{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Angkut 10 juta penumpang sehari

Posted:

Angkut 10 juta penumpang sehari

Angkut 10 juta penumpang sehari

BERCUTI selama tujuh hari di Jepun pada akhir bulan Mac tahun lalu memberi peluang kepada Muhammad Akhbar Kamal merasai gaya hidup penduduk di negara itu.

Akuinya, sesiapa pun pasti teruja apabila melihat rakyat negara itu berlari-lari mengejar waktu tiba kereta api di stesen, terutama pada waktu puncak.

"Saya turut sama berlari lantaran semangat keghairahan mereka mengejar tiba-tiba terasa dalam diri," kata Muhammad Akhbar ketika dihubungi. Menurutnya, dia membeli pas pelancong Japan Rail (JR) untuk tujuh hari berharga 28,300 Yen (RM1,075) yang boleh digunakan oleh semua jajaran sama ada perkhidmatan dalam bandar ataupun kereta api peluru (Shinkansen) selain bas ekspres.

Dengan tiket tersebut dia mengembara antara bandar-bandar seperti Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hiroshima menaiki Shinkansen kecuali perkhidmatan Nozomi serta Mizuho.

Berada dalam Shinkansen tidak begitu terasa kelajuannya yang boleh mencapai 300 kilometer sejam, tetapi apabila berselisih dengan Shinkansen dari arah bertentangan pasti terasa daya yang terhasil.

Meskipun harganya agak mahal, tetapi ia sangat berbaloi kerana perjalanan sehala menaiki Shinkasen berharga sekitar RM500.

Ceritanya, perkhidmatan kereta api di negara Matahari Terbit itu sangat efisien terutamanya ketepatan waktu tiba, manakala indikator dipaparkan pada skrin Paparan Hablur Cecair (LCD). Bagaimanapun, kesulitan berlaku apabila sebatang pokok tumbang dan jatuh di landasan pada hari keempat Muhammad Akhbar di sana.


SYARIKAT subway mengambil masa setahun untuk menjalankan pemeriksaan di seluruh terowong kereta api.


Jadi, dia perlu mengambil perkhidmatan kereta api bawah tanah (subway) yang mempunyai laluan yang sama.

Tokyo mempunyai dua operator subway awam iaitu Tokyo Subway dan Toei Subway yang kedua-duanya membawa hampir 10 juta penumpang sehari.

Sistem-sistem kedua-dua operator itu mempunyai koordinasi yang bersambung dengan beratus-ratus stesen kereta api dalam bandar yang lain dan membawa 26 juta orang ke segenap metropolitan Tokyo.

Lapisan sistem rel yang bersambung-sambung memastikan ketepatan masa dipatuhi, kelewatan yang sedikit pada sebuah kereta api boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan seterusnya.

Edar kad

Namun, apabila berlaku kelewatan walaupun seminit, pihak operator akan membuat pengumuman berserta ucapan maaf sehingga perkhidmatan kembali normal.

Syarikat kereta api akan mengedarkan kad-kad kepada penumpang supaya mereka dapat menyerahkan kepada majikan masing-masing akibat lewat ke tempat kerja.

"Jika berlaku kelewatan, kamu mesti mengejar masa yang lambat tadi. Aplikasikan kemahiran yang ada supaya anda dapat pulih daripada kelewatan," kata seorang pemandu kereta api, Shunsaku Hagita, 27.

Kereta api bawah tanah dikawal operasinya menggunakan komputer dan dipantau oleh pusat kawalan berpusat bagi meminimum risiko kesalahan manusia, ujar Hagita.

Pemandu-pemandu duduk di kokpit untuk memantau manusia pada dok komputer dan mengambil tindakan serta-merta jika berlaku kecemasan, kata Hagita.

Jika terdapat amaran gempa bumi, semua kereta api diberhentikan serta-merta.

Sekiranya ada jajaran kereta api bawah tanah yang tergendala, kereta api yang berada di laluan terlibat akan menurunkan kelajuan bagi memastikan gerabak berada pada jarak yang sama dan mengekalkan pergerakan penumpang dari satu stesen ke stesen lain.

Kaedah itu bagi mengelakkan para penumpang yang menunggu menjadi terlalu sesak di platform di stesen.

Rangkaian kereta api yang silang-menyilang di seluruh Tokyo boleh mengelirukan dan boleh menjadi tempat yang menakutkan kepada mereka yang tidak biasa.


TOKYO yang dihuni berjuta-juta penduduk mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat efisien.


Di bandar yang menyaksikan pergerakan berjuta-juta manusia dengan kereta api setiap hari, kejituannya harus sama dengan jam buatan Swiss supaya Tokyo dapat bergerak.

Sistem perkomputeran yang digunakan menyambung 13 jajaran. Ia mempunyai hampir 300 stesen yang meliputi trak sepanjang 195 kilometer.

Dalam erti kata lain, satu kereta api bagi tiap-tiap jajaran setiap dua hingga tiga minit ketika masa puncak.

Tepati waktu

Jurucakap rasmi subway berkata, budaya perniagaan Jepun dan nilai orang ramai terhadap ketepatan waktu menjadikan sistem subway di Jepun tidak mampu meniru negara luar.

"Subway merupakan bahagian terpenting dalam kehidupan seharian di Tokyo. Tahap keselamatan dan ketepatan masa merupakan harapan penumpang kami," kata jurucakap Tokyo Metro, Shogo Kuwamura.

Budaya menepati waktu yang ekstrem di Jepun barangkali susah untuk dieksport keluar, tetapi Tokyo Metro tetap melakukan perkongsian teknologi dengan negara luar yang mahu meningkatkan sistem mereka.

Delegasi China datang untuk mempelajari cara-cara meminimum kebisingan yang terhasil daripada kereta api supaya kerja penyelenggaraan lebih baik.

Firma Mesir pula berminat mengenai kaedah-kaedah meningkatkan efisiensi bagi penyimpanan bahagian-bahagian untuk dibaiki.

Tokyo Metro yang pernah menjadi salah satu kereta api bawah tanah juga membantu Vietnam dalam melancarkan sistem subway baharu di Hanoi.

Biarpun terkenal dengan ketepatan dan efisiensi, kereta api Tokyo tetap berdepan fakta bahawa ia begitu berhimpit-himpit umpama periuk tekanan.

Bagi Tokyo Metro, gerabak yang direka untuk membawa 150 penumpang perlu disumbat sehingga dua kali ganda ketika waktu puncak.

Gerabak wanita

Gerabak untuk wanita bagi mengelakkan lelaki miang disediakan selain papan tanda meminta telefon diletakkan dalam mod senyap ditampal bagi mengadakan persekitaran yang selesa.

Biar apa pun masalah atau kemajuan yang dicapai pada sistem pengangkutan awam Jepun, perkara menarik mengenai masyarakat di sana ialah kanak-kanak lelaki bercita-cita mahu menjadi pemandu kereta api.

Pada perspektif mereka, pekerjaan tersebut setaraf dengan pemain bola sepak, doktor dan anggota polis yang sering menjadi karier idaman.


PEMANDU duduk di kokpit untuk memantau manusia pada dok komputer dan mengambil tindakan serta-merta jika berlaku kecemasan.


"Saya membesar dengan melihat pemandu kereta api melakukan tugasnya, tiada yang pelik apabila saya mula bekerja sebagai pemandu.

"Apabila saya berkahwin dan memulakan keluarga nanti, saya mahu mereka menaiki kereta api yang saya pandu," kata Hagita.

Sementara itu, Bahari Pandak, 30, dari Kuala Lumpur berkongsi pengalamannya menaiki jajaran kereta api di Nagoya Jepun pada tahun 2006.

Biarpun memiliki pengalaman yang sedikit berbeza dengan Muhammad Akhbar, dia juga bercita-cita mahu menjadi pemandu kereta api ditakdirkan bekerja dalam bidang tersebut.

Dia yang sukakan teknologi dan sering melihat video berkenaan kereta api laju di laman YouTube berkata, dengan menjadi pemandu kereta api laju membolehkan dia memandu pada kelajuan yang tinggi yang tidak mungkin boleh dicapai di jalan raya biasa.

"Tetapi, perkara paling penting ialah rasa yang terbit apabila membawa penumpang yang ramai ke tempat yang ditujui.

"Sudah pasti mereka yang menaiki kereta api tidak mempunyai kenderaan sendiri. Ia lebih kepada rasa kemanusiaan," ungkap Bahari.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat