Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi
- Perpustakaan Perak dapat 708 komputer riba
- Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiber
Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi Posted: Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi
TANGKAS. Ketangkasan pemain ragbi pasukan Polis Diraja Thailand (RTP) sukar dijinakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan ragbi Piala Rujirawangse Edisi ke-24 di padang Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini. PDRM mengakui kehebatan RTP yang sukar digugat menang dengan keputusan 37-10 dalam kategori Regular dan 21-7 bagi kategori Veteran yang disaksikan kira-kira 500 penyokong tuan rumah. Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Suwat Chanitthihikul. | |
Perpustakaan Perak dapat 708 komputer riba Posted: Perpustakaan Perak dapat 708 komputer ribaSEBAHAGIAN penerima individu komputer riba 1Malaysia sumbangan SKMM Perak bersama komputer masing-masing di Ipoh, Perak baru-baru ini. AGIH. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak menyumbang 708 komputer riba 1Malaysia kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Dewan Bandaran, Ipoh, Perak baru-baru ini. Ketua Pejabat SKMM Perak, Mohd. Faizal Azizan berkata, pemberian komputer riba bernilai RM778,800 itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar. Beliau berkata, kemudahan terbabit akan diagih-agihkan kepada individu dan 56 buah perpustakaan desa di seluruh negeri tersebut menerusi program Gerbang Ilmu. "Ia antara strategi untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah Perak yang kini pada kadar 56.7 peratus," katanya. | |
Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiber Posted: Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiberAHMAD SHABERY (tengah) dan Aziz (lima dari kanan) pada majlis penyerahan sijil MBOR kepada konvoi menggunakan bot fiber terbesar di Kemaman, Terengganu baru-baru ini. REKOD. Para nelayan di Kemaman mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berkonvoi menggunakan 265 bot fiber di bawah kapasiti 125 kuasa kuda sejauh 55 kilometer baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Aziz Hamdan, memberitahu, lebih 1,000 nelayan yang terbabit bukan sahaja mencipta rekod Malaysia, bahkan rekod dunia. "Belum ada peserta konvoi menggunakan bot fiber di bawah kapasiti 125 kuasa kuda sejauh lebih 50 kilometer," katanya. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Konvoi sempena Hari Kemerdekaan ke-56 itu bermula dari tambatan bot Kuala Kertih sebelum berlabuh di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Kemaman. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |