Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 12 Sep 2013 08:50 PM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR l Pakaian THE PINKDRESSCO by FARAH (FACEBOOK The PINK Dress Co) CANTIK, bergaya, moden dan menutup aurat. The Pink Dress Co by Farah milik Puteri Rozan Farah Maulud memilih rekaan fesyen untuk muslimah yang suka bergaya. Beroperasi atas talian pada masa kini, rekaan beliau menekankan kepada keselesaan, mudah disuai padan, menutup aurat dan sesuai untuk semua peringkat umur. Pelbagai warna kesukaan wanita seperti merah jambu, biru tentera laut, coklat, putih, hitam dan krim boleh diperoleh pada koleksi-koleksi yang menggunakan fabrik seperti sutera satin, kain kapas dan lycra. Koleksi pertama The Pink Dress Co dihasilkan dalam lima rekaan yang menarik, anggun dan bergaya hasil ilham Puteri Rozan Farah sendiri. Antaranya ialah dres jubah, dres, blaus, kardigan, seluar dan skirt. Sementara koleksi kedua yang lebih kepada rekaan dres jubah, blaus dan seluar akan dapat disaksikan pada penghujung bulan September. Selain itu, Puteri Rozan Farah turut merancang untuk menghasilkan beberapa rekaan selendang dan hijab bagi memudahkan pelanggan memadankan tudung dengan pakaian yang dibeli. The Pink Dress Co mendapat sambutan yang baik daripada golongan remaja seperti pelajar kolej, universiti, mereka yang bekerja juga wanita pertengahan usia. Gaya yang ringkas dan tidak keterlaluan menjadikan rekaan daripada butik ini antara sebab ia mudah mendapat perhatian daripada mereka yang suka membeli-belah secara dalam talian. Pun demikian, bagi meningkatkan lagi perniagaan dan menambah lebih banyak rekaan, The Pink Dress Co kini dalam perancangan bagi membuka butik sendiri di Shah Alam, Selangor pada penghujung tahun ini. Dijual pada harga bermula RM59 ke atas, The Pink Dress Co turut menjual pelbagai rekaan beg tangan berjenama pada harga yang amat berpatutan. |
Pusat sehenti barangan umrah, haji Posted: 12 Sep 2013 08:50 PM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR Suraya Md. Saleh berbangga kerana dapat membuka cawangan kedua Maya SS. SEMASA menunaikan fardu haji kali pada tahun 2006, Suraya Md. Saleh melihat ada beberapa barangan yang diperlukannya sukar diperoleh di sana. Langsung tercetus ilham di fikirannya untuk menjual barangan ibadah yang diperlukan oleh umat Islam setelah sekembalinya ke tanah air nanti. Dianggapnya itu sebagai anugerah Allah untuknya mencari rezeki dan meluaskan perniagaan yang sedia ada. Alhamdulillah perniagaan barangan haji dan umrah memberikan rezeki kepada beliau dan keluarga. Kedai barangan haji dan umrah yang dinamakan Maya SS dibuka di Bangi pada tahun 2007 dengan hasrat untuk menyediakan segala kelengkapan daripada yang sunat hingga kepada yang wajib. Sambutan daripada masyarakat sekitar dilihat amat memberangsangkan tambahan pula kedudukan Bangi yang mudah untuk penduduk bandar lain sekitarnya untuk datang. Suraya yang ditemui baru-baru ini di premis kedua perniagaan barangan haji dan umrah di No 15, Tingkat 3A, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur, ternyata bersyukur kerana bermula dengan sebuah kedai kini beliau diberikan rezeki untuk membuka sebuah lagi kedai seumpama. Memilih kedai kedua di bangunan perniagaan yang besar dan mempunyai banyak saingan tidak menggentarkan kerana baginya barangan ibadah seperti untuk haji dan umrah ini tidak ada surutnya. Cuma beliau harus bijak mencari idea bagaimana untuk meningkatkan perniagaan dan menarik ramai pelanggan datang ke kedainya. Masih memilih nama Maya SS, kedai yang baru dua tahun dibuka ini berkonsepkan kedai borong kerana hasratnya untuk melebarkan sayap perniagaan yang sedia ada. ''Barangan haji dan umrah ini tidak bermusim kerana walaupun ibadah haji hanya setahun sekali namun umrah dilakukan pada setiap masa dalam setahun. ''Dalam sebulan sahaja banyak penerbangan yang membawa jemaah menunaikan umrah dan sudah tentu pasaran barangan ini sentiasa ada. ''Walaupun kedai ini menjual barangan secara borong, pelanggan masih boleh membeli secara runcit, iaitu dalam jumlah yang minimum. "Cuma jika mereka membeli banyak atau sekurang-kurangnya tiga item untuk barangan tertentu, mereka boleh mendapat harga borong yang sangat menguntungkan,'' jelas Suraya. Menurut Suraya, selain barangan haji dan umrah untuk lelaki dan perempuan, kedainya turut menyediakan keperluan untuk kanak-kanak. Sama seperti kedai barangan haji dan umrah yang lain, di antara barangan yang boleh diperoleh ialah jubah, tudung labuh, stokin, lampu suluh kecil, botol semburan wuduk dan banyak lagi. Beliau menjelaskan, terdapat banyak pilihan jubah lelaki dan wanita serta kurta. Bukan setakat putih atau hitam tetapi terdapat juga coklat samar, coklat gelap, biru, kelabu dan hijau tua. Kebanyakan pakaian yang ada direka sendiri supaya pelanggan selesa dan tidak janggal apabila memakai. Jubah lelaki dijual pada harga di antara RM79 sehingga RM130, kurta di antara RM89 hingga RM120 dan jubah perempuan RM99 hingga RM129 bergantung pada rekaan. ''Paling mendapat sambutan ialah kurta lelaki dan jubah putih wanita bersulam kerana renda yang digunakan dan sulaman untuk jubah putih wanita berkualiti dan sukar diperoleh di kedai haji dan umrah yang lain,'' tambah Suraya. Selain menunggu kedatangan pelanggan walk in, Suraya juga mempunyai ramai pemborong dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |