Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Jalan 150 meter untuk buang tatu
- Michelle lancar kempen Street Watch IM4u
- Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia
Jalan 150 meter untuk buang tatu Posted: Jalan 150 meter untuk buang tatuOleh NORLIDA AKMAR IDROS
BUKIT KAYU HITAM - Taktik sembilan lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 berjalan kaki sejauh 150 meter dengan cuba menyelinap masuk ke negara jiran untuk membuang tatu kumpulan masing-masing gagal apabila mereka diberkas petang kelmarin. Suspek yang berusia 24 hingga 47 tahun itu diberkas secara berasingan sejak pukul 7.30 petang di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) dekat sini. Ketika diperiksa, kesemua mereka memiliki tatu termasuk corak harimau dan helang pada tubuh masing-masing mewakili kumpulan samseng yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya percaya sembilan lelaki tersebut mahu melarikan diri daripada pihak berkuasa yang sedang menggempur penjenayah menerusi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu. "Kita tidak menolak kemugkinan kumpulan suspek ini pergi ke Thailand untuk membuang tatu pada badan mereka selepas diharamkan KDN," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk dari Thailand di CIQ kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Michelle lancar kempen Street Watch IM4u Posted: Michelle lancar kempen Street Watch IM4uOleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN MICHELLE (kanan) mengagihkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki LRT di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Pelakon filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh semalam, muncul di khalayak ramai untuk mengedarkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki transit aliran ringan (LRT) sempena kempen Street Watch IM4u di sini. Kempen tersebut yang merupakan cetusan idea Michelle bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan wanita semasa menaiki pengangkutan awam. Beliau yang dilantik sebagai mentor 1Malaysia For Youth (IM4U) pada Jun lalu berkata, kempen tersebut akan dijayakan dengan kerjasama dengan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) selama satu bulan. "IM4U menyediakan lima ikrar dan lima tips keselamatan yang akan dikongsikan melalui platform media sosial IM4U kepada orang awam dan dipromosikan bersama pihak RapidKL," katanya selepas melancarkan kempen itu di Stesen KL Sentral di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia Posted: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal duniaOleh MEGAT RAMLI SHAH ALAM – Pelakon veteran terkenal, Maimon Abdul Mutalib, 54, yang menghidap kanser payudara tahap keempat sejak dua tahun lalu meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 17 di sini semalam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.20 petang sejurus tiba di rumah selepas dibenarkan pulang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Anak lelakinya, Abdul Rahman Haj Keristifa, 16, berkata, sejak empat hari lalu, Allahyarham ibunya dihantar ke pusat perubatan itu untuk menjalani rawatan sebelum keadaannya didapati mula tenat kelmarin. Menurutnya, doktor kemudian meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang pada tengah hari semalam dan sebaik sahaja tiba di rumah, ibu semakin nazak dan akhirnya meninggal dunia. "Sebelum meninggal, mama Allahyarham ada berpesan yang dia nak dikebumikan di Kampung Sialang, Tangkak dengan dipakaikan kain telekung seperti kaum wanita yang menunaikan umrah," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |