Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Jagoan di negara asing
- Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai
- ND Lala lega gosip Shila-Johan
Posted: Jagoan di negara asingPUKUL 2 pagi, lensa kamera jurufoto Kosmo!, Wahidin Salim masih membidik sasaran di sebuah kamar merah bercirikan hiasan kayu di Philea Resort & Spa, Melaka. Shae dan Mark masih mampu mengukir senyum walaupun masing-masing kepenatan menghiburkan 20,000 audiens di Konsert Eravaganza yang berlangsung lewat petang hari sama di Stadium Hang Jebat. Tenaga energetik yang disalurkan Shae diserap Mark yang lebih banyak menguntum senyum manis pada mulanya. Ia sehingga masing-masing secara santai memulakan bicara. "Shae ini seorang penyanyi yang bagus, ada suara yang unik dan berbakat besar. Kamu contoh artis yang mampu menyesuaikan diri untuk pasaran antarabangsa sebenarnya," puji Mark sambil membetulkan kusyen. Shae mengatur langkah berhati-hati sambil meletakkan secangkir teh pudina panas buat Mark di meja sisi. Balas Shae: "Mark seorang yang sangat serius. "Kehidupan dirinya sebagai artis sudah sempurna tapi dia masih sedar diri." Lantai pasir Mungkin ramai yang salah anggap Mark penyanyi luar negara yang berjaya mencuri perhatian peminat di Malaysia sama seperti Shae. Tapi tekaan itu meleset kerana Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 34, sudah memiliki status warganegara tetap dan kad pengenalan sah sejak tahun lalu selepas lebih 12 tahun menetap di Malaysia. Membuka cerita pada awal kedatangan Mark ke Malaysia sekitar tahun 2000, kerjaya sebagai penyanyi di sebuah hotel di Sabah hanya sekadar cukup makan. Mahu untuk dia menyertai pelbagai rancangan realiti nyanyian namun halangan utama kata Mark kerana status kewarganegaraannya. "Saya mula menyanyi pada umur 8 tahun lagi dan mula diperhatikan apabila memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina pada usia 12 tahun. "Sejak daripada itu saya tidak berhenti menyanyi kerana ini mata pencarian menyara kehidupan keluarga saya yang sangat susah. "Selepas dua tahun di Malaysia, saya berkahwin dan memohon warganegara tetap selama enam tahun. Syukur akhirnya saya berjaya memiliki status yang sah kini," cerita Mark.
Mark dalam nada sebak berkongsi kehidupan keluarganya di Filipina. Pernah suatu ketika dahulu dia sekeluarga terpaksa menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City. Oleh kerana itu, Mark memanjatkan kesyukuran setelah kompas hidupnya berubah 360 darjah kini. Tidak pernah dia menyesali akan kehidupan lampau tapi tutur Mark dia mahu jadi yang terbaik buat keluarganya. Negara satu dunia Kenapa berpindah ke Malaysia? Mark terdiam seketika sebelum menyambung bicara. Kata guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya itu kecintaan terhadap Malaysia telah mengatasi segalanya. "Budaya di sini (Malaysia) terlalu berharga buat saya. Seolah-olah satu dunia berhimpun di negara ini dan segala-galanya sudah tersedia," ujarnya yang pasti akan pulang ke Filipina setahun sekali. Mark yang bernaung di bawah label Mixology Music mula mencuri perhatian peminat menerusi single dwibahasa berjudul Pencuri atau versi asalnya dalam bahasa Inggeris, Thief. "Apabila mencipta lagu, saya membayangkan mengenai seseorang yang boleh dihubungkan menerusi lagu itu. Pencuri adalah sebuah lagu cinta dan tiada pengertian spesifik. "Begitu juga lirik akhir lagu ini yang saya biarkan tergantung dan kisah ini tiada penghujung," katanya yang pernah muncul menerusi single Sampai Nanti tahun lalu.
Duet dengan Ella Sambil Shae mengemaskini jadual perjalanannya sepanjang lima hari di Malaysia, satu soalan singgah kepada penyanyi kacukan Australia-Riau itu; pernahkah terfikir untuk berpindah ke Malaysia suatu hari nanti seperti Mark? "Saya tidak merancang lagi untuk berpindah ke Malaysia kerana keluarga saya masih di sana dan karier saya juga baru bermula. Lagipun, untuk berpindah bukan mudah dan memerlukan satu proses yang panjang," jelasnya. Masuk kali ini sudah lapan kali Shae berkunjung ke Malaysia belum sampai tempoh setahun, katanya kesempatan yang diberikan itu perlu digunakan sebaik mungkin. "Saya tidak sangka sebenarnya populariti boleh naik secepat ini. Jujurnya, kalau diberikan peluang saya tidak boleh pandang rendah kerana ini masa depan saya. "Saya rasa seronok apabila sibuk ke sana ke sini dan masih ada banyak perkara untuk diselesaikan di Malaysia mahu pun Indonesia. Apabila usaha lebih baru dapat melihat hasil bukan?" ujarnya. Shae yang telah merakamkan single Sayang bersama ratu rock negara Ella kini sedang sibuk mengadakan siri jelajah sekitar Indonesia mengakui industri hiburan sangat berdaya saing. "Tidak pernah saya terfikir saya sudah berjaya dan saya tidak boleh berkata 'ya, saya kini telah berjaya'. Jauh lagi perjalanan saya dan banyak lagi perkara yang saya belum terokai," getus empunya nama Sheryl Gething. Cinta & Shac Pernah suatu ketika dahulu kisah Shae dikatakan bercinta dengan penyampai radio Era FM, Shac menjadi bahan bualan apabila kedua-duanya kelihatan semakin intim. Bagaimanapun, tegas Shae, hubungannya bersama Shac tidak lebih sekadar berkawan dan lebih selesa untuk meneruskan hubungan seperti mana sekarang. "Pertama kali kami berjumpa ketika di konti radio Era FM dan kami terus rapat sampaikan kami tidak sedar sudah bersedia ke udara ketika sedang rancak bersembang. "Memang kami kerap berjumpa tapi kami tiada sebarang hubungan serius. Saya tidak gemar orang gosipkan perkara yang tidak tepat," tegas Shae. Sibuk menguruskan kerjaya mana mungkin Shae punyai masa untuk mencari cinta. Tapi di 'bule kampung' itu menetapkan satu falsafah dalam dirinya. "Buka mata, buka hati. Tidak perlu pilih-pilih kawan dan apa saja yang terjadi biar terjadi kerana reaksi emosi. "Cinta itu jangan dicari sebaliknya biarkan datang sendiri, setiap manusia dicipta untuk melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu," katanya. | ||
Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai Posted: Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di HatyaiOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
SEPANJANG bergelar seorang anak seni, nama pelakon Bront Palarae atau pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, jarang dikaitkan dengan cerita-cerita sensasi. Namun begitu, baru-baru ini Bront menjadi sebutan ramai apabila merahsiakan tentang perkahwinannya yang dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu. Mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi sebelum ini, akhirnya pelakon filem Psiko Mencuri Hati itu telah membuat pengakuan. Ketika membuat kemunculan dalam pratonton telefilem NY Cinta kelmarin, Bront lantas diserbu oleh pihak media untuk bertanyakan lebih lanjut berhubung perkahwinannya. Kosmo!: Apakah yang membuatkan Bront begitu rahsia apabila mendirikan rumah tangga? Bront: Saya tidaklah berniat untuk merahsiakannya kerana beranggapan diri ini tidak popular. Kalaulah saya ini popular tentu setiap filem lakonan saya akan mendapat sambutan di pawagam. Jadi, saya merasakan perkahwinan saya ini tidak mempunyai nilai berita kepada orang ramai. Upacara pernikahan yang berlangsung juga hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Setelah cerita perkahwinan tersebut tersebar, anda memberi alasan mahu menjaga hati ramai pihak apabila bertindak merahsiakannya. Bagaimanapun ada desas-desus yang mengatakan anda pernah berkahwin dahulu. Boleh komen mengenai perkara berkenaan? Ini merupakan perkahwinan saya yang pertama dan cerita saya pernah berkahwin sebelum ini memang tidak benar. Kalau tidak percaya boleh sahaja periksa di pejabat agama. Bagaimanakah pula dengan majlis resepsi perkahwinan anda? Pada mulanya kami memang sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini rasanya ia tidak akan direalisasikan. Majlis resepsi saya nanti hanya akan berlangsung sekali iaitu di Hatyai, Thailand sekitar hujung tahun ini. Kalau ada rakan-rakan media yang ingin buat liputan, saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Adakah anda sudah sedia memperkenalkan isteri di khalayak umum atau membawanya ke acara-acara hiburan? Saya tidak keberatan kalau dia ingin ikut saya ke acara hiburan, cuma isteri saya ini memang tidak mahu dikenali ramai dan lebih suka 'low profile'. Kalau dia menolak ajakan saya untuk membawanya, sudah tentu saya menghormati permintaannya itu. Kalau tidak keberatan boleh beritahu nama dan identiti sebenar isteri anda? Saya minta maaf kerana belum masanya untuk mendedahkan kepada umum lagi. Apa yang boleh dijelaskan, kami memang sudah lama kenal antara satu sama lain sejak tahun 1999 dan dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan. Bagaimanakah kehidupan anda setelah berumah tangga? Rasanya tiada sebarang perubahan yang terlalu ketara, kecuali kehidupan yang lebih terurus sekarang. Apabila sudah bergelar suami pastinya tanggungjawab akan menjadi lebih besar. Kalau ditanya tentang zuriat pula, saya dan isteri tidak merancang apa-apa dan semuanya terserah kepada Allah untuk memberi kami anak sama ada cepat atau lambat. | ||
ND Lala lega gosip Shila-Johan Posted: ND Lala lega gosip Shila-JohanOleh RONI HIDAYAT RIDWAN ND Lala kini bergiat aktif dalam bisnes menerusi E-Dagang. SUATU ketika dahulu penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai. Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang. Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya. "Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen. "Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum," jelasnya. Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu. "Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan," ujarnya. Bercerita lebih lanjut tentang karier nyanyiannya, ND Lala memberitahu, dia mungkin bakal muncul dengan sebuah single baharu pada tahun hadapan.
Ungkapnya, buat masa ini dia mahu membuka ruang terlebih dahulu kepada seorang lagi anaknya iaitu Shada yang turut mengikut jejak langkah Shila sebagai penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single baharu. "Sekarang saya mahu Shada fokus dulu kepada pelajarannya kerana dia akan menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas tamat PMR nanti barulah dia akan masuk studio untuk proses rakaman," jelasnya. Melihat kepada kecenderungan Shila dan Shada dalam bidang nyanyian, penyanyi berkenaan memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang mengandingkan dirinya dan kedua-dua anaknya itu. Sekadar gosip Setelah kisah percintaan mengenai Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad sudah menjadi sejarah, baru-baru ini timbul pula gosip yang menyatakan tentang hubungan istimewa penyanyi itu dengan Johan As'ari. Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, ND Lala secara terbuka mengakui dia sebenarnya tidak pernah menghalang untuk anaknya itu berkawan dengan sesiapa sahaja. "Kalau ditanya tentang komen terhadap hubungan Shila dan Johan, saya sebenarnya cukup lega kerana ia sekadar gosip semata-mata. Lagipun gosip itu sudah menjadi sebahagian daripada dunia hiburan. "Sebagai bapa saya memberi kebebasan untuk Shila berkawan dengan mana-mana lelaki, tetapi biarlah dengan cara yang baik dan sopan. Tentang jodoh pula semua itu adalah rahsia Allah," jelasnya. Menurutnya, dia gembira kerana sejak Shila pulang daripada mengerjakan umrah dahulu, dia sudah menjadi semakin matang dan lebih fokus dalam kerjayanya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |