{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemelah - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemelah - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda kemelah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 12:00 AM PDT

Dan program sepetang bersama pemimpin

FELDA KEMELAH – Satu program yang mendekatkan diri diantara penduduk felda dan pemimpin setempat akan diadakan di Felda Kemelah pada hari Ahad, 24 April 2011 yang melibatkan golongan sasaran diperingkat usia awal 6 tahun sehingga dewasa.

Bermula malam ini, satu pertandingan karaoke suka-suka diadakan di Dewan Serbaguna Felda Kemelah. Manakala pada hari esok (Ahad) akan diadakan pelbagai aktiviti antaranya senamrobik pertandingan masakan dan gubahan khas untuk wanita dewasa, explorace belia, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, perlawanan persahabatan bola jaring dan ceramah kesihatan.

Pada sebelah petangnya pula akan diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan autoshow untuk generasi muda. Pelbagai pameran akan diadakan antaranya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pameran daripada usahawan anak-anak peneroka Felda.

Selain daripada itu, antara aktiviti kemuncaknya adalah lawatan ke rumah pesakit-pesakit kronik. Dijangkakan penganjur akan mengunjung ke lapan buah rumah yang isi rumahnya terlibat dengan penyakit kronik.

Menurut Irdawati Wagiman, Pegawai Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Program Jejak Aspirasi 2011 Felda Kemelah ini adalah anjuran bersama Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama JKKK, GPW dan MBFM Felda Kemelah.

"Ini adalah kali kedua program ini diadakan di Felda Kemelah setelah pihak kami mengadakan program yang sama pada tahun lepas."

"Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat dengan pemimpin tempatan. Semua masyarakat Felda Kemelah dan yang berdekatan dijemput hadir untuk sama-sama meraikan program ini, " katanya lagi.

Program ini akan dirasmikan oleh Datuk Ayub Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah.

<b>Felda</b> sasar bina 4,000 rumah setahun – Perak Today

Posted: 09 Sep 2013 05:21 PM PDT

felda

Felda merancang membina 4,000 unit rumah bagi generasi kedua dan ketiga mulai tahun ini bagi memastikan matlamat membina 20,000 unit rumah untuk generasi berkenaan di Felda dalam tempoh lima tahun, tercapai.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pembinaan itu bertujuan mengelakkan generasi kedua dan ketiga meninggalkan tanah rancangan sekali gus mengatasi masalah ketiadaan kediaman.

"Sebahagian daripada 1.6 juta generasi baru Felda sebenarnya tidak berhasrat untuk berhijrah ke tempat lain sekiranya masalah kediaman mereka dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Felda Kemelah, di sini semalam.

Katanya, pembinaan rumah berkenaan sudah dimulakan dan Felda berharap akan dapat menyiapkan projek itu secara berperingkat sebagaimana yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mohd Isa, dengan adanya kediaman, maka generasi kedua dan ketiga boleh bekerja di ladang sendiri mahupun di Felda.

"Masalah utama ialah rumah kerana bagaimana kita mahu tawarkan pekerjaan kepada mereka sekiranya mereka tidak mempunyai kediaman. Ia tidak sama dengan pekerja asing kerana pekerja asing boleh tinggal di rumah kongsi," katanya.

Terdahulu, berucap pada majlis berkenaan, Mohd Isa menggesa masyarakat Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang terus memburukkan agensi itu dengan menghasut mereka meninggalkan kawasan Felda.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat Felda perlu kekal bersatu supaya bilangan mereka yang mendiami tanah rancangan itu tidak berkurangan dan status Felda sebagai rancangan pembangunan besar juga dapat dipertahankan.

- Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat