Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: RON97 kini RM2.85 seliter
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman (gambar) mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama semalam. Beliau berkata, harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat. RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran. Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah. Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kadar tambang pengangkutan darat dikaji Posted: Kadar tambang pengangkutan darat dikajiKUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kadar tambang industri pengangkutan darat secara menyeluruh ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, Isnin lalu. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya peka dengan kenaikan itu dan kini sedang meneliti kesan langsung dan tidak langsung terhadap kenaikan itu. "Kajian ini akan mengambil kira komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelenggaraan dan insurans," katanya. Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa SPAD akan memastikan hasil kajian itu tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Roti canai, teh tarik naik 20 sen Posted: Roti canai, teh tarik naik 20 senGUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam. GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu. Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais. Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50. Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol. "Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |