Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Tak sempat pergi ke sekolahOleh NUR AISHAH AMIN
KAJANG – Perjalanan seorang guru Pendidikan Islam ke tempat kerja dengan membawa empat orang anak berakhir dengan tragedi pilu apabila empat daripadanya maut manakala seorang kritikal selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori semalam. Kemalangan pukul 11.45 pagi di Kilometer 8 Jalan Kajang-Banting itu mengakibatkan guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohaya Md. Rabi, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Turut maut dalam kejadian itu ialah tiga anak Rohaya iaitu, Nur Nabila Al-Huda Mohd. Taufid, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Seorang lagi anaknya, Mohd. Nabil Lutfan Al-Husni, 3, kritikal dan kini dirawat di Hospital Kajang. Nur Nabila Al-Huda, anak kedua, Nur Nabila Al Hanan, anak ketiga manakala Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, anak bongsu daripada tujuh beradik. Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke sekolah tersebut dari rumah di Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, Bangi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 18 kilometer. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Doktor tentera didakwa rasuah
SHAH ALAM – Seorang Ketua Makmal Patologi berpangkat Kolonel di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua pertuduhan iaitu meminta dan bersetuju menerima suapan RM700,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal perubatan swasta. Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 50, didakwa secara rasuah meminta wang tunai RM700,000 daripada pemilik RAZ Medical Supplies, Abdul Razar Abdullah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik tertuduh pada pukul 11.58 pagi, 29 Ogos lepas. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar di hadapan Empire Gallery Subang Jaya dekat sini pada pukul 5.15 petang, 3 September lepas. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
ASP, Inspektor didakwa terima rasuah Posted: ASP, Inspektor didakwa terima rasuahKUALA LUMPUR – Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang wanita berhubung pembebasan suaminya yang ditahan. Asisten Superintendan S. Ravintharan, 50, dan Inspektor Suriati Mohd. Shafie, 31, dengan niat bersama didakwa bersetuju menerima RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon, yang disyaki terlibat kes samun. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.30 malam pada 22 Januari lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |