Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
- 38 butir berlian untuk pelanggan Sa Sa
- Spesies arnab paling popular di Malaysia
- Revolusi pakaian dalam
38 butir berlian untuk pelanggan Sa Sa Posted: 38 butir berlian untuk pelanggan Sa SaPENGARAH Operasi dan Latihan Sa Sa Malaysia, Ignatius Tee (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Duta Ulang tahun Sa Sa ke-35, Gan Mei Yan. RANGKAIAN butik kosmetik terbesar di Asia, Sa Sa menyambut ulang tahun ke-35 mereka dengan menghadiahkan 38 butir berlian yang diperakui Institut Gemologi Amerika (GIA) dan hamper Sa Sa bernilai RM150,000 kepada pelanggan-pelanggan setia mereka. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 30 pemenang bertuah dan turut disertai Naib Presiden Kanan yang juga Ketua Pasaran Sa Sa Malaysia, Corina Loi. Sa Sa yang ditubuhkan pada tahun 1978 telah berkembang daripada sebuah kedai bersaiz 3.7 meter persegi menjadi rangkaian butik kosmetik terbesar di Asia. Ia juga merupakan salah satu daripada 10 kumpulan yang terkemuka di Hong Kong berdasarkan Laporan Retail Asia-Pacific Top 500 majalah Retail Asia, KPMG dan Euromonitor pada tahun 2011. Kini, Sa Sa menjual produk kecantikan dan penjagaan kesihatan daripada 600 jenama yang berbeza. Sa Sa juga mempunyai 260 buah butik dan kaunter kosmetik di seluruh Asia. Menurut Loi, hadiah yang disampaikan itu merupakan satu ganjaran dan penghargaan di atas sokongan para pelanggannya terhadap jenama Sa Sa selama ini. "Kami percaya bahawa tunjang kejayaan kami ialah kesetiaan para pelanggan kami. Tanpa mereka, kami tidak mungkin berjaya seperti hari ini," ujarnya. Sa Sa telah memulakan sambutan ulang tahun ke-35 mereka bermula bulan Mac lalu menerusi jualan tanpa henti yang bertemakan Dazzling Diamonds and Beauty Affairs. Pemenang hadiah utama sempena ulang tahun itu menerima berlian satu karat berserta hamper Sa Sa bernilai RM3,500. Pemenang tempat pertama pula menerima berlian 0.7 karat, manakala pemenang tempat kedua dihadiahkan berlian 0.5 karat. Selain itu, Sa Sa turut melaksanakan program tanggungjawab sosial mereka dengan menyumbangkan sebahagian hasil kempen jualan akhir tahun 2012 dan jualan ulang tahun ke-35 kepada Rumah Yayasan Sunbeams dan Pusat Kaunseling Agape Malaysia. Setiap badan kebajikan itu diberikan cek bernilai RM12,520. | |
Spesies arnab paling popular di Malaysia Posted: Spesies arnab paling popular di Malaysia
HOLLAND Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex adalah antara kumpulan baka arnab yang paling menjadi rebutan masyarakat negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan kesayangan. Menurut seorang anggota Kelab Arnab Malaysia (MRC) yang juga pengkaji arnab, Shirrly Teo, 28, baka-baka itu banyak dipelihara di rumah dan ada yang menjadikannya sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. "Tiga baka ini paling laris di pasaran berbanding spesies Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya, maka lagi tinggi nilai arnab itu,," katanya yang ditemui di pertandingan UM ARBA Open All Breed Double Rabbit Show 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kos Ketiga-tiga baka itu diimport dari Amerika Syarikat melalui orang tengah dan kebanyakannya dibeli secara dalam talian. "Biasanya kos penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi. Selain itu, mereka yang membelinya perlu mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara itu dan permit untuk urusan import-eksport," katanya. Teo berkata, penjual haiwan ini biasanya menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 seekor bagi baka Holland Lop dan antara RM200 hingga RM5,000 seekor bagi baka Netherland Dwarf. "Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya iaitu sama ada tebal atau nipis, saiz badan dan bentuk mukanya yang comel. Namun begitu setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri," kata beliau lagi. Makanan arnab seperti rumput kering Timothy dan pelet yang dimport dari Amerika Syarikat dianggap yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu. Ini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan. "Kita tidak digalak memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap. Haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik dalam sangkarnya," maklumnya. JEYANTHI sanggup membelanjakan RM200 sebulan bagi memelihara Opapa yang juga merupakan baka induk perniagaan arnabnya. Minat Kini Teo mempunyai lebih 150 ekor arnab yang dijual sebagai perniagaan sampingannya. "Jika dihitung, memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar. Namun, apa yang penting adalah minat untuk membela haiwan ini," kata wanita yang juga anggota Persatuan Pencinta Arnab Selangor (Pecinta) ini. Sementara itu, bagi penggemar arnab, N. Jeyanthi, 33, dia mempunyai seekor arnab seberat lapan kilogram bernama Opapa dari baka English Lop yang dibeli pada harga ribuan ringgit. "Kos untuk menjaga Opapa adalah RM200 sebulan. Saya tidak kisah menghabiskan wang kerana Opapa adalah baka induk untuk semua arnab yang saya jual di Kota Damansara," katanya. Jeyanthi berkata, walaupun Opapa bersaiz besar, namun binatang peliharaannya itu amat manja dan tidak pernah menggigitnya walaupun ketika lapar. Zubaidi Hasyim, 45, yang menamakan arnabnya Kak Tun, akan membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan ia hidup selesa dan bebas penyakit. "Anak saya yang menamakannya Kak Tun kerana gemar dengan kecomelan Kak Tun melalui iklan di televisyen. Saya juga mempunyai hampir 150 ekor arnab yang mempunyai nama seperti Melur, Dara, Aduka dan Taruna," katanya. Pertandingan yang menarik penyertaan lebih 206 ekor arnab oleh pemilik-pemilik dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand itu bertujuan mencari arnab yang paling cantik. Juaranya ialah seekor arnab bernama Monster dari spesies Holland Lop, yang dimiliki Sally Koh, 25, dari Malaysia. Kemenangan itu membolehkan ia menerima hadiah berupa makanan dan keperluan arnab bernilai RM3,000. - Bernama | |
Posted: Revolusi pakaian dalam
TIADA siapa memberi perhatian kepada kepentingan pakaian dalam (innerwear) yang kebiasaannya dipakai secara harian terutamanya ketika ke pejabat. Kaum Adam khususnya, amat bergantung kepada pakaian jenis itu atau singlet apabila berpakaian formal. Fungsinya sebagai lapisan bawah kemeja sangat penting bagi menyerap peluh dan mengelakkan kemeja basah pada cuaca panas. Atas tujuan itu, jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo memperkenalkan koleksi pakaian dalam AIRism. Seperti namanya, AIRism ringan pada kulit dan sejuk apabila disentuh. Mungkin ada segelintir individu kurang gemar mengenakan pakaian dalam kerana berasa terganggu. Namun AIRism mampu mengubah perasaan itu kerana teksturnya yang ringan membuatkan anda selesa sepanjang hari. Pilih sama ada anda mahu baju-T tanpa lengan berleher V atau baju-T berleher V untuk dijadikan pakaian dalam ataupun digunakan ketika melakukan aktiviti riadah seperti berjoging. AIRism juga menawarkan variasi seluar dalam kepada golongan lelaki dari jenis boxer brief. Kepada wanita, seleksi baju-T leher jatuh (scoop) dan baju tanpa lengan pasti memberikan gaya santai ketika di rumah atau ke pasar raya. Terdapat juga kamisol atau anak baju dengan keperincian renda atau sulaman. Kunci kepada kesempurnaan AIRism terletak pada material istimewa yang digunakan yang berfungsi sebagai pencegah bakteria dan bau. Ia juga mampu mengehadkan perpeluhan. Fabrik khusus itu turut menyerap peluh dan meneutralkannya bagi mengelakkan pembentukan bau badan. Peluh yang diserap kemudiannya dikeringkan dengan pantas menerusi gentian fabrik baju tersebut. Ia juga berupaya membebaskan kepanasan dari badan bagi membantu anda kekal sejuk dan selesa. Penggunaan material bagi koleksi musim bunga/panas 2013 itu mudah regang yang membantu individu bergerak bebas tanpa sekatan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |