Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim
- Festival himpunkan masyarakat Melayu Rawo
- 1,000 orang sertai Konvensyen KIMMA
Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim Posted: Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim
SUMBANGAN. Sebanyak 10 pertubuhan anak yatim di sekitar Selangor menerima sumbangan bernilai RM5,547 dan baucar buku daripada MPH Bookstores Sdn. Bhd. pada majlis penyampaian sumbangan Program Mutiara Minda kepada rumah anak yatim di pusat beli-belah One Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Pengarah Kumpulan MPH Bookstores, Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman berkata, Program Mutiara Minda merupakan usaha MPH-Mutiara Minda bagi meringankan beban terutamanya dalam mentadbir rumah anak-anak yatim. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MPH Bookstores, Donald Kee dan Pengarah Projek MPH Mutiara Minda, Zarina Ahmad Zaki. Abdullah berkata, sumbangan itu merupakan hasil jualan Kad Mutiara Minda Membaca Sambil Beramal yang dijual pada harga RM10 setiap satu sebelum ini. | |
Festival himpunkan masyarakat Melayu Rawo Posted: Festival himpunkan masyarakat Melayu RawoSEBAHAGIAN daripada para peserta yang hadir pada Festival Etnik Rawo 2013 di pekarangan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang baru-baru ini. TRADISI. Seramai 2,000 masyarakat Melayu keturunan Rawo dari seluruh negara berkumpul sempena Festival Etnik Rawo 2013 di pekarangan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang baru-baru ini. Pengerusi festival, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, festival yang julung-julung kali diadakan itu menghimpunkan masyarakat Rawo yang merupakan antara golongan Melayu awal berhijrah di Pulau Pinang. Menurut beliau, festival tersebut anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Himpunan Anak Rawo Pulau Pinang itu bertujuan bagi mempromosikan keunikan budaya masyarakat tersebut. "Antara tarikannya ialah hidangan makanan tradisi popular Rawo, kelamai iaitu sejenis kuih yang dimasak dalam buluh, asam pedas ikan keli dan gulai lemak. "Festival itu juga diselitkan dengan acara pantun 'berandai' dan sesi dialog menggunakan dialek Rawo, tarian 'beratih', qasidah dan sembang santai pengkisahan sejarah etnik itu," katanya. | |
1,000 orang sertai Konvensyen KIMMA Posted: 1,000 orang sertai Konvensyen KIMMAMOHAMED KHALED (duduk, tengah) bergambar bersama Exco KIMMA negeri Johor pada majlis perasmian Konvensyen KIMMA negeri Johor 2013 di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. KONVENSYEN. Lebih 1,000 ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyertai Konvensyen Kimma negeri Johor 2013 di sebuah hotel di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Konvensyen yang antara lain bertujuan menghimpunkan ahli dari seluruh negeri dalam usaha membincangkan matlamat dan hala tuju pertubuhan itu pada masa depan. Konvensyen itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mohamed Khaled dalam ucapannya berharap, KIMMA akan terus menjadi lidah dan mata kerajaan untuk berinteraksi dengan masyarakat India-Muslim di negeri ini supaya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat dijelaskan dengan lebih baik. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |