Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pemilihan UMNO 2013: MB menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun
- Sindiket seludup tenggiling dan kulit ular tumpas
- Pemilihan UMNO 2013: Ali Rustam tanding jawatan Naib Presiden
Pemilihan UMNO 2013: MB menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Posted: Pemilihan UMNO 2013: MB menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun21/09/2013 7:04pm JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun tanpa bertanding berikutan tiada borang pencalonan lain diterima apabila proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini. Tiga lagi menang jawatan Ketua UMNO Bahagian tanpa bertanding ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Alor Setar) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim-Bandar Baharu) - KOSMO! |
Sindiket seludup tenggiling dan kulit ular tumpas Posted: Sindiket seludup tenggiling dan kulit ular tumpas21/09/2013 6:32pm LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan satu cubaan menyeludup masuk 300 kilogram kulit ular sawa dan 70 ekor tenggiling tanpa permit dari Indonesia ke sempadan perairan tanah air dengan nilaian mencecah RM412,000; kira-kira 38 batu nautika dari barat Pulau Pangkor malam semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam, empat awak-awak dari Belawan, Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen dan berusia dalam lingkungan 27 ke 44 tahun itu ditahan selepas bot mereka dipintas oleh Kapal Maritim (KM) Nyalau kerana berada dalam keadaan men curigakan. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Maritim Abdul Razak Johan dalam sidang akhbar hari ini berkata, kejayaan itu diraih hasil maklumat risikan yang dikongsi bersama APMM Perak dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dalam memantau aktiviti penyeludupan haiwan eksotik. - KOSMO! |
Pemilihan UMNO 2013: Ali Rustam tanding jawatan Naib Presiden Posted: Pemilihan UMNO 2013: Ali Rustam tanding jawatan Naib Presiden21/09/2013 5:48pm KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menafikan spekulasi beliau menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden UMNO pada saat-saat akhir. Sebaliknya, beliau menjelaskan kelewatan menghantar borang pencalonan itu berikutan tiada wakil sesuai untuk mewakilkannya menghantar borang pencalonan kepada Sekretariat UMNO. "Saya telah pun menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden kira-kira 4 petang, khabar angin itu hanyalah spekulasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PWTC di sini, hari ini. Ditanya lanjut mengenai spekulasi itu, Mohd. Ali yang berpakaian baju batik biru berkata : " Apa-apa boleh berlaku...semua calon ada tempoh 72 jam." Atas keyakinan beliau berpeluang memenangi jawatan itu, Mohd. Ali berkata, beliau menawarkan diri bertanding kerana mahu mempertahan hak Melayu dan agama selain tidak mengetepikan hak orang lain seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |