Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
1,000 nikah di Thailand sebulan Posted: 1,000 nikah di Thailand sebulanOleh YATIMIN ABDULLAH
SONGKHLA – Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan. Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket. "Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini. "Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan," dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam. MoU tersebut akan menyaksikan kerjasama KPTM dan 12 buah sekolah di Songkhla dalam menjayakan pusat bahasa yang ditubuhkan KPTM di wilayah itu untuk membantu pelajar-pelajar di negara jiran menguasai bahasa Melayu dan Inggeris. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Mayat Sherul Aizam dikebumiOleh MOHD. AZLI ADLAN DAMANHURI (kiri) menyiram air mawar ke pusara anaknya, Sherul Aizam di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Ipoh semalam. IPOH – Setelah 60 hari tersimpan di Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, jenazah Sherul Aizam Mohd. Damanhuri, 27, akhirnya dikebumi oleh keluarganya semalam. Jenazah pemuda yang mati tersepit di celah palang tingkap rumah jirannya pada 20 Julai lalu itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar di sini pada pukul 12 tengah hari. Ibunya, Zaitun Hassan, 45, berkata, hatinya kini lega dan tenteram selepas jenazah anak sulung daripada empat beradik itu akhirnya disemadikan juga. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Bakar arang untuk bunuh anakOleh ZULHILMI JALIL MAYAT Mabel yang mati sejak tujuh hari lalu akibat terhidu asap arang diusung keluar dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor semalam. PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang tertekan dengan masalah kewangan bertindak di luar jangkaan apabila membuat tiga percubaan membunuh diri yang akhirnya membawa kepada kematian menyayat hati ke atas anak perempuan mereka di Blok D, Sri Manja Square di sini semalam. Mayat Mabel Hiew Mun, 5, yang disyaki telah mati tujuh hari lalu ditemui dalam keadaan mula mereput dan berbau busuk pada pukul 9 pagi oleh seorang ibu rakan sekolah tadika mangsa. Mangsa merupakan pelajar Tadika Jin Ying yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Ibu rakan sekolahnya bertindak demikian selepas merasa pelik apabila mendapati mangsa tidak hadir sejak lima hari lalu manakala ibu kanak-kanak itu pula gagal dihubungi. Wanita itu berada di rumah ketika mayat mangsa ditemui. Mangsa dikatakan mati selepas lemas akibat terhidu asap arang yang dibakar pasangan tersebut di dalam bilik tidur utama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |