Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Rashid didakwa langgar kontrak Posted: Rashid didakwa langgar kontrakOleh NOR AZIRAN YUNUS
PRESIDEN Persatuan Badmintom Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menyelar tindakan jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang membuat keputusan mengejut meninggalkan badan induk itu kelmarin. Secara terbuka, Tengku Mahaleel turut mendakwa keputusan Rashid itu bukan disebabkan rombakan besar-besaran yang dilakukan BAM dalam struktur kejurulatihan skuad negara. "Sebaliknya, pihak kami (BAM) menemui satu artikel dari India bertarikh 19 Julai lalu yang menyatakan Rashid telah menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan kelab di India, Delhi Smashers. "Jika artikel ini benar, maka dia sudah melanggar kontrak. Mengikut undang-undang, anda tidak boleh menandatangani dua kontrak dalam satu masa. "Macam mana pula setelah anda ada kontrak dengan kami, kemudian anda tandatangani kontrak di tempat lain?," kata Tengku Mahaleel dalam satu sidang akhbar khas di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. Tengku Mahaleel menambah, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak surat peletakan jawatan Rashid itu. Menurutnya, ia disebabkan jawatankuasa undang-undang BAM akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan perkara tersebut. Tengku Mahaleel berkata, BAM tidak meratapi kehilangan Rashid disebabkan mereka mempunyai begitu ramai barisan kejurulatihan yang masih mampu menggalas tugasan yang ditinggalkan oleh bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu. "Jika dilihat melalui pemantauan pihak kami, 70 peratus sesi latihan (Datuk) Lee Chong Wei adalah di bawah pengawasan Tey Seu Bock. "Saya rasa, tindakan yang dilakukan oleh Rashid itu bukanlah satu kehilangan besar kepada kami. Biarlah dia pergi, kami telah mempunyai perancangan tersendiri dalam merencana pembangunan badminton negara pada masa depan. "Terdapat empat kejohanan utama tahun depan iaitu Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia. "Kita perlu membuat perubahan kepada sistem sekarang jika kita mahu satu pasukan kita menang," kata Tengku Mahaleel. Kelmarin, Rashid, 45, yang masih mempunyai kontrak sehingga Disember 2014, membuat kejutan apabila meninggalkan BAM selepas 10 tahun berkhidmat bersama badan induk itu. Tindakan itu dibuat gara-gara rasa tidak puas hati Rashid terhadap pihak pengurusan baharu BAM yang telah merombak struktur kejurulatihan. | |
Posted: NS elak tersingkir awalOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI NEGERI Sembilan wajib melakar kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan C menentang Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. Pengendali sementara Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah berharap anak-anak buahnya menunjukkan semangat yang tinggi bagi meraih tiga mata berharga. Atas kertas, Negeri Sembilan akan layak secara automatik ke peringkat kalah mati sekiranya berjaya menumbangkan Terengganu yang sudah tersingkir dalam kempen kali ini. Negeri Sembilan kini menghuni tangga ketiga Kumpulan C apabila mengutip tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang dua pasukan teratas, Pahang dan Kelantan. "Perlawanan kali ini boleh diumpamakan hidup dan mati pasukan untuk meneruskan misi merebut slot suku akhir Piala Malaysia. "Para pemain tidak mempunyai pilihan selain perlu mencatatkan kemenangan, sekali gus melayakkan diri ke peringkat seterusnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Ridzuan, beliau mahu semua pemain memberikan komitmen penuh dalam perlawanan tersebut dan bermain mati-matian bagi mencatatkan kemenangan. "Saya nasihatkan pemain supaya segera melupakan kekalahan di tangan Pahang baru-baru ini dan berusaha lebih keras bagi membaiki kelemahan yang ada. "Bagi saya perlawanan ini umpama peluang kedua untuk para pemain dan juga pasukan menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala," jelasnya. Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Ridzuan memberitahu, semua pemain utama cergas untuk diturunkan malam ini. "Kita tidak menghadapi masalah kecederaan dan saya yakin barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti mampu membawa cabaran pasukan, sekali gus mencatatkan kemenangan," katanya. Beliau juga menyeru para penyokong setia Negeri Sembilan turun beramai-ramai ke stadium malam ini bagi memberi sokongan moral kepada anak-anak buahnya. "Ketika ini pasukan amat memerlukan sokongan daripada para peminat semua dan saya berharap dengan sokongan tidak berbelah bagi daripada penyokong, para pemain akan menjadi lebih bersemangat," ujarnya. | |
Posted: PKNS tumpuan Harimau SelatanOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE AYAM TAMBATAN... Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dijangka mengetuai jentera serangan Johor DT ketika menentang PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) enggan mencongak lawan di pentas suku akhir Piala Malaysia. Ini kerana, Harimau Selatan lebih gemar menumpukan perhatian 100 peratus ketika melayan kunjungan pendahulu Kumpulan B, Selangor PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. Kapten Johor DT, Farid Ramli berkata, meskipun kedua-dua pasukan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya, dia percaya perlawanan itu pastinya sengit dan mendebarkan bagi menentuk an pasukan mana yang lebih layak menjuarai kumpulan. "Ia bukan tugas yang mudah memandangkan kami memerlukan kemenangan dengan jumlah jaringan yang banyak untuk memintas kedudukan PKNS selaku pendahulu kumpulan sementara mereka pula hanya memerlukan keputusan seri (untuk muncul juara kumpulan). "Namun, tiga mata berharga yang diperoleh di depan penyokong sendiri adalah sesuatu yang tidak ternilai, jadi kami akan berjuang untuk memburu kemenangan (malam ini)," katanya kepada Kosmo! kelmarin. Ketika ini, skuad kendalian Azmi Mohamed mengutip sembilan mata, tiga mata di belakang PKNS yang telah mengesahkan slot suku akhir sementara T-Team (enam) mengekori rapat di tangga ketiga. Dalam aksi pertama pada 20 Ogos lalu, Johor DT tewas 0-2 kepada skuad The Red Ant di Stadium Shah Alam. Farid juga enggan rakan-rakan sepasukannya mencongak lawan di suku akhir kelak memandangkan saingan masih terbuka dalam Kumpulan C antara juara bertahan, Kelantan; Pahang dan juga Negeri Sembilan. "Kekuatan Kelantan dan Pahang dilihat agak seimbang, justeru soal siapa lawan kami di suku akhir nanti sepatutnya tidak timbul. "Kami perlu sentiasa bersedia berdepan mana-mana pasukan dalam usaha mara ke pentas final. "Jadi, ada baiknya kami kekal fokus memburu slot ke suku akhir terlebih dahulu bagi mengelak dipintas T-Team pada saat-saat akhir," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |