Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 50 anak yatim tonton Tanda Putera
- 4,000 buah motosikal berkumpul di Port Dickson
- Jamuan Aidilfitri erat ikatan
50 anak yatim tonton Tanda Putera Posted: 50 anak yatim tonton Tanda Putera
MESEJ MERDEKA. Bersempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-56, Kumpulan AlloyMtd membawa 50 anak yatim bagi menonton filem patriotik, Tanda Putera di TGV Wangsa Walk di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kesemua anak yatim yang berumur antara 11 hingga 18 tahun itu dibawa dari Rumah Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa dan Rumah Perlindungan An-Nasuha Gombak. Ketua Jabatan Komunikasi AlloyMtd, Fazlyaton Hussien berkata, tujuan mereka mengadakan program itu adalah sebagai salah satu cara menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda. AlloyMtd juga mengedarkan Jalur Gemilang kepada 5,000 pengguna di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur. Syarikat berteraskan infrastruktur itu turut memberi diskaun tol Smart Tag dan Touch 'n Go sebanyak 10 peratus pada 31 Ogos lalu. | |
4,000 buah motosikal berkumpul di Port Dickson Posted: 4,000 buah motosikal berkumpul di Port DicksonTUN HAIRUDIN (berdiri empat dari kanan) melepaskan penunggang motosikal yang berkonvoi pada program PD International Bike Week di Eagle Ranch Resort, Port Dickson baru-baru ini. NGAUMAN MOTOSIKAL. Kehadiran lebih 4,000 buah motosikal daripada pelbagai jenis jentara berjaya memeriahkan penganjuran Port Dickson (PD) International Bike Week yang masuk edisi ke-11 di Eagle Ranch Resort, PD, Negeri Sembilan baru-baru ini. Program tiga hari itu merupakan anjuran resort tersebut dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, program edisi ke-11 itu turut menyaksikan peningkatan peserta dari luar negara. "Ini merupakan petanda positif apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi mula melihat Port Dickson sebagai lokasi perhimpunan peminat motosikal," katanya. | |
Posted: Jamuan Aidilfitri erat ikatanSEBAHAGIAN daripada ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra Fasa 1 bergambar pada majlis sambutan Malam Silaturahim Aidilfitri di Kajang, Selangor baru-baru ini. MERIAH. Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1 mengadakan majlis sambutan Malam Silaturahim Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini. Pengerusi Persatuan Penduduk DPP Fasa 1, Muhammad Hassan berkata, majlis itu menjadi landasan terbaik untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk di kawasan perumahan DPP. Ini merupakan kali kedua pihak persatuan penduduk menganjurkan sambutan Aidilfitri pada sebelah malam dan kehadiran penduduk setempat amat menggalakkan. Orang ramai yang hadir disajikan dengan pelbagai menu istimewa antaranya kambing panggang, nasi minyak, lemang, nasi impit dan rendang. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |