Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Militan serang pangkalan tentera AS di Afghanistan
- Konflik Syria menyebabkan 7 juta rakyat jadi pelarian
- Tiga pengawal peribadi Gisele Bundchen didakwa
Militan serang pangkalan tentera AS di Afghanistan Posted: Militan serang pangkalan tentera AS di Afghanistan
NANGARHAR - Sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dekat sempadan Pakistan diserang oleh kumpulan militan semalam dengan melancarkan serangan bom dan membakar sejumlah kenderaan, kata beberapa pegawai. Jalan utama yang menjadi laluan lori-lori milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga terpaksa ditutup buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan mangsa dipercayai anggota pemberontak yang menyerang pangkalan terbabit. Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di Torkham, wilayah Nangarhar itu. Ia merupakan serangan terbaharu ketika operasi tentera asing yang diketuai AS akan berundur dari Afghanistan menjelang penghujung 2014. Jurucakap gabenor Nangarhar, Ahmad Zia Abdulzai berkata, tentera AS dan pasukan keselamatan Afghanistan berbalas tembakan dengan militan yang muncul memakai jaket berisi bahan letupan serta membawa beberapa senjata lain. Sementara itu, timbalan ketua polis Nangarhar, Masoum Khan Hashimi berkata, pertempuran bermula sekitar pukul 6.30 pagi dan berakhir tiga jam setengah kemudian. Menurut Masoum, sebuah bom kereta berjaya diletupkan dalam serangan itu. Seorang jurugambar agensi berita AP di lokasi kejadian melihat tiga mayat dipercayai penyerang ditembak mati daripada helikopter NATO. - AP | |
Konflik Syria menyebabkan 7 juta rakyat jadi pelarian Posted: Konflik Syria menyebabkan 7 juta rakyat jadi pelarian
DAMSYIK - Bantuan antarabangsa kepada penduduk Syria yang terjejas akibat perang saudara adalah amat kecil berbanding keperluan mereka, kata seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Pegawai kanan PBB itu, Tarik Kurdi memberitahu, dianggarkan lima juta rakyat Syria kini menjadi pelarian di negara sendiri. Bilangan tersebut tidak termasuk dua juta lagi warga Syria yahg melarikan diri ke beberapa negara jiran. Angka keseluruhan tersebut merangkumi hampir satu pertiga penduduk di negara Asia Barat berkenaan. "Setakat ini, negara-negara penderma menyumbang kurang satu pertiga daripada wang yang diperlukan bagi membantu para pelarian ini," kata Kurdi. Konflik kejam penuh berdarah selama dua tahun di Syria juga telah meragut lebih 100,000 nyawa termasuk lebih 1,300 orang yang terbunuh dalam serangan senjata kimia oleh rejim presiden Bashar Al-Assad dipinggir bandar raya Damsyik pada 21 Ogos lalu. Namun Bashar menafikan tentera Syria melakukan serangan kejam tersebut. Beliau sebaliknya menyalahkan pihak penentang sebagai bertanggungjawab melancarkan serangan itu. Setakat ini, pihak AS dan juga rejim Bashar belum menyiarkan bukti dakwaan masing-masing kepada umum. Di Washington, Presiden Barack Obama sedang melobi Kongres untuk menyokong serangan tentera bagi menghukum rejim Bashar kerana menggunakan senjata pembunuh besar-besaran itu. Obama pada awalnya bersedia menyerang Syria, tetapi menukar fikiran bagi mendapatkan persetujuan Kongres terlebih dahulu pada hujung minggu lalu. Kongres dijangka mengundi isu tersebut pada 7 September ini. Sementara itu, Liga Arab belum menyatakan sokongan berhubung tindakan ketenteraan ke atas negara Asia Barat itu. Dalam satu mesyuarat tergempar di Kaherah kelmarin, ia meminta PBB dan masyarakat antarabangsa mengambil langkah pencegahan berdasarkan undang-undang antarabangsa bagi menghentikan jenayah rejim Bashar. Dalam perkembangan berkaitan, dua sekutu kuat Bashar, China dan Rusia menentang tindakan ketenteraan yang dicadangkan Washington. China amat bimbang serangan itu akan menyebabkan konflik di Asia Barat menjadi bertambah rumit dan buruk. Rusia pula mendakwa tiada bukti kukuh tentera Bashar melancarkan serangan senjata kimia. "Tiada koordinat lokasi serangan dan tiada bukti ujian dilakukan oleh golongan profesional untuk mengesahkan serangan itu," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov. Sebelum perang saudara meletus, Syria mempunyai sekitar 23 juta penduduk. - AP | |
Tiga pengawal peribadi Gisele Bundchen didakwa Posted: Tiga pengawal peribadi Gisele Bundchen didakwa
PUNTA ARENAS - Tiga pengawal peribadi bintang bola sepak Amerika, Tom Brady dan isterinya Gisele Bundchen dihadapkan ke mahkamah di Costa Rica kerana melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua jurugambar. Mereka didakwa melepaskan tembakan itu dalam satu pergaduhan di majlis perkahwinan pemain bola sepak dan model antarabangsa berkenaan pada 4 April 2009. Mahkamah di sini telah menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut pada 23 September depan. Dalam insiden itu, mereka dituduh menembak seorang wartawan dan jurufoto agensi berita AFP, Yuri Cortez dan Rolando Aviles. Cortez dan Aviles ditugaskan untuk membuat liputan perkahwinan pasangan selebriti berkenaan yang diadakan di rumah percutian model Brazil itu di Costa Rica. Menurut tuntutan mahkamah yang telah difailkan oleh AFP serta dua jurugambar, Cortez dan Aviles terpaksa memandu masuk ke kediaman Bundchen selepas mereka enggan menyerahkan kamera dan kad memori yang dirampas pengawal keselamatan tersebut. "Semasa memandu pergi, salah seorang daripada pengawal peribadi mereka telah melepaskan tembakan ke arah Cortez dan Aviles menggunakan pistol," kata satu kenyataan dalam tuntutan tersebut. Bagaimanapun, peluru itu tersasar dan tidak mengenai mereka. Terdahulu, Coztz memberitahu dia tidak sabar melihat pengawal keselamatan itu dihadapkan ke mahkamah selepas empat tahun menunggu untuk mereka dibicarakan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |