{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Melangkah bergaya

Posted:

Melangkah bergaya

Melangkah bergaya

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@ kosmo.com.my

ROZAIMI (tengah) menjaringkan gol kedua Harimau Muda ketika menentang Thailand pada Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


SKUAD Harimau Muda melangkah penuh bergaya ke final Pestabola Merdeka 2013 Sabtu ini.

Dalam aksi terakhir kumpulan malam tadi, skuad kendalian Ong Kim Swee itu membelasah Thailand 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut yang diraih Harimau Muda selepas kejayaan membenam Singapura 1-0 dan Myanmar 2-1.

Pada aksi final, Harimau Muda akan menentang Myanmar yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Singapura di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Biarpun berkongsi empat mata dengan Thailand, Myanmar lebih layak ke final berdasarkan kelebihan jaringan.

Pada pertemuan menentang Thailand malam tadi, Kim Swee merehatkan beberapa tonggak utamanya bagi memberi mereka rehat yang cukup sebelum aksi final Sabtu ini.

Walaupun merehatkan beberapa tonggak utama, barisan pemain yang diturunkan berjaya membalas kepercayaan Kim Swee.

Mohammad Nasir Basharuddin membuka tirai jaringan Harimau Muda pada minit ke-12 hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Nazirul Naim Che Hashim.

Thailand kembali mengatur gerakan merbahaya menerusi gandingan Pakorn Parmpak dengan Seksit Srisai, namun benteng pertahanan Harimau Muda lebih bersedia menafikan serangan pasukan lawan.

Kem Harimau Muda terus berpesta apabila penyerang, Rozaimi Abd. Rahman meledak gol kedua pada minit ke-28.

Memasuki babak kedua, Harimau Muda beraksi semakin garang dan Rozaimi memiliki peluang menambah jaringan, masing-masing pada minit ke-48 dan 49, namun gagal merobek gawang Thailand.

Selepas beberapa kali gagal, Rozaimi mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Muda apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-81.

"Saya sangat berpuas hati dengan corak permainan para pemain kerana menunjukkan sikap yang sangat positif serta memberikan komitmen 100 peratus dalam perlawanan.

"Saya melihat Thailand tidak mempamerkan permainan sebenar kerana para pemain mereka sangat keletihan berbanding pasukan kita yang menampilkan enam muka baharu yang masih segar," kata Kim Swee pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Di Temerloh, Myanmar mengesahkan tiket ke final selepas menewaskan Singapura 2-0 hasil jaringan Kyaw Ko Ko pada minit ke-14 dan Soe Kyaw Kyaw (89).

Perbincangan 'pintu belakang'

Posted:

Perbincangan 'pintu belakang'

Perbincangan 'pintu belakang'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


IMBAS... Skuad Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun lalu.


SEBUAH pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air didakwa telah melakukan perjanjian 'pintu belakang' bagi memancing tiga tonggak Kelantan.

Menurut sumber, pasukan tersebut telah melakukan perjanjian persefahaman dengan tiga pemain The Red Warriors bagi mencapai misi mereka memenangi Liga Super musim depan yang gagal direalisasikan musim ini.

Sumber itu berkata, tiga pemain terbabit yang masing-masing beraksi di posisi sayap, tengah dan pertahanan, merupakan tonggak penting merencanakan kejayaan gemilang The Red Warriors meraih gelaran trebel musim lalu.

"Difahamkan, ketiga-tiga pemain itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai tanda bersetuju untuk menyarung jersi pasukan terbabit.

"Ketiga-tiga pemain itu juga dikhabarkan mendapat tawaran lumayan daripada pasukan berkenaan," katanya di Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Azman Ibrahim enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

Katanya, belum tiba masanya untuk KAFA membincangkan soal perpindahan pemain kerana saingan Piala Malaysia sedang rancak berlangsung.

"Saya khuatir isu ini akan menjejaskan moral dan semangat pemain memandangkan saingan Piala Malaysia belum berakhir.

"Apa yang penting buat Kelantan setakat ini ialah memberikan tumpuan sepenuhnya mengharungi perlawanan Piala Malaysia iaitu pertemuan dengan Terengganu dan Pahang minggu hadapan," jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Azman memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima apa-apa tawaran daripada pasukan tersebut.

"Sehingga hari ini KAFA hanya ada menerima surat daripada dua pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain The Red Warriors mengikut saluran yang betul.

"Berhubung dengan isu rundingan dengan pemain, tidak dapat saya pastikan perkara itu ada berlaku atau tidak," katanya.

Rombakan sistem kejurulatihan

Posted:

Rombakan sistem kejurulatihan

Rombakan sistem kejurulatihan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


SEU BOCK (kanan) dijangka kekal melatih pemain perseorangan.


KUMPULAN Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka melakukan perubahan besar-besaran dalam barisan kejurulatihan skuad negara dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam masa terdekat.

Keputusan itu dibuat selepas Pengarah TMG, Tan Aik Mong dan Penilai Bebas kumpulan itu, Razif Sidek mengadakan dua pertemuan berasingan membabitkan jurulatih negara dan SSBJ di pejabat BAM, Bukit Kiara sejak dua hari lalu.

Begitupun, Aik Mong yang difahamkan sudah memiliki senarai barisan jurulatih serta peranan masing-masing, enggan mendedahkannya lagi.

"Saya baru keluar dari SSBJ, saya agak penat dan mengenai penstrukturan ini biarlah esok (hari ini) sahaja," kata Aik Mong.

Dalam proses penstrukturan baharu itu, jawatan ketua jurulatih perseorangan dan ketua jurulatih beregu yang sebelum ini diserahkan kepada Rashid Sidek dan Tan Kim Her akan dimansuhkan.

Terdapat spekulasi bahawa beberapa jurulatih skuad elit dan pelapis negara akan diturunkan pangkat untuk melatih skuad remaja di SSBJ, antaranya Rosman Abd. Razak, Chin Eei Hui, Wong Tat Meng, Woon Sze Mei serta Chong Kien Ling.

Hendrawan dan Mohd. Hazwan Jamaluddin yang melatih pemain-pemain pelapis perseorangan lelaki juga bakal dihantar ke SSBJ bagi menggilap bakat baharu.

Bagaimanapun, kedudukan Kim Her dianggap selamat apabila beliau akan menjadi pembantu Aik Mong dan berkemungkinan membantu bekas jaguh negara itu menguruskan program-program dalam pelan strategik TMG.

Lima jurulatih di SSBJ, Zhou Kejian, Rony Agustinus, Ng Mee Fen, Chang Kim Wai dan Wong Pei Tty pula bakal dinaikkan pangkat membimbing skuad elit negara.

Kejian dijangka menyertai Rashid dan Tey Seu Bock melatih pemain-pemain perseorangan lelaki.

Rony dan Mee Fen menggantikan tempat Tat Meng serta Sze Mei untuk perseorangan wanita.

Jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman pula akan dibantu Kim Wai yang turut dibawa bagi melatih skuad elit.

Bekas ratu beregu negara, Pei Tty bakal menggantikan tempat Rosman dan Eei Hui untuk memantapkan barisan pemain beregu wanita manakala Jeremy Gan kekal membimbing skuad beregu campuran.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat