Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Polis kenal pasti sebuah pertubuhan haram tidak aktif wujud di Terengganu
- 100 buah kenderaan berlanggar akibat kabus tebal
- Enam anggota geng Puput ditahan bersabit kes pecah rumah
Polis kenal pasti sebuah pertubuhan haram tidak aktif wujud di Terengganu Posted: Polis kenal pasti sebuah pertubuhan haram tidak aktif wujud di Terengganu05/09/2013 9:54pm KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu telah mengenal pasti sebuah pertubuhan haram wujud di negeri ini tetapi tidak aktif apabila kebanyakan anggotanya keluar dari pertubuhan terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, bagaimanapun polis masih memantau dan mendekati anggota pertubuhan terbabit bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala jenayah di negeri ini. "Setakat ini pihak polis tiada maklumat berhubung kumpulan berkenaan terlibat dalam jenayah kongsi gelap mahupun gengster yang berleluasa kini. "Kita telah mengenal pasti kumpulan ini dan kita juga dapati kebanyakan ahli kumpulan berkenaan telah menyertai badan amal dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama |
100 buah kenderaan berlanggar akibat kabus tebal Posted: 100 buah kenderaan berlanggar akibat kabus tebal05/09/2013 9:51pm LONDON - Lebih daripada 100 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan akibat kabus tebal di Jambatan Sheppey Crossing di tenggara negara ini hari ini, kata polis Enam dilaporkan cedera parah dan 60 lagi cedera ringan. Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi (waktu tempatan). Cif Inspektor Andy Reeves berkata, ia kemalangan terburuk dalam tempoh 20 tahun. "Daripada perspektif saya, ia benar-benar ajaib kerana tiada kematian." - AFP |
Enam anggota geng Puput ditahan bersabit kes pecah rumah Posted: Enam anggota geng Puput ditahan bersabit kes pecah rumah05/09/2013 9:32pm SHAH ALAM - Polis memberkas enam lelaki anggota geng Puput yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di beberapa lokasi di Shah Alam, sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 22 dan 29 tahun itu diberkas di rumah sewa masing-masing di dua lokasi iaitu di Kampung Baru Subang dan Denai Alam, di sini. "Kesemua suspek ini ditahan dalam tiga serbuan berasingan. Dalam serbuan pertama pada 30 Ogos lepas, tiga suspek diberkas pada pukul 12 malam di Kampung Baru Subang dan hasil soal-siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan seorang lagi suspek tiga jam kemudian di kawasan yang sama. "Manakala dua lagi suspek ditahan di Denai Alam pada Sabtu lepas kira-kira pukul 4.30 pagi dan hasil penahanan itu polis turut menemui semula barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka berjumlah hampir RM50,000," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |