Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Bale sah milik Real
MADRID - Pemain sayap Wales, Gareth Bale diperkenalkan secara rasminya sebagai pemain baharu Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu semalam. Bale, 24, bersetuju untuk menandatangani kontrak selama enam tahun dengan skuad The Galaticos yang dipercayai berjumlah £93.6 juta (RM478.72 juta). Real mendakwa bahawa mereka tidak memecahkan rekod perpindahan dunia yang sebelum ini menjadi milik Cristiano Ronaldo yang dibeli dengan harga £80 juta (RM409.16 juta) daripada Manchester United pada 2009. Meskipun Real mendakwa mereka hanya membayar £77 juta (RM393 juta), Spurs mendedahkan nilai yuran perpindahan tersebut melebihi rekod, £84 juta (RM429 juta). Real berharap kedua-dua pemain termahal di dunia itu dapat menyesuaikan diri dengan cepat bagi membentuk jentera serangan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Sepanyol musim ini. Bekas pemain Southampton itu menjalani ujian kesihatan di Madrid semalam sebelum diperkenalkan kepada para penyokong Real yang membanjiri Stadium Santiago Bernabeu oleh Presiden Real, Florentino Perez. "Saya berharap untuk membantu kelab ini mencapai kejayaan dan memenangi Piala Eropah buat kali ke-10," kata Bale. Real memperkenalkan Bale yang memegang jersi No. 11 dengan Perez berlatarbelakangkan Stadium Santiago Bernabeu yang kosong. "Saya rasa hebat kerana dapat berdiri di sini. Ia merupakan impian saya untuk beraksi dengan Madrid. Terima kasih untuk majlis pengenalan yang hebat ini," katanya. Bale menggamatkan suasana apabila menyebut perkataan Sepanyol pertama Hala Madrid! di hadapan para peminat Real. "Kami memiliki seorang pemain bola sepak yang hebat dan pemain terbaik Liga Perdana England musim lalu. Impian seorang budak lelaki dari Wales telah menjadi kenyataan. "Bale seorang pemain muda yang gemar bermain bola sepak. Kini, dia telah memenuhi salah satu impiannya dengan menjadi pemain Real," kata Perez. | |
Teliti latar belakang 'baju hitam' Posted: Teliti latar belakang 'baju hitam'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE PEMAIN Negeri Sembilan menyerbu Muhammad Nazmi (kanan) selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu ketika aksi Liga Super menentang Selangor PKNS di Stadium Shah Alam pada 19 Februari lalu. - Gambar hiasan PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa supaya meneliti terlebih dahulu latar belakang mana-mana pengadil sebelum dilantik mengadili sesuatu perlawanan. Seorang pemerhati bola sepak yang enggan namanya didedahkan berkata, sebarang sentimen peribadi dikhuatiri akan menjejaskan pertimbangan mana-mana pegawai perlawanan ketika mengadili sesuatu perlawanan. Menurut beliau, tempoh rehat lebih dua minggu sebelum kempen Piala Malaysia kembali bersambung pada 17 September ini, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh FAM bagi menilai semula kemampuan mana-mana pengadil. "Saya memuji keprihatinan FAM yang akan mengambil tindakan serta-merta terhadap mana-mana pengadil sebelum saingan Piala Malaysia berakhir. "Cuma pendapat saya, latar belakang mana-mana pegawai perlawanan yang dilantik perlu diambil kira bagi mengelak sebarang perkara berbangkit di kemudian hari," katanya kepada Kosmo! semalam. Semalam, Kosmo! melaporkan jaminan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Aziz yang akan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana pengadil yang gagal mengadili perlawanan dengan baik sebelum kempen Piala Malaysia berakhir. Ia rentetan kontroversi jaringan penyerang import Perak, Paulo Rangel yang tidak disahkan pengadil perlawanan, Nafeez Wahab ketika skuad Kejor Yob Kejor itu tewas 1-2 kepada Lions XII dalam aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. Insiden itu dipercayai berlaku selepas penjaga garisan, Hanif Rahman dikatakan tidak menyedari bola telah melepasi garisan gol sebelum ia dikeluarkan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud. Difahamkan, ia bukan kesilapan pertama Hanif yang didakwa turut terlibat dengan kontroversi ketika pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada 25 Jun lalu. Disebabkan itu, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada FAM dalam masa terdekat. Pemerhati berkenaan turut mengulas mengenai tindakan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab membuat kekacauan di stadium gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan. Beliau mendakwa, masih ramai dalam kalangan penonton yang 'terlepas masuk' ke dalam stadium biarpun membawa barangan larangan seperti mercun, vuvezela, suar dan sebagainya. "Apa yang saya perhatikan, pemeriksaan terhadap penonton hanya dilakukan pihak berkuasa di dalam stadium selepas pintu masuk setelah tiket telah diperiksa. "Apabila penyokong mengamuk gara-gara keputusan pengadil, habis semua barang dicampakkan ke padang sehingga menjejaskan keselamatan. "Jadi, saya harap isu keselamatan ini tidak dipinggirkan sebegitu sahaja biarpun sedikit sebanyak ia berpunca daripada keputusan pengadil yang boleh dipertikai," jelas beliau. | |
Posted: Fokus tidak berubahOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI RAJAGOBAL (kanan) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. DATUK K. Rajagobal tetap fokus membimbing Harimau Malaya memburu slot Piala Asia 2015 meskipun menyedari beliau harus berundur 'secara terhormat' pada penghujung tahun ini. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilapor sedang sibuk mengintai calon-calon sesuai untuk menggantikan Rajagobal yang dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya sejak 2009. Biarpun menyedari beliau dijangka tidak dapat mempertahankan statusnya sebagai jurulatih Harimau Malaya sebaik kontraknya berakhir pada Disember depan, Rajagobal enggan memikirkan situasi tersebut. Sebaliknya, pengendali berusia 57 tahun itu lebih minat untuk memberikan tumpuan kepada skuad bimbingannya bagi mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia, bermula aksi menentang Bahrain pada 15 Oktober depan. "Saya sudah beritahu sejak awal-awal lagi, fokus saya adalah untuk pasukan negara. "Saya tidak lari daripada fokus itu dan sebelum ini, macam-macam (perkara) dah berlaku . Saya tidak mahu cerita lagi mengenai perkara ini. "Saya hanya mahu bercerita mengenai impian pemain-pemain yang sedang mencuba untuk layak ke Piala Asia 2015. "Itulah sasaran dan usaha kami untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi," kata Rajagobal kepada pemberita ketika sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Kosmo! sebelum ini melaporkan kedudukan Rajagobal semakin tergugat selepas beliau gagal mengemudi Harimau Malaya menampilkan aksi terpuji dalam aksi kelayakan Piala Asia mahupun persahabatan. Selepas 'diserang' pelbagai pihak ekoran prestasi hambar Harimau Malaya, FAM mengesahkan bahawa kontrak Rajagobal yang akan tamat penghujung tahun ini tidak akan disambung. Dalam perkembangan lain, Rajagobal mengesahkan Harimau Malaya |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |