Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup
- Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok
- IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September
Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup Posted: Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup11/09/2013 9:31pm MUAR - Enam pekerja warga Myanmar cedera parah apabila 15 daripada 300 tong gas di sebuah stor bangunan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan Perindustrian Parit Bakar Darat, di sini meletup malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, kesemua mangsa berusia 30-an dipercayai sedang melakukan kerja pemindahan gas memasak secara haram daripada tong 14 kilogram ke tong 50 kilogram di premis yang menempatkan 300 tong gas tersebut apabila ia tiba-tiba meletup. Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ismail Mahmod berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 8.52 malam, 18 anggota berserta dua jentera bergegas ke tempat kejadian. "Apabila tiba, api telah marak dan mula merebak ke bangunan kedua dan pihak bomba terpaksa memadam kabakaran dengan menggunakan kaedah penyejukan bagi memastikan tong gas lain tidak meletup. "Kita juga terpaksa menutup kawasan perindustrian tersebut untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi pemadaman dilakukan dan akhirnya api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 10.50 malam," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama |
Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok Posted: Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok11/09/2013 9:12pm KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Gombak Utara dekat sini mungkin mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah, esok berikutan kerja membaiki kebocoran paip Empangan Sungai Batu. Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini akibat kerja-kerja itu, Loji Rawatan Air Sungai Batu yang mempunyai kapasiti pengeluaran semasa sebanyak 133 juta liter sehari, terpaksa dihentikan operasi selama lima jam. Gangguan itu dijangka bermula dari 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya di Selayang, Batu Caves dan Kepong. Justeru, SPAN menasihatkan pengguna di kawasan berkenaan supaya berhemah menggunakan air dan menyimpan air secukupnya. Pengguna yang memerlukan bekalan air bagi tujuan kecemasan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) Syarikat Bekalan Air Selangor di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama |
IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September Posted: IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September11/09/2013 9:02pm KUALA LUMPUR - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan muzakarah pakar bertajuk 'Pengalaman Hidup Beragama Masyarakat Majmuk di Malaysia: Muhibah atau Pluralisme Agama' di Dewan Besar institut itu, pada 17 September depan. Menurut kenyataan IKIM di sini hari ini, ia antara lain bertujuan menjelaskan perbezaan di antara konsep muhibah dan pluralisme agama dalam kehidupan beragama masyarakat majmuk di negara ini. "Ia juga bertujuan memahami realiti kehidupan beragama masyarakat majmuk di Malaysia dan cabaran yang dihadapi selain mengemukakan cadangan kepada usaha penerapan nilai muhibah dalam dasar dan program berkaitan penganut agama di negara ini," menurut kenyataan itu. Empat kertas kerja akan dibentangkan dalam muzakarah itu termasuk oleh Pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Haslina Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Jaffary Awang. Turut membentang kertas kerja ialah Pensyarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |