Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik
- 30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu
- Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun
Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik Posted: Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik24/09/2013 10:06pm BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yakin negaranya, yang kini dilanda banjir yang menjejaskan 605,000 orang di 21 wilayah, akan dapat mengurus keadaan itu dengan lebih baik berbanding dua tahun lepas. Jumlah air banjir kali ini berkurangan berbanding dua tahun lalu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet mingguan di sini hari ini. Keadaan itu berbeza dua tahun lalu apabila banjir menjejaskan banyak wilayah, dan banyak daerah di Bangkok dilanda banjir selama berminggu-minggu. Beliau berkata, kawasan perindustrian di wilayah Ayutthaya akan dapat menangani keadaan banjir tahun ini sambil melahirkan kebimbangan bagi kawasan perindustrian Saha Rattans Nakorn yang masih belum selesai membina tembok penahan banjir. Yingluck berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa menangani keadaan banjir di daerah Kabinburi, wilayah Prachinburi (kawasan timur) yang berdepan keadaan banjir yang serius. Setakat ini, 4,025 perkampungan di 114 daerah meliputi 21 wilayah dilanda banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana, Chatchai Promlert. Katanya wilayah yang dilanda banjir ialah Phitsanulok, Phichit, Kamphaengphet, Petchabun di kawasan utara manakala kawasan timur laut ialah Nakhon Ratchasima, Surin, Kalasin, Si Sa Ket, Ubon Ratchathani, Amnatcharoen dan Buri Ram. Bagi kawasan tengah, kawasan terbabit ialah Nakhon Sawan, Saraburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Ayutthaya, Angthong, dan di sebelah timur ialah Kanchanaburi, Sakaeo dan Prachinburi. Di selatan ialah Chumphon. - Bernama |
30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu Posted: 30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu24/09/2013 10:04pm KUALA TERENGGANU - Sebanyak 30,000 pengunjung disasar mengunjungi Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu yang diadakan selama tujuh hari bermula 21 September lepas. Pekan budaya anjuran kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu bertujuan memartabat dan memperkenalkan budaya dan kesenian di daerah itu. "Program ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat di negeri ini kerana setiap daerah menampilkan budaya dan kesenian yang tersendiri selain pelbagai aktiviti yang berlainan setiap tahun," kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim. Beliau berkata, program kali ini menampilkan tiga kesenian yang menjadi tarikan daerah Hulu Terengganu iaitu silat kura-kura, tarian balai dan persembahan kertok hulu iaitu penggunaan alat muzik yang diperbuat daripada ruas buluh. Program itu turut melibatkan 36 jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dengan membuka gerai-gerai pameran dan jualan, katanya. - Bernama |
Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun Posted: Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun24/09/2013 10:06pm KUALA LUMPUR - Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Pusat Bandar Damansara akan ditutup beberapa hari dalam seminggu mulai esok selama setahun sehingga 24 September 2014 bagi memudahkan kerja pembinaan bagi projek Mass Rapid Transit (MRT). Menurut kenyataan Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn. Bhd. hari ini, penutupan lorong sepanjang 200 meter bermula di jalan susur ke Lebuh Raya Sprint selepas persimpangan Jalan Damansuria di Pusat Bandar Damansara dan ia akan ditutup selama 24 jam, jika perlu. Kenyataan itu menyebut penutupan sementara itu perlu bagi memudahkan kerja-kerja seperti membersih dan menanam cerucuk serta konkrit sebagai persediaan bagi pembinaan tiang untuk projek MRT. MRT turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui kawasan itu serta mematuhi tanda arah. Syarikat itu turut meminta maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi pengguna sepanjang tempoh itu. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.mmymrt.com.my, atau hubungi talian 1800-82-6868 atau ikuti twitter MRT @MRTMalaysia. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |