Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Majikan pertahan AzmanOleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
KUALA LUMPUR – Majikan kepada pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang oleh isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bertegas akan mempertahankan tindakan pekerjanya itu yang disifatkan betul dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat. Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn. Bhd., Mukhveer Singh Gill berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kesemua aspek termasuk mendengar keterangan saksi dan melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Subang Skypark di Subang dekat sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
65 waran tangkap untuk pemandu bas Posted: 65 waran tangkap untuk pemandu basKUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan sebanyak 65 waran tangkap terhadap pemandu bas ekspres atas pelbagai kesalahan jalan raya pada hari pertama Operasi Khas Warta Bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras di sini semalam. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, waran tangkap itu turut dikeluarkan kepada pemandu bas yang mempunyai rekod saman tertunggak. "Mereka perlu hadir di mahkamah dan menjelaskan bayaran saman di mana-mana balai polis trafik terdekat dalam tempoh seminggu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Koperal maut, Kawasaki Z800 rempuh kereta Posted: Koperal maut, Kawasaki Z800 rempuh keretaHULU SELANGOR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z800 yang ditunggang terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Slim Lama dekat simpang Taman Malim di sini semalam. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi itu, Koperal Ramlan Ludin (gambar), 37, yang bertugas di Balai Polis Hulu Bernam meninggal dunia akibat parah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |