Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak
- Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan
- Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan
Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak Posted: Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak14/09/2013 6:16pm MUADZAM SHAH - Tiga pelesit rempit yang berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori tangki minyak di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di sini tengah malam tadi. Mangsa, Mohamad Mubarak Mohamad Sabri,18, dan Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dari Felda Keratong 9, di sini, serta rakan mereka Mohd Hakim Ghazali, 17, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah. Ketua Polis Daerah Rompin ketika dihubungi hari ini berkata, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, tiga sahabat terbabit sedang berlumba dengan menunggang motosikal masing-masing secara berasingan dari arah Kuantan menghala ke Segamat. Kata Johari, dalam pada itu, datang sebuah lori tangki minyak tanpa muatan dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tanpa menyedari kehadiran ketiga-tiga mangsa sebelum terus merempuh mangsa. - KOSMO! |
Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan Posted: Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan14/09/2013 4:57pm KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri mencadangkan supaya kawasan tebing sungai di sempadan Malaysia-Thailand diwartakan sebagai kawasan keselamatan dan tembok dibina memisahkan penduduk dengan sungai bagi menangani masalah penyeludupan Perkara tersebut adalah bagi mengelakkan penyeludupan senjata api dan dadah serta menyukarkan penjenayah kedua-dua negara bolos. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut harus disegerakan untuk membantu polis Kelantan menangangi masalah di negeri ini yang disifatkan melebihi masalah di negeri lain. "Saya akan meminta peruntukan khas daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najin Tun Razak) untuk melaksanakannya secepat kerana ini adalah penyelesaian jangka panjang untuk masalah di negeri ini. "Pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok juga akan ditutup dan keanggotaan akan ditambah apabila ia digazetkan sebagai kawasan keselamatan," katanya dalam satu sidang akhbar di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - KOSMO! |
Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan Posted: Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan14/09/2013 4:47pm SKUDAI - Seorang warga emas dan 10 wanita antara 133 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P di rumah sementara yang dibina di tapak pembinaan di sini awal pagi tadi. Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Masri Adul berkata, dalam operasi pada pukul 1.30 pagi itu, kesemua PATI yang bekerja sebagai buruh binaan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar termasuk Nepal. "Semasa serbuan, kebanyakan PATI sedang tidur di rumah sementara berkenaan dan cuba mengelak daripada ditangkap namun ada juga dengan sengaja tidak mengendahkan kehadiran pihak berkuasa. "Selain itu, kita juga dapat mengesan segelintir pendatang asing yang tidak tidur di rumah sementara mereka sebaliknya tidur di kawasan pembinaan bagi mengelak ditangkap," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi berkenaan berakhir di Kompleks Dalam Negeri, Setia Tropika di sini. Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 56 (1)(a) Akta Imigresen 1959/63 kerana memalsukan dokumen perjalanan yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 dan penjara lima tahun "Selain itu, ada di antara mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan," katanya. Kesemua PATI akan dibawa ke Depoh Tahanan Pekan Nenas untuk siasatan lanjut. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |