Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Wakil rakyat AS rangka draf serang Syria
- Kes diabetes di China membimbangkan
- Scarlett Johansson buru lelaki
Wakil rakyat AS rangka draf serang Syria Posted: Wakil rakyat AS rangka draf serang Syria
WASHINGTON - Wakil-wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) menyokong pelan Presiden Barack Obama untuk melancarkan serangan tentera ke atas Syria. Perkembangan itu berlaku selepas Setiausaha AS, John Kerry merayu para pemimpin negara itu agar tidak hanya duduk di kerusi dan melihat sahaja serangan kimia yang berlaku di pinggir bandar raya Damsyik pada bulan lalu. Wakil-wakil rakyat daripada Parti Demokrat dan Republikan kini merangka draf untuk AS melancarkan serangan ke atas Syria. Mereka menetapkan tarikh akhir 90 hari untuk AS berbuat demikian. Namun, Senat menolak penghantaran askar AS ke bumi Syria. Dua kaji selidik baru-baru ini mendapati, rakyat AS menentang tindakan ketenteraan ke atas Syria. Konflik di negara Asia Barat itu yang memasuki tahun ketiga telah meragut lebih 110,000 nyawa. Perkembangan dramatik itu berlaku ketika agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa lebih dua juta orang telah menjadi pelarian ekoran perang di Syria. Obama sebelum ini menangguhkan sebarang tindakan ketenteraan ke atas Syria sehingga mendapat kelulusan Kongres pada sesi pengundian, 9 September ini. "Ini bukan masa untuk kita duduk di kerusi malas. Ini bukan masa untuk kita sekadar menonton pembunuhan beramai-ramaiitu. Negara kita dan sanubari kita tidak boleh berdiam diri," kata Kerry kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat. Selepas wakil-wakil rakyat Britain mengundi untuk tidak terlibat dalam tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Syria, Ba- shar Al-Assad, Washington kini mencari sekutu lain untuk membina perikatan antarabangsa bagi tujuan itu. Perancis sebelum ini menyokong rancangan AS menyerang Syria. Negara Eropah itu dijadual mengadakan perdebatan tergempar di Parlimen semalam berhubung krisis Syria tetapi Perdana Menteri, Jean-Marc Ayrault menolak sebarang pengundian. Presiden Perancis, Francois Hollande boleh mengarahkan tindakan ketenteraan tanpa kelulu- san Parlimen tetapi sebahagian wakil rakyat menggesa supaya isu tersebut diundi di Parlimen Pada masa yang sama, Paris turut menggesa negara-negara Kesatuan Eropah supaya bersatu dan menyokong tindakan menghukum rejim Bashar. "Eropah perlu bersatu dalam isu ini," kata Hollande dalam satu sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Jerman, Joachim Gauck. "Apabila pembunuhan beramai- ramai menggunakan senjata kimia berlaku, apabila wujud bukti dan apabila pihak yang bersalah dikenal pasti seterusnya perlu ada tindak balas," tambahnya. Sementara itu, pihak penentang Syria menyatakan, ia bimbang tentera Bashar akan melancarkan serangan senjata kimia baharu. Ia berikutan pihaknya melihat tiga konvoi kenderaan yang dipercayai membawa senjata pembunuh besar-besaran itu baru-baru ini. Obama memberitahu, serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu yang melibatkan gas sarin itu menjadi ancaman terhadap AS dan sekutu-sekutunya. "Bashar dan Syria perlu bertanggung jawab," kata Obama. Dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula memberi amaran serangan tentera oleh Barat akan memburukkan lagi krisis di rantau berkenaan. - AFP | |
Kes diabetes di China membimbangkan Posted: Kes diabetes di China membimbangkanGAMBAR fail pada 3 Januari 2009 menunjukkan sejenis alat digunakan untuk mengukur kandungan gula dalam darah pesakit diabetes. - AP BEIJING - Hampir 12 peratus orang dewasa di China menghidap diabetes pada 2010 ekoran kemakmuran ekonomi, sekali gus lebih tinggi daripada bilangan pesakit berkenaan di Amerika Syarikat (AS), kata beberapa penyelidik kelmarin. Menurut kajian yang disiarkan dalam penerbitan Journal of the American Medical Association (JAMA), sebanyak 11.6 peratus orang dewasa yang merangkumi 12.1 peratus lelaki dan 11 peratus wanita menghidap penyakit itu pada 2010. Angka tersebut menyaksikan sebanyak 113.9 juta kes diabetes dicatatkan di China. Di seluruh dunia, terdapat 371 kes diabetes yang menyerang 8.3 peratus penduduk global. "Penyakit diabetes meningkat dengan mendadak di China sejak beberapa dekad lalu," menurut JAMA. "Data ini menunjukkan diabetes mencapai tahap membimbangkan di China dengan risiko berlakunya wabak berkaitan penyakit itu seperti penyakit kardiovaskular, strok dan penyakit ginjal kronik dalam masa terdekat," tambahnya. Tambah kajian sama, hanya 30 peratus penduduk China yang menghidap dia- betes sedar keadaan mereka. Kajian itu lagi menyatakan, sekitar separuh populasi China mempunyai kadar gula dalam darah yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko mereka menghidap diabetes. Penemuan itu berdasarkan sejumlah sampel yang diambil secara rawak di negara itu. - AFP | |
Scarlett Johansson buru lelaki Posted: Scarlett Johansson buru lelakiVENICE - Bintang Amerika Syarikat, Scarlett Johansson menakutkan penonton di Festival Filem Venice kelmarin dengan lakonannya sebagai makhluk asing dalam filem Under the Skin. Johansson memainkan watak makhluk asing yang menjelma dalam bentuk manusia untuk memburu, menggoda dan memakan lelaki di Bumi. Filem Under the Skin itu diarahkan oleh pengarah Britain, Jonathan Glazer yang bijak bermain dengan cahaya dan permukaan gelap untuk mewujudkan persekitaran makhluk asing yang mantap. Pengambaran filem itu di buat di jalan-jalan di Glasgow dan tanah tinggi Scotland. Johansson yang memainkan watak sebagai Laura, memerhati manusia untuk kepentingan klinikal tanpa mempunyai perasaan kasihan. Bagaimanapun, Laura perlahan-lahan mula mema- hami perasaan manusia termasuk keinginan seksual, sekali gus mengadakan hubungan cinta pertama de- ngan manusia. Under the Skin merupakan filem sains fiksyen yang menggabungkan dokumentari dengan aksi ngeri serta menggoda tanpa keganasan. Terdahulu, Johansson, 28, mengakui, pada mula- nya dia berasa sukar untuk memainkan watak tersebut dan memerlukan beberapa minggu untuk men- dalaminya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |