{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda jenderak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 02:15 PM PDT

KE7BMG 2014: 3 Anak FELDA Pahang Hasrat Harumkan Nama Negara

20130824_102357

MENJADI lumrah kepada sesiapa sahaja yang menyertai ekspedisi yang berskala besar, pasti punya tekad untuk mengharumkan nama negara yang tercinta.

Kejayaan terbaru dari 5 anak FELDA dalam Ekspedisi Everest FELDA KE7B 2013 telah berjaya mengharumkan nama negara malah turut menaikkan nama FELDA dipersada antarabangsa.

Itulah antara matlamat kesemua peserta-peserta yang menyertai sesi pemilihan Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland 2014 (KE7BMG 2014) anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B).

KE7B juga adalah penganjur bagi Ekspedisi Everest FELDA KE7B 2013 yang lalu.

Dengan azam dan tekad mahu mengharumkan nama negara dan mengangkat martabat FELDA, 3 anak FELDA dari negeri Pahang ini telah hadir dalam sesi pemilihan KE7BMG 2014.

20130824_115724

Muhamad Tuah Bin Abd Hashim, 24, dari FELDA Kechau 1, Kuala Lipis, bukan sahaja anak jati FELDA malah kini berkhidmat sebagai salah seorang petugas di FELDA.

Tak lekang dengan senyum, Tuah menyatakan amat bersemangat dan seronok kerana dapat turut serta dalam sesi pemilihan ini.

"Saya suka sukan lasak. Dapat jalani sesi pemilihan ini, saya rasa sangat bersemangat dan seronok. Malah, pegawai saya di FELDA turut memberikan galakan kepada saya untuk menyertai sesi pemilihan ini," ujar Tuah.

"Saya harap saya akan terpilih untuk mengikuti Ekspedisi KE7BMG 2014 ini supaya saya dapat mengharumkan nama negara dan juga FELDA sekaligus. Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab ini," tambah Tuah.

Minat yang mendalam dalam aktiviti sukan lasak membuatkan Mohd Noor Abd Raafar Bin Abd Rashid, 28, dari FELDA Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, menyertai sesi pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014.

Raafar yang teruja dengan sesi pemilihan ini turut memaklumkan kepada FeldaVoice bahawa beliau mengetahui sesi pemilihan ini daripada abangnya.

"Seronok dapat sertai sesi pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014 ini. Saya dapat tahu tentang pemilihan ini dari abang saya, dia yang beritahu saya," kata Raafar.

"Saya memang minat aktiviti dan sukan lasak. Selalunya aktiviti yang saya sertai berbasikal dan jungle tracking. Saya sukakan sukan lasak terutamanya yang dekat dengan keindahan alam sebab saya suka melihat fenomena alam sekitar yang adakalanya unik," tambah Raafar.

"Saya harap saya akan terpilih untuk ikuti ekspedisi ini dan jika terpilih saya akan rasa amat bangga dan akan buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara tercinta. Tapi kalau tidak terpilih, maka saya redha, mungkin bukan rezeki saya," katanya.

Bagi Mohammad Zahid Bin Hashim, 27, dari FELDA Keratong, Muadzam Shah, sesi pemilihan ini merupakan satu peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskannya.

"Saya rasa sangat teruja dapat sertai sesi pemilihan ini," kata Zahid.

Zahid telah mula berminat dengan sukan dan aktiviti lasak sejak dari bangku persekolahan lagi dan sentiasa bercita-cita untuk mengharumkan nama negara melalui aktiviti sukan lasak.

"Semasa pemilihan, saya sudah buat yang terbaik. Jika terpilih untuk ke peringkat seterusnya saya akan berusaha gigih lagi dan cita-cita saya untuk mengharumkan nama negara dalam aktiviti sukan lasak semakin dekat," katanya.

"Jika tidak terpilih, saya akan redha dengan keputusan panel. Saya akan berusaha dan cuba lagi lain kali kerana ini memang minat saya. Siapa yang tidak mahu terpilih, kalau tidak dapat, belum rezeki saya dan mungkin lain kali," akhiri Zahid.

FeldaVoice doakan yang terbaik buat semua peserta yang sertai sesi pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014 pada 24 Ogos yang lalu terutamanya kepada 13 anak FELDA ini. Semoga banyak tempat diisi oleh anak-anak FELDA.

Semoga berjaya!!!

Jika terlupa, berikut senarai 13 anak FELDA yang telah menjalani sesi pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014;

1- Irwan Hafiz Bin Mat Ariff (29); FELDA Gunung Besout 5, Trolak, Perak. [ RUJUKAN ]

2- Muhamad Shaiful Hisyam Bin Abd Aziz (24); Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor. [ RUJUKAN ]

3- Mohd Faizol Fuad Bin Mohd Sallehan (29); FELDA Soeharto, Selangor. [ RUJUKAN ]

4- Muhammad Asyraf Bin Abd Manap (22); FELDA Soeharto, Selangor. [ RUJUKAN ]

5- Muhamad Tuah Bin Abd Hashim (24); FELDA Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang. [ RUJUKAN ]

6- Mohd Noor Abd Raafar Bin Abd Rashid (28); FELDA Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. [ RUJUKAN ]

7- Yanizam Bin Mohamad Supiah (28); FELDA Keratong, Muadzam Shah, Pahang. [ RUJUKAN ]

8- Mohammad Zahid Bin Hashim (27); FELDA Keratong, Muadzam Shah, Pahang. [ RUJUKAN ]

9- Mohamad Taufik Bin Mohd Nasir (23); FELDA Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang. [ RUJUKAN ]

10- Mohamad Izwan Bin Sumeri (25); FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor. [ RUJUKAN ]

11- Shahrizan Bin Hamdan (26); FELDA Ulu Dengar, Kluang, Johor. [ RUJUKAN ]

12- Hazreen Amri Bin Hamzah (26); FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor. [ RUJUKAN ]

13- Mohamad Shahid Bin Kamisa (23); FELDA Sungai Sibul, Kulaijaya, Johor. [ RUJUKAN ]

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada September 5, 2013 - 5:15 am oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat