{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


300,000 isi rumah diminta berpindah

Posted:

300,000 isi rumah diminta berpindah

300,000 isi rumah diminta berpindah

SEBUAH kawasan penduduk di Fukuchiyama, dalam wilayah Kyoto dilanda banjir akibat Taufan Man-yi semalam.- AP


TOKYO - Taufan Man-yi membadai bahagian tengah Jepun semalam dengan hampir 300,000 isi rumah telah diminta untuk berpindah.

Pihak berkuasa juga bimbang ribut berkenaan akan melanda loji nuklear Fukushima yang lumpuh.

Taufan itu melanda daratan di bandar Toyohashi, dalam wilayah Aichi menjelang pukul 8 pagi (waktu tempatan) semalam.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan, Man-yi membawa angin selaju 162 kilometer sejam (km/j).

Badan penyiaran awam, NHK melaporkan empat orang hilang dalam tanah runtuh atau banjir dan lebih 65 orang cedera manakala 860 buah rumah pula ditenggelami air.

Susulan ketibaan Man-yi, agensi berkenaan mengeluarkan amaran hujan lebat di Kyoto dan beberapa wilayah lain di sekitarnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di Kyoto meminta lebih 291,000 isi rumah supaya berpindah.

Di wilayah Saitama, utara bandar raya ini, angin kencang menerbangkan bumbung rumah dan menterbalikkan kereta.

Taufan itu dijangka menuju ke timur laut pada tengah hari dengan membawa hujan lebat di kawasan loji nuklear yang lumpuh di Fukushima.

Pihak berkuasa bimbang hujan lebat itu akan mengalirkan lebih banyak air tercemar ke dalam laut.

"Kami berjaga-jaga tentang impak Taufan Man-yi ke atas loji nuklear ini," kata jurucakap Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Shogo Fukuda.

"Setakat ini, tiada masalah besar berlaku di loji ini," tambahnya.

Menurut Fukuda, sekitar 300 tan metrik air dalam tanah yang dicemari radio aktif dari loji nuklear itu mengalir ke laut setiap hari.

Dalam perkembangan berkaitan, NHK melaporkan kira-kira 500 penerbangan domestik terpaksa dibatalkan semalam akibat Man-yi. - AFP

Tentera Filipina lancar serangan udara

Posted:

Tentera Filipina lancar serangan udara

Tentera Filipina lancar serangan udara


SEORANG askar kerajaan membedil peluru mortar di bandar raya Zamboanga, selatan Filipina semalam.- REUTERS


ZAMBOANGA - Beberapa buah helikopter tentera membedil roket ke arah kawasan persembunyian gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di sini semalam dalam usaha menamatkan konfrontasi selama lapan hari yang meragut berpuluh-puluh nyawa di selatan Filipina.

Tentera Filipina menyatakan, pihaknya semakin hampir menghapuskan kumpulan bersenjata MNLF yang menceroboh bandar raya ini untuk menggagalkan perjanjian damai antara kerajaan dengan seterunya, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Kami tahu mereka cuba melarikan diri," kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala sejurus sebelum serangan helikopter itu dilancarkan.

Dua buah helikopter membedil roket ke arah sejumlah gerila MNLF yang bersembunyi di dalam dan sekitar dua buah perkampungan tepi pantai semalam.

Ia merupakan serangan udara pertama sejak pihak tentera memulakan operasi menggempur anggota-anggota bersenjata MNLF pada Jumaat lalu.

Pada awal konfrontasi tersebut, kira-kira 200 gerila MNLF menawan berpuluh-puluh tebusan dan membakar ratusan kediaman sekali gus menyebabkan bandar raya ini lumpuh.

Seramai satu juta penduduk tinggal di sini yang merupakan pusat komersial utama di selatan Filipina.

"Kini tinggal cuma sekitar 100 gerila MNLF selepas berpuluh-puluh dibunuh dan ditangkap, manakala kubu mereka juga ditawan semula," ujar Zagala.

Namun, saki-baki anggota bersenjata MNLF itu katanya, masih bersembunyi dan menyamar sebagai orang awam.

Sebanyak 51 gerila MNLF dan enam anggota tentera serta empat orang awam terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

Gerila Islam telah berjuang sejak tahun 1970-an untuk mendapatkan kemerdekaan atau status wilayah autonomi di selatan Filipina.

Dianggarkan seramai 150,000 orang terbunuh dalam kebangkitan tersebut.

Kerajaan Filipina masih berunding dengan MILF bagi mengembalikan keamanan di Pulau Mindanao, selatan Filipina dengan menjanjikan wilayah autonomi lebih luas kepada mereka.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan MNLF pimpinan Nur Misuari yang bimbang mereka akan dipinggirkan.

MILF yang mempunyai 12,000 anggota bersenjata merupakan kumpulan penentang terbesar di Mindanao. - AFP

Insidious: Chapter 2 ungguli carta pecah panggung

Posted:

Insidious: Chapter 2 ungguli carta pecah panggung

Insidious: Chapter 2 ungguli carta pecah panggung


FOTO yang diedarkan oleh pihak FilmDistrict menunjukkan aktres Danielle Bisutti beraksi dalam filem Insidious: Chapter 2.- APi


LOS ANGELES - Filem seram terbitan FilmDistrict, Insidious: Chapter 2 mengungguli carta pecah panggung, menurut perangkaan kutipan tiket.

Filem sekuel arahan James Wan yang mengisahkan tentang rumah berhantu itu mencatat jualan kutipan tiket sebanyak AS$41 juta (RM134.8 juta), tiga kali ganda berbanding tayangan pertama filem tersebut pada 2010.

Penganalisis data pecah panggung Hollywood.com, Paul Dergarabedian berkata, filem tersebut mengumpul jumlah kutipan paling tinggi untuk tayangan pembukaan pada bulan ini.

"James Wan telah memecahkan kod dalam menghasilkan filem seram yang bagus," katanya.

Pengarah Australia itu juga mengarahkan satu lagi filem seram, The Conjuring yang berjaya mengungguli carta pecah panggung pada hari tayangan pembukaan.

Pengerusi pengedaran FilmDistrict, Jim Orr berkata, jualan tiket untuk filem tersebut hampir dua kali ganda melebihi jangkaan pihak studio.

Tempat kedua diduduki filem The Family apabila berjaya meraih kutipan tiket sebanyak AS$14.5 juta (RM47.7 juta).

Ia diekori oleh filem aksi Riddick di tempat ketiga dengan kutipan tiket AS$7 juta (RM23 juta). Filem Lee Daniels, The Butler masih lagi kekal pada kedudukan lima teratas dengan menambah nilai kutipan tiket sebanyak AS$5.58 juta (RM18.3 juta).

Filem komedi We're the Millers yang dibintangi Jennifer Aniston berada di tempat kelima dengan AS$5.4 juta (RM17.7 juta). - AP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat