Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Budak lemas di sungai
- Simpan dadah dalam peti besi
- Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATM
Posted: Budak lemas di sungaiOleh MOHD. AZLI ADLAN
TELUK INTAN - Kelekaan seorang remaja menyaksikan rakan-rakan mandi di Sungai Bidor berakhir dengan tragedi apabila dia mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai itu di Kampung Ayer Hitam, Changkat Jong dekat sini semalam. Mayat Abdul Rahman Abdul Aziz, 13, ditemui anggota bomba dan penyelamat di tengah-tengah Sungai Bidor selepas lebih dua jam mangsa tergelincir dari tebing sungai itu pada pukul 2.15 petang. Ketua Bomba dan Penyelamat Perak Selatan, Abd. Samat Hashim berkata, sebelum kejadian mangsa keluar bersama lima rakan sekampungnya untuk mandi-manda di Sungai Bidor yang terletak tidak jauh dari rumahnya. "Bagaimanapun, sampai di sungai itu, Abdul Rahman yang tidak pandai berenang cuma duduk di tebing sambil melihat rakan-rakannya mandi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Simpan dadah dalam peti besi
GEORGE TOWN - Polis membongkar operasi makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam di sini semalam. Dalam serbuan pukul 2 pagi dan berakhir lewat petang itu, polis turut menahan tiga lelaki dipercayai suspek utama kegiatan itu. Difahamkan polis terpaksa memecah pintu jeriji premis berkenaan dan pemeriksaan di dalam premis itu menemui 12 butir peluru dan pelbagai bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah. Keadaan bertukar kecoh seketika apabila salah seorang suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair kimia yang disimpan di tempat kejadian. Bagaimanapun, lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATM Posted: Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah larikan ATMSALAH sebuah mesin ATM di Taman Johor Jaya, Johor yang dipecah penjenayah baru-baru ini. JOHOR BAHRU - Polis Johor menubuhkan pasukan khas yang turut dianggotai pihak pengurusan bank bagi menangani jenayah melarikan mesin teler automatik (ATM) di negeri itu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim akan diadakan bersama pihak bank untuk mencari pendekatan terbaik bagi mengelak kejadian terbabit daripada terus berleluasa. Menurut beliau, pada masa yang sama pihaknya akan sentiasa memantau bagi menghalang cubaan melakukan jenayah seumpama itu. "Terdapat kekurangan daripada pihak bank yang menyebabkan beberapa kejadian seumpama itu berlaku sepanjang tahun ini, dengan kes terbaru membabitkan tindakan melarikan mesin ATM di Taman Tasek di sini semalam (kelmarin)," kata beliau kepada kepada pemberita di sini semalam. Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya juga akan meneruskan Ops Cantas Khas bagi mengesan saki baki penjenayah di negeri itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |