Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul
- Kampus USM bebas asap rokok
- Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari Malaysia
45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul Posted: 45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul
MERIAH. Seramai 45 orang yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit pasangan Sani Sulaiman dan Tahara Mahmod buat pertama kalinya mengadakan hari keluarga baru-baru ini. Anak bongsu daripada sembilan beradik pasangan itu, Mohd. Zubir berkata, majlis tersebut diadakan buat julung-julung kali dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana ramai antara mereka yang tinggal berjauhan. Majlis perhimpunan itu diadakan di pusat beli-belah e-Curve Damansara, Selangor. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis seperti pertandingan boling dan cabutan nombor bertuah. | |
Posted: Kampus USM bebas asap rokokKANAK-KANAK dari Koperasi Tadika Minden menunjukkan ekspresi simbol 'tidak' untuk rokok sempena pelancaran USM Bebas Tembakau di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang baru-baru ini. ANTIROKOK. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang mengorak inisiatif apabila mengisytiharkan kawasan kampusnya sebagai bebas rokok baru-baru ini. Walaupun menjadi universiti kedua bebas daripada asap rokok selepas Universiti Teknikal Malaysia Melak (UTeM), namun USM bebas sepenuhnya daripada pencemaran asap, pengiklanan, penjualan dan sebarang penajaan membabitkan syarikat rokok. Naib Canselornya, Profesor Datuk Omar Osman berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memastikan warga kampus menjauhi rokok, bahkan membawa harapan besar untuk membebaskan kampus daripada sebarang bentuk implikasi buruk tembakau. | |
Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari Malaysia Posted: Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari MalaysiaSEORANG pengunjung mendapat peluang memberi makan kepada sekumpulan burung di Zoo Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. RIADAH. Orang ramai mengambil kesempatan cuti Hari Malaysia baru-baru ini untuk keluar melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga masing-masing di sekitar Lembah Kelang. Antara lokasi popular yang menjadi pilihan orang ramai termasuklah Zoo Negara, Taman Burung Kuala Lumpur dan taman tema air. Salah seorang pengunjung Zoo Negara, Ashraf Othman, 28, memberitahu, dia mengambil peluang cuti umum Hari Malaysia baru-baru ini untuk membawa anak-anaknya melawat Zoo Negara. "Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sini termasuklah memberi makan haiwan dan mengambil foto," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |