{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Ili punya pakej lengkap

Posted: 11 Sep 2013 09:53 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

TIDAK hanya sekadar memiliki perwatakan yang lembut serta wajah yang tenang, pertuturannya juga mencapai standard sebagai seorang yang berilmu.

Sesuai dengan jawatannya sebagai pengarah urusan, kata-kata yang diluahkan memiliki butir bicara yang bernas serta tahu topik apa yang diperbincangkan.

Boleh dikatakan sebagai pengemudi sebuah syarikat kosmetik, Ili Zawani Ismail, memiliki pakej lengkap yang boleh dibanggakan.

Bukan sekadar ilmu penuh di dada tetapi rupa paras serta tutur katanya juga mampu mempesonakan sesiapa sahaja yang melihat atau mendengarnya.

Begitupun, anak kedua daripada tiga beradik ini tidak pernah leka dengan apa yang dimiliki, malah mengakui dirinya masih belum sempurna dan sentiasa akan menimba ilmu dalam usaha memantapkan diri.

Mula berkecimpung dalam dunia perniagaan seawal usia 20 tahun, bagi Ili segala-galanya mampu dilakukan dengan kesungguhan.

Tidak pernah bergantung harap sepenuhnya dengan kedua ibu bapa mahupun adik beradiknya yang lain, Ili sedaya upaya mempelajari sendiri selok belok dunia perniagaan sehingga sanggup turun padang untuk mengetahui perjalanan perniagaan yang dikendalikannya.

Tidak pernah mengabaikan para pekerja bawahannya, Ili juga sanggup mempelajari selok belok mengenai setiap bahagian yang terdapat di syarikat milik bapanya itu.

Walaupun pernah mengetuai sekumpulan pekerja yang lebih tua daripadanya, ia sedikit pun tidak menjadi masalah malah anak gadis yang baru berusia 27 tahun ini dilihat sentiasa positif dalam apa jua keadaan.

"Seawal usia 20 tahun saya sudah terjebak dalam dunia perniagaan malah saya sudah mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

"Saya juga pernah mengepalai pekerja yang lebih berusia daripada saya tetapi itu semua dijadikan sebagai satu cabaran dalam mengendalikan perniagaan.

"Sebagi seorang ketua saya seharusnya menunjukkan teladan yang baik tetapi ini tidak bermakna saya tidak menghormati mereka yang lebih tua walaupun mereka pekerja saya," ujarnya sambil tersenyum ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di Putra Heights, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sememangnya bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari kelak, menurut Ili tiada apa yang mustahil melainkan tiada usaha yang dilakukan.

Berbicara lanjut mengenai perniagaan yang dikendalikannya, jelas pemilik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ini, mereka merupakan syarikat yang mengedar produk kosmetik jenama Farmasi Colour Cosmetics (FCC).

Produk tersebut yang dibawa masuk dari Istanbul, Turki, merupakan produk kosmetik halal dan telah mula diedarkan sejak tahun 2003.

Menariknya, Naturallife Solution Sdn. Bhd. merupakan pengedar tunggal di Malaysia dan Asia Tenggara.

Menurut Ili, produk kosmetik FCC yang diedarkan merangkumi semua jenis kosmetik seperti gincu, bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata, krim BB, bedak padat, maskara, pensel mata, dan banyak lagi.

Apa yang istimewanya mengenai produk tersebut, ia bukan sahaja halal malah ia boleh 'dibawa' solat.

Jelas Ili lagi, syarikatnya tidak hanya terhad mengedar produk kosmetik tersebut di dalam negara malah mereka juga telah mendapat lesen untuk mengedarkannya ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Myanmar.

Pada masa hadapan, Naturallife Solution Sdn. Bhd. juga bakal mengedarkan produk kosmetik tersebut ke Singapura dan juga Thailand.

Berbual seketika mengenai kehidupan sehariannya, Ili yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan, tidak pernah menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak bersosial mahupun meluangkan masa bersama keluarga.

Walaupun waktu kerjanya bermula 9 pagi hingga 5 petang, sebagai seorang ketua, Ili lazimnya akan pulang lewat bagi menyiapkan kerja agar tidak tertangguh dan tidak perlu membawa pulang kerja ke rumah.

Menurut anak kelahiran Banting, Selangor ini, segala kerja harus disiapkan di pejabat kerana di rumah hanya tempat untuk merehatkan diri dan masa untuk berkumpul bersama keluarga.

Pada masa yang sama, Ili juga merupakan seorang yang begitu aktif berpersatuan.

Menceburkan diri dalam Persatuan Peniagawati dengan menyandang jawatan Exco Bendahari Kehormat, Ili berharap agar ia mampu memajukan lagi dirinya dalam dunia perniagaan.

"Dengan berpersatuan secara tidak langsung ia dapat menambah rakan-rakan dalam bidang perniagaan.

"Tidak terhad setakat itu, dengan berpersatuan ini juga secara tidak langsung dapat membuka minda di samping bergaul dengan masyarakat luar.

"Pada masa yang sama, Ili juga dapat membantu usahawan-usahawan wanita yang lain untuk berjaya di dalam perniagaan masing-masing," ujarnya sebelum mengakhiri bicara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat