Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: KAFA tidak akan merayuOleh YATIMIN ABDULLAH
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan mengemukan sebarang rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pemain pertahanan The Red Warriors, Zamri Ramli yang digantung dua tahun. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak akan mengemukakan rayuan selepas pemain itu didapati positif mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis metamphetamine ketika ujian doping dilakukan selepas aksi final Piala FA 29 Jun lalu. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat setelah pihaknya berpuas hati dengan keputusan ujian doping yang mengesahkan pemain tersebut mengambil bahan terlarang itu. "Sekiranya dia (Zamri) bercadang hendak buat rayuan, itu terpulang kepadanya. "Saya berpuas hati dengan keputusan kedua-dua ujian tersebut. Tiada keraguan mengenainya. Apabila didapati bersalah, dia perlu menerima hukuman penggantungan dua tahun itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Zamri digantung dua tahun daripada kegiatan bola sepak selepas sampel air kencingnya yang diambil pada perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lalu, didapati positif mengandungi bahan terlarang, metamphetamine oleh sebuah makmal di India. Dia bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman maksimum digantung seumur hidup atau minimumnya, enam bulan yang tidak boleh dirayu biarpun Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Razak menegaskan penyalahgunaan dadah merupakan satu kes yang serius. Annuar memberitahu, ekoran keputusan penggantungan itu, kontrak pemain berusia 23 tahun dengan pihak KAFA secara automatiknya terbatal. Katanya, KAFA tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemain yang didapati mencemarkan nama baik pasukan The Red Warriors termasuk terlibat di dalam penyalahgunaan dadah. "Nasihat saya kepada pemain lain, jangan cuba ulanginya, kerana ini merupakan kesalahan cukup besar. "Tempoh tersebut cukup panjang, sukar untuk pemain mengembalikan prestasi mereka setelah lama tidak terbabit dalam bola sepak," ujarnya. | |
Kim Swee gugur tiga pemain Harimau Muda Posted: Kim Swee gugur tiga pemain Harimau MudaOleh HAFIZ ABBAS PEMAIN-PEMAIN Harimau Muda menjalani latihan sebagai persiapan untuk menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2013 di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, Kuantan semalam. KETUA jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dijangka mengumumkan senarai 22 pemain yang akan menggalas cabaran skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara pada Pestabola Merdeka 2013 hari ini. Kim Swee berkata, tiga orang daripada 25 pemain yang menjalani latihan akan digugurkan sebelum skuad bimbingannya membawa cabaran negara di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang yang membuka tirainya esok. "Saya akan berbincang dengan jurulatih lain dan ia memang amat sukar bagi saya untuk memilih pemain yang akan bersaing. Namun ini adalah keperluan bagi kejohanan ini. "Pemain yang dipilih mesti boleh bermain di dua posisi berlainan dan saya berharap pemain yang tidak dipilih akan menerima dengan hati yang terbuka," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, Kuantan semalam. Tambah pengendali itu, keserasian setiap pemain Harimau Muda hampir mencapai seratus peratus dan dengan kombinasi itu ia berupaya membawa pasukan Harimau Muda melangkah lebih jauh pada kejohanan berkenaan. "Para pemain dilihat hampir serasi walaupun ada di kalangan mereka yang belum pernah bermain dalam satu pasukan. "Bagaimanapun, saya akan memperbaiki lagi supaya pasukan ini dapat menghadapi saingan Pesta Bola Merdeka ini tanpa sebarang masalah," katanya. Menurutnya, pada masa ini beliau akan menumpukan perhatian dalam memperkemas jentera pertahanan bagi mengurangkan kesilapan. "Setakat ini tiada pemain yang mengalami kecederaan serius tetapi beberapa pemain ada mengalami kecederaan sedikit yang tidak akan menjejaskan aksi mereka," katanya. Dalam pada itu, Kim Swee menyatakan beliau tidak perlu terlalu memikirkan kekuatan lawan tetapi sebaliknya lebih fokus kepada persiapan skuadnya sendiri dalam usaha meraih kemenangan. Penyerang muda negara, Syahrul Azwari Ibrahim berkata, beliau dan rakan sepasukan lain kini sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pembuka tirai menentang Singapura esok. "Saya dapat rasakan semua rakan sepasukan sudah serasi jadi ia boleh dikatakan satu perkembangan baik. "Kali ini kejohanan agak sukar tetapi kami semua ingin membuat perubahan yang tepat dengan kesungguhan yang jitu," katanya. Seorang lagi pemain negara, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman mengakui beliau akan berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik jika terpilih untuk mewakili negara kali ini. "Saya mungkin lebih berkeyakinan jika diturunkan pada Pestabola Merdeka ini. "Bagaimanapun, saya menghadapi saingan sengit daripada pemain-pemain lain yang beraksi dengan cemerlang sepanjang latihan," katanya. | |
Posted: Sung-Hwa sandaran MyanmarBEKAS penyerang Korea Selatan, Park Sung-Hwa bukan satu nama asing dalam saingan Pestabola Merdeka 2013. Sung-Hwa, 58, pernah menjulang trofi Pestabola Merdeka ketika beraksi dengan dua pemain legenda Korea Selatan, Cha Bum-Kun dan Kim Jae Han ketika menewaskan Malaysia 1-0 pada edisi sulung tahun 1957. Dalam aksi peringkat kumpulan, Sung-Hwa turut menjaringkan satu gol untuk membantu kemenangan Korea Selatan ke atas skuad negara yang diwakili mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Beliau juga beraksi pada 1977 dan 1978 dan muncul juara dalam dua edisi tersebut. Kini, kelibat Sung-Hwa sekali lagi mencetuskan gerun selepas beliau membimbing Myanmar pada Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang yang membuka tirainya esok. Myanmar yang dibarisi 25 pemain termasuk kapten Kyaw Zayer Min menjejakkan kaki di Kuantan semalam bersama-sama dua pasukan lain iaitu Singapura dan Thailand. Myanmar telah memenangi kejohanan itu sebanyak tiga kali, manakala muncul naib juara sebanyak empat kali dan juara bersama sekali sejak kejohanan tertua di Asia itu diperkenalkan pada 1957. Kali terakhir Myanmar muncul juara pada 2006 dengan menewaskan Indonesia 2-1 pada perlawanan akhir. Sementara itu, Sung-Hwa dilantik menjadi ketua jurulatih Myanmar pada 2011 dan dia bertanggungjawab membimbing pasukan senior serta Bawah 23 tahun (B-23). Di bawah bimbingan Sung-Hwa, Myanmar berjaya memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2011, manakala skuad B-19 dan B-16 berjaya ke separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF). Dalam perkembangan lain, Thailand dan Singapura boleh menjadi pencabar utama pada kejohanan kali ini. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand, Worawi Makudi berkata, 20 pemain yang didaftarkan untuk kejohanan kali ini terdiri daripada para pemain yang dipilih menerusi kejuaraan kebangsaan. "Kami sangat menghargai jemputan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Pestabola Merdeka kali ini selepas lima tahun menyepi kerana terhenti seketika. "Pestabola Merdeka dan Piala Raja Thailand merupakan antara kejohanan tertua di Asia. Kami sangat serius untuk kejohanan ini dan menyasar untuk muncul juara," katanya. Bagi jurulatih Singapura, V. Sundramoorthy pula, beliau telah menamakan 22 pemain. Beliau turut menyenaraikan 16 pemain yang beraksi dalam skuad Lions XII yang muncul juara Liga Super musim ini. Penjaga gol, Izwan Mahbud bakal menjadikan benteng Singapura kebal, manakala barisan serangan pula menyaksikan Faris Ramli, Fazli Ayob, Nazrul Ahmad Nazari serta Shafiq Ghani. Singapura tidak boleh dipandang ringan oleh semua pencabar kerana kualiti yang ada dalam barisan yang dibawa ke Kuantan kali ini sangat mantap dan mereka antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi kejohanan ini. Skuad itu berjaya mendominasi Liga Malaysia (Liga M) sejak zaman penyerang legenda, Fandi Ahmad dan rakan-rakannya berjaya menjulang Piala Malaysia kali terakhir pada 1994. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |