Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak
- Hari Akademik KPTM meriah
- Gotong-royong bina taman mini PDK
Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak Posted: Majlis kesyukuran sambut kepulangan anak
SYUKUR. Lebih 100 tetamu menghadiri majlis kesyukuran dan jamuan makan anjuran bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sempena kepulangan dua anaknya dari luar negara di kediamannya di Taman Harmonis, Sri Gombak, Selangor baru-baru ini. Beliau berkata, majlis itu bagi meraikan kepulangan dua anaknya Ameerah Suad Abdul Shakor, 24, dan Fatin Sajeeda, 22, yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam bidang perubatan dan perakaunan, selain meraikan rakan-rakan diplomat luar negara. "Majlis ini penting kerana bagi meraikan kejayaan anak sulung Ameerah dan Fatin Sajeeda yang masing-masing menamatkan pengajian dari Universiti Sains dan Teknologi Jordan serta Universiti Queensland Australia. Turut hadir pada majlis itu suami Mashitah, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar dan keempat-empat anaknya. | |
Posted: Hari Akademik KPTM meriahSEBAHAGIAN pelajar yang membuka gerai jualan pada Hari Akademik KPTM Bangi baru-baru ini. MERIAH. Warga Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi menjayakan Hari Akademik 2013 di dewan besar kolej itu di Bandar Baru Bangi, Selangor baru baru ini. Pengisian majlis tersebut dimuatkan dengan pelbagai program termasuk perbincangan akademik antara para pelajar dan pensyarah. Ibu bapa juga berpeluang berjumpa dengan pensyarah kolej bagi membincangkan prestasi anak mereka. Pada hari tersebut juga, pelbagai gerai jualan yang dikendalikan pelajar KPTM turut dibuka. Hari Akademik merupakan salah satu aktiviti tahunan KPTM dalam langkah merapatkan hubungan antara tenaga pengajar dan waris pelajar. | |
Gotong-royong bina taman mini PDK Posted: Gotong-royong bina taman mini PDKROHANA (tengah) bergambar bersama wakil Puspanita Kementerian Kewangan, belia serta ahli jawatankuasa PDK Penyayang Bukit Changgang, Banting baru-baru ini. BERSATU HATI. Aktiviti gotong-royong membina taman mini sempena Program Khidmat Masyarakat 1 Malaysia For Youth (1M4U) diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Penyayang Bukit Changgang, Banting, Selangor baru-baru ini. Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kementerian Kewangan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari disertai kira-kira 175 peserta yang terdiri daripada ahli Puspanita tersebut, belia serta ahli jawatankuasa PDK berkenaan. Menurut Pengerusi Puspanita itu, Puan Sri Rohana Sulaiman, program itu diadakan untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada PDK tersebut dalam usaha memberi keselesaan kepada mereka yang terlibat. "Ia adalah satu khidmat masyarakat yang dijalankan pihaknya bagi membantu mereka yang memerlukannya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |