Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 5,000 hadiri rumah terbuka UMNO Larut
- Jamuan raya Jaksa Pendamai Daerah Gombak meriah
- Tren Merdeka KTMB KL Sentral-Ipoh
5,000 hadiri rumah terbuka UMNO Larut Posted: 5,000 hadiri rumah terbuka UMNO Larut
MERIAH. Kira-kira 5,000 pengunjung hadir pada majlis Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Merdeka UMNO Bahagian Larut yang berlangsung di Selama, Perak baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, acara tahunan itu diadakan untuk meraikan penduduk khususnya dalam Parlimen Larut dan kawasan sekitar. Katanya, kehadiran pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat jelas memperlihatkan keharmonian Malaysia. Hadir sama ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Daud Yusop, Naib Ketua, Fauzi Kasim, Ketua Wanita, Sawipah Yahya dan Ketua Pemuda, Anuar Arifin. | |
Jamuan raya Jaksa Pendamai Daerah Gombak meriah Posted: Jamuan raya Jaksa Pendamai Daerah Gombak meriahROHANI (berdiri dua dari kiri) bersama Zaleha (duduk dua dari kiri) dan Rahman (duduk dua dari kanan) serta tetamu pada majlis rumah terbuka di Batu Caves baru-baru ini. RAYA. Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Masyarakat Jaksa Pendamai Daerah Gombak merangkap Ketua Zon Gombak Setia, Rohani Talib mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor baru-baru ini. Majlis dalam suasana santai itu turut meraikan rakan-rakan daripada Jaksa Pendamai Daerah Gombak serta penduduk berhampiran. Turut hadir Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Zaleha Ismail dan Presiden Persatuan NGO Gombak, Datuk Dr. Rahman Ismail. | |
Tren Merdeka KTMB KL Sentral-Ipoh Posted: Tren Merdeka KTMB KL Sentral-IpohMOHD. NOORDIN (tengah) bersama penumpang mengibarkan Jalur Gemilang dalam Majlis Merdeka Raya KTMB di dalam gerabak kereta api baru-baru ini. TREN MERDEKA. Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 bersama kakitangan dan tetamu di dalam tren Ekspres Senandung Langkawi yang dalam perjalanan ke utara. Pengurus Kanan Pemasaran dan Khidmat Pelanggan KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, program sambutan ambang merdeka itu merupakan acara tahunan yang diadakan sejak 2008 bagi mempelbagaikan aktiviti sempena kemerdekaan negara. Katanya, program yang bermula dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan berakhir di Stesen Ipoh itu merupakan simbolik bagi mengenang semula perjalanan negara menuju ke arah kemerdekaan yang dikecapi kini. Acara yang bermula pukul 9.30 malam pada 30 Ogos lalu itu melibatkan kira-kira 30 kakitangan KTMB dan pengamal media tempatan. Menjelang ambang merdeka, peserta mengira beramai-ramai detik 12 tengah malam diikuti laungan merdeka sebanyak tiga kali sebelum mereka menyanyikan lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31, Jalur Gemilang dan 1Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |