{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Gaya tubuh langsing

Posted: 24 Sep 2013 09:23 AM PDT

Memiliki susuk tubuh langsing dan tinggi lampai banyak kelebihan berbanding bertubuh gempal kerana mereka bebas bereksperimen dengan fesyen, selain tampak lebih menarik, menyerlah dan anggun.

Cuma, tidak adil untuk menerima pandangan sebegitu. Mungkin ramai juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan. Hakikatnya, sama ada wanita kurus bertubuh tinggi lampai atau rendah, mereka perlu bijak memilih padanan sesuai dengan fizikal bagi melahirkan ilusi tubuh lebih berisi dan tidak terlalu kurus.

Perunding Imej, Peter Lum, berkata elemen gaya perlu diberikan perhatian wanita kurus ialah bagi membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi.

Katanya, aspek paling perlu dititikberatkan adalah aspek warna dan motif. Sekiranya gandingan dua elemen ini tepat, individu kurus akan kelihatan lebih berisi. Sekiranya pemilihan elemen itu tidak betul, maka individu bukan saja kelihatan kurus, sebaliknya mungkin lebih 'kering'.

"Pakaian warna hitam tidak digalakkan kerana ia 'menyerap' segala cahaya menyebabkan tubuh kelihatan lebih kurus. Malah mereka digalakkan mengenakan pakaian berwarna cerah atau terang kerana ia tidak menyerap cahaya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata Lum, beberapa perkara diwarisi secara genetik seperti kurus tinggi atau rendah, sememangnya tidak boleh diubah, tetapi padanan tepat boleh memberikan perubahan menakjubkan.

"Dengan tip berguna, anda akan mempunyai kurang masalah dalam memilih pakaian terbaik untuk dipadankan dengan jenis badan. Perlu diingat, tiada siapa sempurna, termasuklah peragawati atau model.
"Bagaimanapun, dengan menggunakan beberapa helah kecil, anda boleh berasa lebih selesa dan yakin untuk bergaya. Usah takut mencuba dan bermain dengan tekstur, warna dan reka bentuk dalam mencari sesuatu yang benar-benar berkenan di hati," katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat