Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong Guchil
- 500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n Go
- 3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala Batas
Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong Guchil Posted: Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong GuchilPESERTA sekolah menengah sekitar Gong Guchil berarak membawa Jalur Gemilang di Besut, Terengganu baru-baru ini. TERUJA. Seramai 128 peserta mengikuti Program Ekspedisi Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Kampung Gong Guchil, Besut, Terengganu baru-baru ini. Pada program tersebut pelajar berpeluang mencuba pelbagai aktiviti contohnya permainan tradisi bermain gelang getah. Program itu yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara turut dimeriahkan dengan acara simbolik perarakan membawa 56 bidang Jalur Gemilang yang dicantum di sekitar kawasan kampung. |
500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n Go Posted: 500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n GoZAINAL ABIDIN (dua dari kanan) bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Touch 'n Go di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini. RAI. Kira-kira 500 orang termasuk pelanggan Touch 'n Go dirai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Touch 'n Go bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Menurut Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, Touch 'n Go Sdn. Bhd., Wan Nor Azira Mazlan, majlis itu diadakan untuk meraikan pelanggan dan kakitangan Touch 'n Go yang memberi sokongan penuh kepada syarikat itu. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional hari raya termasuk lemang, rendang dan nasi berani selain diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu raya oleh kakitangan Touch 'n Go sendiri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Holding, Datuk Seri Mohd. Nazir Razak dan Pengerusi Touch 'n Go Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Putih. |
3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala Batas Posted: 3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala BatasREEZAL MERICAN (kiri) bersama sebahagian jemaah pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk calon peperiksaan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. DOA. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang melaksanakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana 2013 untuk memohon keberkatan pelajar sekitar parlimen terbabit dalam berdepan dengan beberapa peperiksaan utama. Majlis yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas itu mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 3,000 tetamu yang terdiri daripada golongan ibu bapa, pelajar dan guru-guru hadir bagi menjayakan program tersebut. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mendapatkan keberkatan agar pelajar diberi keterangan hati dalam menjawab soalan peperiksaan seterusnya memperoleh keputusan cemerlang. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |