kita saja, meskipun tidak selancar insan normal, dunia anak istimewa ini tetap ajaib kerana mereka mampu melakukan sesuatu dengan baik.

Pengalaman ini dilalui dua ibu, Norhaliza Mohd Khalit, 46, dan Wan Suriani Wan Abdullah, 45, yang tidak jemu memberi pendidikan agama kepada anak mereka yang pekak dan bisu.

Kedua-dua ibu ini, kini mampu menarik nafas lega kerana anak mereka boleh mengaji dan mendirikan solat seperti insan normal terutama selepas mengikuti pendidikan agama di Yayasan Pendidikan AlQuran bagi Anak Istimewa, Universiti Malaya (UM), menerusi kaedah Fakih.

Ketika ditemui di Yayasan Faqeh, di UM, Petaling Jaya, barubaru ini, raut wajah dua ibu ini tampak semangat menceritakan detik perubahan anak yang tidak liat bersolat dan mengaji, malah bersemangat menggunakan teknik baru yang memudahkan pembelajaran mereka.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat