Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara
- Wanita warga emas koma selepas diragut
- Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek
KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara Posted: KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara17/09/2013 8:12pm JASIN - Bagi memajukan pembangunan ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke penggunaan (KPDNKK) berhasrat menjadikan koperasi sebagai salah satu sektor penting dalam konteks memantapkan ekonomi negara. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, bagaimanapun untuk mencapai hasrat itu, penglibatan individu yang mempunyai kelulusan sebagai ahli pengurusan koperasi perlu diberi penekanan. Menurut beliau, dalam waktu yang sama koperasi juga perlu membuka peluang kepada golongan muda dalam bidang pengurusannya seperti menjadi ahli lembaga ko perasi dan sebagainya. ''Pada masa kini, kelulusan, pengalaman dan serta komitmen tinggi amat diperlukan untuk memajukan sesuatu bidang yang diceburi dan perkara ini adalah sangat penting," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kilang pemprosesan ayam di Serkam, di sini hari ini. - KOSMO! |
Wanita warga emas koma selepas diragut Posted: Wanita warga emas koma selepas diragut17/09/2013 6:44pm MELAKA - Seorang wanita warga emas koma setelah terjatuh akibat diragut dua lelaki di Jalan Gajah Berang di sini, Jumaat lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa berusia 70 tahun dari Taman Asean Malim kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas cedera di kepala kerana terhantuk di jalan. Pada sidang akhbar di sini hari ini beliau berkata, ketika kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa sedang berjalan bersama adiknya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu bertindak meragut beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM50 menyebabkannya terjatuh. Katanya, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai turut terlibat dalam cubaan ragut seorang jurujual yang sedang menunggu bas di Jalan Tengkera di sini, 20 minit sebelum kejadian ragut membabitkan warga emas tersebut. Raja Shahrom bagaimanapun berkata, mereka gagal meragut rantai emas dipakai remaja perempuan berusia 17 tahun tersebut setelah mangsa sempat memegang rantainya. "Berang dengan kegagalan itu, pembonceng motosikal memukul kepala wanita tersebut menggunakan topi keledar menyebabkan mangsa terjatuh namun hanya cedera ringan," katanya. - Bernama |
Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek Posted: Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek17/09/2013 6:02pm KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menahan 18 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah. "Kami tahan mereka yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti merusuh, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan, samun berkawan dan bersenjata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kataya, tangkapan turut membabitkan kesalahan tipu, memiliki barang curi, khianat, ugutan jenayah, memasukkan dadah dalam badan, lari dari pusat tahanan dadah serta menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Menurut Mohmad, mereka merupakan antara 252 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara, sepanjang tempoh itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |